BAB 13

Romance Completed 20075

Aku menunggu Cappucino Panas sambil melayani aplikasi Whatsapp.
Rayyan duduk berhadapan denganku.
Setelah membuka mesej-mesej yang sampai, aku menyimpan semula telefon
bimbitku ke dalam beg.

"Sayang.."

Hatiku tiba-tiba berdetak saat lelaki di hadapanku memanggilku dengan
panggilan manja itu.

Sejurus itu juga, aku mengangkat kepala memandangnya.

'Sayang? Awww!' Jerit kecil suara hatiku.

Bibirku tiba-tiba mengukir sebaris senyuman. Entah angin apa yang
membuatkan hatiku berbunga-bunga.
"Terima kasih sudi terima Rayyan dalam hati sayang. Boleh kan Rayyan
panggil Zara sayang?" Rayyan tersenyum.

Aku tertunduk malu.

"Terima kasih juga Rayyan. Sanggup tunggu dan cari Zara dalam tempoh
yang bertahun-tahun. Terima kasih kerana selalu meletakkan Zara seorang
di hati Rayyan biar pun masa tu, Rayyan tak tau pun yang Zara juga
sebenarnya mencintai Rayyan." Kejujuranku membuatkanku berpuas hati.
Tiada apa yang lebih baik daripada berterus terang. Sebuah kejujuran itu
mampu membina kebahagiaan. Semoga aku dan Rayyan mampu membinanya selalu.

"Sebab Rayyan percaya pada cinta pertama. Rayyan percaya pada cinta
pandang pertama. Selain ibu, Zara seorang je perempuan yang Rayyan
percayakan dalam dunia ni." jelas Rayyan.

"Rayyan susah nak percaya perempuan lain. Diorang kaki kelentong.
Bab-bab mainkan perasaan lelaki ni, memang dioranglah. Tak hairanlah
dalam sebuah perhubungan tu, bila dah lama-lama pun boleh jadi bosan
dengan teman lelaki sendiri. Kawan Rayyan ramai yang kena. Hairan betul
Rayyan ni. Tapi Rayyan percayakan Zara. Sebab Rayyan kenal Zara
sangat-sangat lebih dari apa yang Zara tau." sambungnya lagi.

"Bukan macam tu, Rayyan. Lelaki pun tak kurang juga dengan perangai
buaya. Ada yang suka pasang dua tiga sepuluh. Awek keliling pinggang.
Putus seorang, ada lagi sembilan. Jadi tak boleh nak salahkan perempuan
je. Sebab semua orang lakukan kesalahan kan. Zara yakin pada Rayyan.
Zara boleh rasa ketulusan, kejujuran Rayyan. Zara percaya Rayyan lelaki
yang lain daripada yang lain." balasku.

"Lain daripada yang lain? Zara nak kata yang Rayyan ni alien ke?
Kejamnya Zara kata Rayyan macam tu."

Aku mencebik bibir. Orang baru nak beromantik, sempat pula dia merepek.
Desisku.

"Hmm. Ye Rayyan. Rayyan lain daripada lelaki yang lain sebab Rayyan
alien. Alien warna hijau. Tapi Rayyan alien Zara sorang je." aku lantas
tergelak.

"Oh, pandai ya kenakan Rayyan. Takpe, nanti Rayyan jadi alien. Badan
Rayyan, muka Rayyan semua bertukar jadi warna hijau. Zara tak takut ke?"

"Tak. Zara tak takut langsung. Baguslah kalau macam tu. So, takdelah
sesiapa pun yang nak rampas Rayyan daripada Zara."

Rayyan tertawa kecil.

"Takde siapa yang akan rampas Rayyan daripada sayang.. I will be yours
one day.." kata Rayyan separuh berbisik.

Aku tersenyum bahagia. 'Kan best kalau macam ni je selalu.' Desis hatiku.

******
Jam sudah pun menunjukkan angka 9. Aku duduk di balkoni menghirup udara
yang dingin di kala malam.

Aku mendongak ke langit. Terlihat beberapa butir bintang yang berselerak
di langit yang gelap. Ingatan ku tiba-tiba berputar. Teringatkan
kenangan itu. Di mana Rayyan menyuruhku melihat bintang, padahal bintang
yang ku lihat itu adalah lampu-lampu yang tergantung.
Dalam hati, aku memuji kekreatifan dan kesanggupannya membuat tempat itu
kelihatan sungguh cantik.

"Zara, termenung lagi ya?" Airin menyapaku.

Aku lantas berpaling.

"Awak tak dengar ya? Ada orang call awak dari tadi."

"Hah? Yeke?" aku segera bangun mendapatkan telefon bimbitku di atas katil.

9 Missed Calls

"Ya Allah. Banyaknya. Mama yang call?"

Aku menekan butang menelefon.

Tidak lama kemudian, panggilanku bersambut.

"Assalamualaikum. Mama.."

"Waalaikumussalam. Zara sibuk ke? Mama panggil dari tadi tak angkat."
Suara Tengku Rose kedengaran di hujung talian.

"Takdelah ma. Zara kat balkoni tadi. Saja nak ambik angin. Mujur Airin
yang bagitau. Mama, Papa mana?"

"Ada ni kat sebelah mama menghadap laptop. Macam biasalah. Urus kerjanya
tu. Zara ni, bila cutinya? Dah lama mama tak nampak anak mama ni."

"Zara baru je habis exam semester 2, ma. InshaAllah, lagi selang dua
hari, Zara balik bercuti ye."

"Selang dua hari? Esok tak boleh ke? Mama rindu sangat dekat anak manja
mama ni."

Aku tertunduk senyum.

"Esok kan Zara ada kelas, ma. Lusa pun sama. Jadi lepas tu, Zara dah
boleh ambik cuti dah selama sebulan. Mama jangan risau ye. Anak dara
mama ni pasti balik punya."

"Yelah. Anak dara pun anak dara juga. Jangan jadi andartu sudahlah."
Kedengaran suara kecil Tengku Rose tertawa.

Aku hanya tersengih.

"Takkanlah jadi andartu, ma. Ingat anak mama ni tak laku ke." aku tergelak.

"Taktaulah kalau sekarang ni. Mama tengok Zara tu macam tak pernah pun
ada perasaan dekat mana-mana lelaki. Ni mama nak pesan sikit. Ego tu
jangan tinggi sangat. Kalau semua lelaki pun Zara tak suka, biar mama
ajelah yang carikan jodoh buat Zara. " aku membeliakkan mata.

"Mama.... tak payahlah macam tu. Zara taknaklah main jodoh-jodohkan ni.
Tak modenlah ma. Ada masanya nanti, Zara bawalah calonnya. Mama ni...
lagipun Zara kan muda lagi. Zara kenalah enjoy dulu."

"Hah, tengoklah tu. Mama pesan satu. Panjang lebar kamu jawab. mama nak
Zara....."

"Aaa mama. Nanti Zara call lagi ya. Zara dah ngantuklah ma. Good night
ma. Assalamualaikum. "

"Hmmm. Waalaikumussalam."

Talian dimatikan.

Bukan sekali, dah berulang kali mama dan papa asyik bercakap tentang jodoh.

Aku malas hendak memikirkannya. Biar pun kini, hatiku sudah pum dimiliki
seseorang yang aku cintai, tidak bermakna aku mahu menjadi isterinya
buat masa yang terdekat ini.

Kalau aku beritahu bahawa aku sememangnya sudah pun berpunya, pasti
mereka mahukan perkahwinanku dibuat segera. Faham-faham sahajalah. Papa
mahukan aku menjadi pembantunya di dalam syarikatnya. Mama pula mahukan
waris perusahaan butiknya itu. Sekiranya aku berkahwin awal, itulah
janji-janji mereka.

Malam masih muda. Aku masih tidak dapat melelapkan mataku. Aku memandang
ke siling yang berwarna putih itu. Tanpa disedari, aku akhirnya terlena
diulit mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience