BAB 11

Romance Completed 20075

"Rayyan tau yang Zara suka aiskrim?"

"Mestilah Rayyan tau. Rayyan juga tau yang Zara sukakan mawar berwarna
putih. Tengok kat sana tu... Apa lagi yang Rayyan tak tau tentang Zara?
Cuba cakap. Semuanya Rayyan tau."

Rayyan mengukir senyuman.

Aku bagai tidak percaya. 'Rayyan tau semua tentang aku?'

"Malah, Rayyan lebih mengenali Zara lebih berbanding Airin."

Dup. Jantungku berdebar kencang. Beribu rasa yang menyingkap perasaanku.
Aku tidak pernah mengenali lelaki yang berada di hadapanku ini sebelum
ni. Tetapi apa maksudnya dia lebih mengenaliku daripada Airin
mengenaliku? Sedangkan, Airinlah insan yang terlebih dulu hadir ke dalam
hidupku sebelum dia. Ataukah, sebenarnya dia....

"Zara tak fahamlah Rayyan. Apa maksud Rayyan?"

"Zara.. Rayyan nak tanya sesuatu boleh tak?"

"Apa dia?" Jantungku masih berdegup laju tidak seperti biasa.

"Apa pendapat Zara tentang cinta ?"

"Cinta?" Perasaan syak mulai timbul di dalam hati.

"Rayyan jatuh cinta dekat seseorang ke?" soalku.

Rayyan mengangguk.

"Yes Zara. Rayyan dah jatuh cinta dekat seseorang. Tapi sebenarnya dah
lama pun. Lama sangat. Rayyan cuba nak lupakan perasaan ni tatkala orang
tu tiba-tiba saja menghilang bertahun-tahun. Tapi selama itu juga Rayyan
masih terus berusaha untuk cari gadis yang Rayyan cintai. sehinggalah
Rayyan berjaya bertemu dengannya kembali. Rayyan takut kalau gadis itu
tak mahu terima cinta dan ketulusan Rayyan ni. Mungkin disebabkan dia
faham bahawa cinta itu mengenal usia." Jelas Rayyan panjang.

Aku termangu mendengar pengakuan Rayyan yang begitu jujur. Biar pun
perasaan cemburu telah menghuni di dalam hati, namun aku sedar. Aku
bukanlah untuknya. Aku mulai sedar bahawa dia hanya mencintai orang lain.

"Bagi Zara, cinta tak mengenal usia, Rayyan. Cinta tak pernah mengenal
usia. Cinta hadir tanpa diundang. Hadirnya kekadang mengelirukan
perasaan seseorang. Cinta membuatkan seseorang itu belajar erti
menghargai. Maaflah. Siapa Zara nak bercakap tentang cinta. Sebab Zara
tak pernah bercinta."

Sebaris senyuman terukir di bibir.

Rayyan hanya berdiam. Memandang tajam ke dalam mataku hingga aku tidak
mampu bertentang mata lama dengannya. Aku mengerdipkan mata sekali lalu
tunduk.

Rayyan masih tersenyum memandang ke arahku.

"Kalau Zara kata, cinta tak pernah mengenal usia, tapi kenapa Zara...."

Rayyan terdiam.

Aku menunggunya meneruskan kata.

"Ya?"

Rayyan seolah-olah sedang mendapatkan kekuatan untuk menyambung bicaranya.

"tapi kenapa Zara menilai dari segi usia. Kenapa tak pernah jujur dengan
perasaan sendiri hanya disebabkan usia?"

Aku terkedu. Tidak mengerti apa yang telah dia sampaikan. Tapi aku
seolah-olah mengerti maksudnya. Tiba-tiba saja ingatanku kembali kepada
seseorang yang aku rindui.

"Maaf. Zara tak faham. Dan Zara sememangnya tak suka bercakap.pasal ni.
Maaf sekali lagi. Tolong hantar Zara balik." dengan tegas, aku berdiri
ingin menuju ke keretanya.

Tiba-tiba tanganku ditarik membuatkan aku terhenti.

"Rayyan? Apa main tarik-tarik ni?" kataku kasar.

Pergelangan tanganku yang digenggam kemas oleh Rayyan dilepaskan dengan
cepat.

"Im sorry, Zara. Rayyan tak sengaja. But, I've something that you should
to know. Ini Rayyan. Rayyan yang dulu. Rayyan yang Zara pernah kenal
suatu ketika dulu. Rayyan yang Zara biarkan tertanya-tanya kerana hilang
tiada berita. Rayyan yang dulu, sehingga sekarang, yang mencintai Zara."

Aku terdiam. Lidahku bagai kelu untuk berkata-kata. Bibirku seolah-olah
terkunci.

Kini, kami berdua berdiri di bawah terang bulan.

"Its me, Zara." Rayyan berbisik ke telingaku.

Aku memandang Rayyan dalam-dalam tanpa berselindung lagi.

Hatiku jadi tidak keruan. Jantungku berdegup laju, dan laju. Waktu bagai
telah berhenti.

Lelaki ini. Lelaki inilah yang pernah aku suka masa dulu. Lelaki inilah
yang buat aku tidak yakin pada cinta. Kerana lelaki ini jugalah aku
tidak pernah menerima cinta dari mana-mana lelaki. Kerana, sememangnya
aku pernah jatuh hati kepada lelaki ini.

Aku tidak menyangka begitu kecil dunia ini.

Akhirnya aku dan dia di dipertemukan semula. Di saat aku mulai tahu,
cinta itu tidak mengenal usia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience