BAB 10

Romance Completed 20075

Sebulan kemudian..

"Zara, awak selesa tak dengan saya?" soal Rayyan.

Aku tidak menjangka soalan itu yang akan keluar daripada mulutnya.

Aku meletakkan sudu dan garpu di atas piring.

"Kenapa tanya macam tu? Saya selesa sangat dengan Dr." jawabku.

"Huhhh." keluh Rayyan.

"Saya dah kata kan. Panggil Rayyan je bila kat luar." Tegasnya.

Aku tunduk. Malu.

"Err, Ra..Rayyan.. pula?"

Rayyan tersenyum.

"Rayyan lebih daripada selesa." Jawabnya dengan teruja.

Sejujurnya, aku berasa tenang setiap kali berada di samping lelaki di
hadapanku. Apa sahaja yang dia ceritakan, semuanya menarik minatku.
Apabila di sampingnya, entah kenapa aku rasa selamat dan terjaga.
Entahlah...

*Zara's Flashback*

Aku duduk di atas bangku menikmati keindahan air kolam yang
mencurah-curah. Biru dan tenang. Di dalamnya, berenang-berenang sang
ikan kecil berwarna-warni. Bunga-bungaan yang tumbuh di sekeliling kolam
begitu mekar sekali.

Aku masih sendirian duduk di atas bangku. Jam tangan jenama Bum ku
kerling berulang kali.

Aku toleh ke kiri, ke kanan, aku pandang ke sekeliling. Kelibat
seseorang yang ku nanti-nanti masih tidak kelihatan. Begitu resah di
dalam hati.

Aku mulai takut. Takut andai dia tidak muncul-muncul. Sehari tak
berjumpa amat terasa sepinya.

"Assalamualaikum makcik. Makcik tunggu anak makcik ke?"

Suara memberi salam kedengaran. Namun, suara itu bukanlah suara miliknya.

Aku berpaling.

"Airin!! Ish, awak ni buat terkejut aje. Dah lah tak bagi salam. Huhh,
makcik, makcik. Ketuk kepala tu nanti." bebelku.

Airin melabuhkan punggung di sebelahku diiringi dengan tawa.

"Zara, Zara.." Airin tunduk menggelengkan kepala.

"Tulah, termenung aje. Saya bagi salam pun awak tak perasan. Siapa
suruh. Hah, rindu lelaki mat salleh lah tu sampai saya datang pun awak
tak sedar."

"Lelaki Mat Salleh mana pula ni?" Soalku mengukir garisan di dahi.

"Laaa, dia tanya pulakk. Dr. Rayyan Hakim Badlishah tu lah sayang oiii.
Tu pun tak tahu. Siapa lagi lelaki mat salleh kat sini kalau bukan dia."

Aku tersengih. Baruku teringat bahawa Rayyan seorang lelaki melayu namun
wajahnya mempunyai iras-iras kacukan. Wajah yang menjadi pujaan ramai
wanita. Tetapi aku sendiri tidak tahu sama ada harus berasa beruntung
atau tidak kerana menjadi satu-satunya perempuan di Universiti ini yang
paling rapat dengannya. Aku tertarik dengan keperibadiannya. Sungguh.

Airin memetik jari berulang kali hingga aku tersedar dari lamunan.

"Eh, err, jomlah balik." aku mengajak Airin setelah malu disedari sedang
mengelamun. Aku berjalan mendahului Airin.

"Zara! Tunggulah wei."

Aku tersenyum nakal. Sengaja meninggalkan Airin di belakang. Hahaha.
Padan muka.

*Rayyan's flashback*

Pagi itu lagi Rayyan sudah bersiap-siap untuk berjumpa dengan gadis
kesayangannya. Biar pun dia sedar, cintanya masih berputik di sebelah
tangan.
Rayyan cuba sedaya upaya untuk membuatkan gadia kesayangannya merasa
begitu penting dalam hidup Rayyan. Setelah hilang tanpa berita selama
beberapa tahun, kini dipertemukan semula. Tak mungkin baginya untuk
melepaskan peluangnya bersama cinta pertamanya.

Rayyan menyarungkan baju kemeja biru muda yang dihadiahkan ibunya
sewaktu dia menyambung pelajaran di Canada.

Rayyan mengambil masa beberapa minit untuk memperkemaskan rambutnya di
hadapan cermin.

Tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berdering menyanyikan lagu My Love,
milik penyanyi barat yang terkenal itu.

"Assalamualaikum ibu. Ibu apa khabar ni?"

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah, ibu macam biasalah Rayyan. Syukurlah,
biar pun umur ibu ni dah makin tua, syukurlah Allah masih beri ibu
kemampuan nak bergerak." Suara Tengku Raisya kedengaran di hujung talian.

"Mestilah ibu. Ibu kan awet muda. Jadi tulang ibu pun tentu masih kuat."
Tengku Raisya tertawa.

"Kamu ni, Rayyan. Ada-ada ajelah. Ni tak nampak ke ni kedut-kedut dah
kat wajah ibu ni. Kamu dah busy kat sana. Manalah nak nampak ibu kamu
yang dah tua ni."

"Hai, ibu. Baru aje sebulan Rayyan tak tinggal dengan ibu dan ayah."

"Hmm. Ni kamu sibuk ke Rayyan? Ibu nak suruh kamu balik ni. Tengahari
esok ibu ada majlis perasmian. Butik baru ibu tu, yang ibu bagitau hari
tu, dah siap dah. Ibu buka lagi satu cawangan kat Canada. Jadi ibu nak
Rayyan temankan ibu merasmikan majlis tu. Ibu nak Rayyan berdiri sebelah
ibu. Bolehlah ibu kenalkan anak ibu ni dengan kawan-kawan ibu."

"Boleh bu. Ibu nak Rayyan balik bila?"
"Lagi bagus, sekarang ye Rayyan. Sebab kita nak buat persiapan. Tiket
flight ibu dah beli. Jadi kita kena tolak tengahari ni."

Rayyan terdiam.

******
"Zara, boleh tak, Rayyan nak bagitau sesuatu penting malam ni?"

"Cakaplah. Apa dia?"

Rayyan tersenyum.

"Tonight okay?"

"Malam ni? Tak boleh ke cakap sekarang je?" soalku.

Rayyan tersenyum lagi.

"Malam ni free kan?"

Aku mengangguk.

"Ok cantik. Malam ni Rayyan nak bawa Zara pegi satu tempat. Dekat situ
Rayyan akan bagitau."

Aku masih terkebil-kebil.

"At special place." sambungnya lagi separuh berbisik.

"Okay malam ni. Tapi, alaaa, cakap jelah sekarang. Tak sabarlah macam ni."

"Wait until tonight, okay? Sabarlah." Bisik Rayyan.

Aku terkedu. Bagai ada kuasa yang membuatkanku akur dan mengangguk perlahan.

Langit sudah beransur gelap dihiasi bulan yang terang bersinar.

Usai mengerjakan solat, aku pergi membuka lemari pakaianku. Malam itu
aku mengenakan gaun labuh berwarna putih dengan selendang pashmina
berwarna merah jambu lembut.

Dengan memakai bedak di wajah, aku mengoles sedikit pemerah bibir
berwarna merah.

Setelah berpuas hati dengan penampilanku di hadapan cermin, aku mencapai
beg tangan LV lalu melangkah keluar mendapatkan Airin.

"Wah..., cantiknya princess kita ni. Macam nak pergi bertunang aje. He
he he.." kata Airin.

Aku membeliakkan mata apabila Airin menyebut perkataan tunang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience