BAB 3

Romance Completed 20075

"Zara, cepat bersiap. Papa ajak kita pergi pantai." kata mama.

"Wahh, yeke mama? Yeaahhh!!" aku teruja. Papa selalu sibuk dengan
kerjanya sebagai pengurus hotel 5 Bintang di samping seorang bisnes
termaju di luar negara.

Namun kali ini, aku dapat rasakan bahawa papa sedang mengambil waktu
terluang untuk bersama-sama isteri dan anak tunggalnya.

Ya. Aku seorang anak tunggal. Satu-satunya anak perempuan papa dan mama.

Mama? Seorang pengurus Butik Terkenal di Malaysia.

Kata papa, kerja-kerjanya sebagai pengurus hotel itu akan diturunkan
kepadaku nanti.

Mama pula kata, aku yang akan mewarisi tempat mama sebagai pengurus butik.

Hmmm..

Aku mengenakan Baju T berwarna putih bersama skirt labuh berwarna biru
Mint. Rambut panjang lurusku sengaja ku uraikan tersisir kemas.

Telefon bimbitku aku masukkan ke dalam poket skirt sebelah kanan.

******
Angin bertiup lembut menguraikan rambutku. Memang sungguh nyaman
tamparan angin ke mukaku. Skirtku yang labuh turut ditiup angin hingga
terangkat ke paras betis. Pepasirnya putih bersih.

"yeahhh. Mama papa. Jomlah pergi sana." Aku mengajak papa dan mama
menuju ke air pantai yang biru dan jernih.

"Taknaklah sayang. Mama dan papa duduk kat sini jelah ye." kata mama.

Aku faham. Aku meninggalkan mereka duduk di bawah pokok yang redup.

Cuaca hari itu baik sekali. Hujung jari kakiku sudah pun menyentuh air
pantai. Aku semakin berjalan memasuki air pantai hingga aku tak.sedar
bahawa airnya sudah lun di paras peha.

Aku berhenti di sana lalu duduk di atas pasir. Ketika itu, bajuku sudah
basah berendam air laut. Sejuk.

Aku mengambil waktu beberapa minit berendam. Fikiranku melayang
memikirkan lelaki itu.

"Ahh! Siapa aku nak fikirkan dia. Aku tak mungkin boleh sukakan dia. Dan
dia pun tak mungkin boleh sukakan aku. Aku ni kan.. budak lagi.." aku
bermonolog sendiri.

"Zara! Jom balik." mama memanggil.

Aku bangun.

******

"Ish.. mana pula ni?" Soalku cemas.

Setiap bantal ku angkat. Bawah selimutku ramas-ramas. Atas meja solek,
laci, rak buku, semua tempat sudahku cari.

"Cik Zara cari apa ye?" Soal Makcik Milah salah seorang pembantu rumah
yang bekerja di dalam rumahku.

"Oh, Makcik Milah. Saya cari telefon saya Makcik. Makcik ada nampak tak
saya letak kat mana?" Aku bertanya.

"Tak ada pula makcik nampak. Cuba kamu ingat dekat mana last kamu pegang?"

Aku memutar balik kotak ingatanku.

"Entahlah makcik. Risau betul saya ni. Saya tak ingat langsung. Setahu
saya, saya letak kat sana tadi." aku menunjuk ke arah atas katil.

"Betul ke kamu letak kat situ? Tadi masa makcik kemas bilik kamu, tak
ada pula makcik nampak telefon tu atas katil ni. Cuba ingat lagi. Tadi
kan kamu pergi pantai dengan Puan Rose dan Dato Nazhan. Kamu ada bawa
tak sekali?"

"Hmmmmm... tadi, telefon saya ada bawa sekali rasanya. Saya masukkan
dalam poket skirt ni. Lepas tu... saya turun pantai.. lepas tu.. saya
berendam dalam air laut tu.. lepas tu, sampai rumah baru saya cari."

Dup. Satu perkara terlintas di fikiran.

"YA ALLAH.. MAKCIKKKK..." aku menekup kedua-dua pipiku.

"Masa berendam tuuu..."

"Haa, kenapa?"

"Ya Allah.. telefon tu terkeluar dari poket kot. Dan lepas tu.. hanyut
dengan air laut???!!!" baru aku teringat segalanya. Memang sah telefon
bimbitku hilang hanyut bersama ombak laut.

Aku terduduk di birai katil.

"Alaaaa.. makcikk..." kataku lemah. Aku tertunduk.

Makcik Milah menghampiri diriku. Kepalaku diusap lembut. Makcik Milah
memang seorang pembantu rumah yang penyayang dan memahami. Sebab itulah
aku selalu berasa selesa untuk bertukar cerita dengannya.

"Ya Allah. Zara.. sabar ya nak.. Ada apa-apa yang penting tak dalam tu?"

"Ada makcik.. banyak sangat.." air mata ku kemudiannya mengalir
membasahi pipi. Aku sendiri tak menyangka akan berlaku seperti itu.

Telefon bimbit itulah menjadi penghubung di antara aku, dengan Rina dan
Azie. Melalui alat canggih itu sahajalah yang membolehkan aku berbagi
cerita dan melepaskan rindu kepada mereka tatkala berjauhan ini. Hanya
itu sahaja caranya..

'Huhhhh' aku mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience