BAB 9

Romance Completed 20075

Seperti biasa, aku akan lepak seorang diri di Cafe sementara menunggu
kelas bermula. Di tempat duduk yang sama paling hujung di sebelah
dinding. Tetapi kali ni, aku ditemani dengan seorang lelaki yang berkot
hitam, segak seperti selalu.

"Capucino Panas, Cik."

Pelayan lelaki yang lebih senang dipanggil Naim meletakkan dua cawan
minuman kegemaran di pagi hariku. Satu lagi, tentulah untuk lelaki di
hadapanku.

"Memang awak selalu order capucino ek?" Soal Rayyan.

"Yes. Tak pernah ubah dari dulu." jawabku.

Rayyan mengangguk faham.

Secawan Kapucino itu dihirupnya hingga habis. Jam tangan Bonia di tangan
kiri dikerling.

"Maaf, saya kena pergi dulu. Tak dapat nak temankan awak lama-lama. Nak
balik nanti tunggu saya tau."

"Eh, takpelah Prof. Saya balik sendiri je."

"Tak, tak, takpe. Tunggu saya. Jangan pergi mana-mana tau."

Aku memerhatikan sahaja Rayyan berlalu sehingga kelibatnya tidak
kelihatan lagi.

Setelah itu, aku memandang ke sekeliling. Beberapa mahasiswi yang berada
di situ berbisik-bisik sambil menjeling ke arahku.

'Ah! Tak kesahlah orang nak kata apa.'
Aku mendengus.

******

kelas pada hari itu sudah pun tamat. Aku mengatur langkah menuju ke
perpustakaan.
Sesampai di sana, rasa beruntung kerana tidak ramai pengunjung yang
memenuhi ruang tempat duduk. Aku segera mengambil tempat. Beg sandang ku
letak di atas meja sebagai tanda tempat duduk itu sudah ada orang.

Aku menuju ke bahagian rak buku paling belakang.

"Hembusan Cintaku? Hmm. Macam best je." Sebuah novel yang menjadi
tarikanku kucapai.

Tiba-tiba sahaja novel itu berada di tangan orang lain. Aku berpaling ke
arah perempuan di sebelahku.

"Err, awak nak baca ke novel tu?" aku cuba bertanya.

"Mestilah you. Ish, you ni. Habis tu, buat apa I ambik novel ni. Hmmm,
okaylah, bye." perempuan itu lantas pergi membawa 'novelku' dengan
lenggoknya.

'Mak aihhh. Ada juga spesis mak nyah kat sini?' ejekku.

"Hmmm. Melepaslah pula. Takpe, kat kedai buku mesti banyak punya." aku
menyedapkan hati.

Beg sandang ku capai lalu keluar daripada perpustakaan.

bip! Aku membuka aplikasi Whatsapp.

"Dekat mana tu? Saya tunggu kat kereta."

Dengan itu juga, aku mempercepatkan langkahku menuju tempat meletak kereta.

Dari jauh lagi, aku sudah nampak seorang lelaki bertubuh sasa sedang
berdiri bersandar di keretanya.

Aku tersenyum.

"Sorry, prof buat tunggu lama. Saya dari library tadi." jelasku.

"Oh, takpe. Tak lama pun. Adalah dekat 15 minit gitu." aku memandang
tajam ke dalam matanya.

'Menyindirlah tu.'

Kami masuk ke dalam perut kereta.

"Saya hantar awak balik terus, or any place yang awak nak singgah?"

Aku terbayang akan kedai buku bernama Popular dan aku terbayang novel
bertajuk Hembusan Cintaku yang tidak sempat aku capai tadi.

"Takpelah. Saya nak rest kat rumah. Lagipun Prof mesti penat." jawabku.

"Eh, saya okay aje. Kalau nak singgah mana-mana, kedai buku ke, starbuck
cafe ke, shopping complex City Mall ke, cakap je. Kita pergi sana."

'Hmm. Macam tau-tau je saya nak pergi kedai buku.'

Aku lantas menggelengkan kepala.

"Taknaklah Prof. Direct send me home."

"Okay then."

*****

"Zara.." Airin masuk ke bilikku.

Aku yang sedang menyiapkan assignment di atas katilku seraya mengangkat
kepala memandang Airin.

"Why dear?"

Airin melabuhkan punggung ke atas tilam.

Airin masih tidak bersuara melainkan hanya menjeling ke arah
kertas-kertas di hadapanku.

"Awak memang kenal ke dengan Prof Rayyan tu?" soal Airin.

"Nurul Airin binti Salleh Zakrul, saya dah cakap kan yang saya memang
tak pernah kenal Prof Rayyan tu. Hei, apesal ni beb?"

Airin mengukir senyuman.

"Tengku Zahra Qeesha binti Tengku Nazhan. Awak lupa ke yang saya ni
mahir bab-bab memerhati. korang nampak mesra sangat. Macam dah lama
kenal. And one more thing yang orang lain pun boleh perasan. Cara dia
pandang awak tu."

"Janganlah cakap yang bukan-bukan, Airin. Awak tu je yang salah tafsir.
Dia pandang saya biasa jelah. Sama macam mana dia pandang orang lain."
"no, no." Airin menggeleng kepala.

"You're wrong Zara. Awak tak nampak, tapi, saya nampak. Saya nampak
pandangan dia kat awak tu ada makna tau disebalik yang tersirat."
Aku memandang tajam ke dalam mata Airin. Airin hanya membuat muka
selamba. Kening kiri sengaja diangkat beberapa kali.

"aaaa dah dah. Taknak cerita pasal dia. Okay, tutup cerita. Kita cakap
pasal benda lainlah. Hmmm. Airin, awak taknak ke balik rumah. Jumpa
parents, family awak."

"Minah sorang ni. Pandai je dia nak ubah topik kan. Hm, mestilah nak.
Maybe bulan depan. Bukan apa, saya risaulah assignment tak siap. Banyak
sangatttt.." kata Airin separuh menjerit.

"Haaa, makcikk. Dah tau assignment banyak, kenapa nak melepak lagi ni?"

"Cis, gaya awak tu memang sesuai macam lecturer yang garang tu. Huhhh,
garang nak pitam saya tadi. ha ha ha.. okaylah. Nasib baik awak tolong
ingatkan. Bye, nak oergi siapkanlah. Jangan tidur dulu tau. Temankan
saya tengok tv malam. Drama best tauu."

Airin sudah pun meluru ke biliknya.

Aku menyambung kerjaku yang tergendala tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience