BAB 16

Romance Completed 20075

"Hello Rayyan." Panggilan Datin Raisya kepada anak lelakinya bersambut.

"Hello ibu. Ibu kat mana ni?" kedengaran suara Rayyan di hujung talian.

"Ibu ada kat rumah. Rayyan, nak tau sesuatu tak?"

"Apa dia bu? Bunyi macam best je."

"Tentu Rayyan terkejut dengar. Rayyan ingat tak Aunty Kamelia kawan ibu.
Malam tu ibu dan ayah datang makan malam kat rumah aunty Kamelia. Nak
tau ibu jumpa siapa?"

"Siapa ibu?"

"Zara." jawab Datin Raisya ringkas.

Suara Rayyan tidak kedengaran. Mungkin kerana terkejut dengan apa yang
diberitahu ibunya.

"Betul ke ni ibu? Maknanya, Zara anak kawan ibu, aunty Kamelia lah ye?"

"Aah Rayyan. Nanti ibu send gambar kitorang selfie eh. Sempat jugak
kitorang ambik gambar tadi. Lawalah budak tu Rayyan. Berkenan ibu tengok."

"Amboi ibu. Dah pandai selfie dah ye sekarang. Okay then. Tak sabar
Rayyan nak tengok gambar yang ibu nak send tu. emmm, ibu.. Rayyan ada
kerja nak buat ni. Nanti kita borak lagi eh. Bye ibu. Assalamualaikum."

*****
Aku duduk sendirian termangu di atas katil. Memikirkan tentang lelaki
itu sudah kepastian. Tak pernah tak lari dari kotak fikiran. 'Kenapa dia
tak whatsapp aku lagi ni? Ke tunggu aku yang intro.'

"Assalamualaikum. Busy ke?"

Selang beberapa saat, satu pesanan mesej sampai melalui aplikasi
Whatsapp. Laju sahaja jariku membuka aplikasi berwarna hijau itu lalu
nama *Rayyan Alien* tertera paling atas.

"Panjang umur. Rayyan baru nak call tadi tapi ingatkan yang Zara dah
tidur, tak jadi.. Rayyan baru sampai rumah ni. Banyak sangat kerja tadi.."

"Lahhh. Jangan dipaksa sangatlah Rayyan. Hari esok kan ada? Kalau
Rayyan terlalu buat kerja, lama-lama boleh berkedut tangan tu nanti.
Takkan nanti Zara nak kenalkan dekat mama papa yang boyfriend Zara ni
orang tua?"

"Huhu sobsob.. cinta hati intan payung Rayyan cakap kita orang tualah.
Hmmm no worries sayang. Rayyan dah biasa camni. Dah biasa kerja keras.
Ni pun untuk keluarga Rayyan. Untuk you for one day.

"Yelah. Jangan sampai sakit k?"
"Awwww, okay sayang. Sakit sikit je. Sakit rinduuuuu. Rayyan rindu gila
dekat Zara. Dah lama tak hangout kan. Sorry tau."

"Eeeiii, its okay. Rayyan kan busy. Zara faham. Oh, anyway tadi ada
kawan mama datang. Kitorang dinner sesama. And you know what. Boleh pula
kawan mama tu kata muka Zara ada iras-iras girlfriend anak dia. Nak
ketawa serba salah je rasa sebab waktu tu reaksi kawan mama serius
semacam je. Hmmm. maybe ada kisah sedih kot."

"Hahaha yeke? Mungkinlah. So, how is she?"

"Best.. spoting je. Macam manalah agaknya kalau Zara jumpa mama Rayyan.
Mesti lagi spoting kan."

"Absolutely Zara akan sayang macam Zara sayang dekat mama Zara.

"Iye? Hmm. I hope so.

"Eh, sayang. Dah lewat ni. Pergi tidur k? Dah, tutup lampu, pakai
selimut. Jangan lupa baca doa."

"Alright. I'm going to sleep. Rayyan pun sama. Kena rehat banyak. Esok
nak pergi kerja pulak."
"Okay darling.."

Zara menguntum senyum di bibir. Bahagia rasa tidak tergambar. Hanya
tuhan yang tahu seluruh isi hati ini.

Aku turun ke tingkat bawah setelah selesai mandi dan mengemas katil. Aku
mencari mama tapi tidak kelihatan. Ruang tamu, dapur, ruang makan
sehinggalah ke mini perpustakaan, usahkan susuk tubuh, batang hidung pun
tidak kelihatan.

Otakku memberi arahan untuk melangkah ke bilik tidur. Mama kelihatan
masih berbaring di atas katil Queennya.

"Selamat Pagi Puan Tengku Kamelia." Suaraku membuatkan mama sedikit
terkejut lalu berpaling.

"Zaraa.. masuk sayang."

Aku melangkah masuk naik ke atas katil. Mama memandangku dengan senyuman.

"Apesal mama tak bangun lagi? Semua tempat Zara cari rupanya dekat sini
jugak mama ye."

"mama ambik cuti hari ni. Sebab tu mama tak pegi butik." Jelas mama
tenang. Kedua-dua kaki berunjur silang sambil badan bersandar pada
kepala katil dengan beralaskan bantal.

"Apesal ma? Mama tak sihat ke?" Soalku mengerutkan dahi. Tak lama
berkedutlah anak dara muda mama aku ni nanti.

"Kan baby mama ada ni. Sooo, mama taknaklah biar anak mama ni alone kat
rumah."

"Iyeke macam tu? Ke nak Zara teman gi shopping ni?" Aku mengangkat
kening meniru gaya Ziana Zain.

Mama tersenyum lalu mencubit lemak dipinggangku.

"Pandai kamu ni ye. Tak sangka mama ada anak tukang tilik. Ngeheheh"

"Eh eh, apa ni ma main cubit-cubit. Terkejut eh anak mama ni dah boleh
jadi ahli nujum? Alah, Zara memang boleh tau dah ma. Cuba tengok mata
mama tu. Dah tertayang dah beg Gucci kesayangan mama tu."

"Hah, habis tu? Dah tau kenapa tak bersiap lagi? Dah pegi salin baju.
Mama tunggu dekat bawah ye." Tengku Kamelia berjalan keluar.daripada bilik.

******
"Mama, boleh tak Zara nak pegi kedai buku kejap? Rasa boringlah kat
bilik tu takde novel baru. Mama kata tadi nak pegi shopping baju kan?
Jimat sikit masa. Mama gi shopping baju, zara gi shopping buku. Nanti
kita jumpa dekat sini balik." Mama memandang tanpa berkelip.

"Okay."

'Yes! Ingatkan mama tak setuju.'

"Baiklah ma. Zara gerak dulu eh. Jangan lupa, jumpa dekat siniii. Jangan
sesat pulak." Aku sudah pun membuka langkah menuju ke kedai yang dituju,
Popular.

Aku membelek-belek setiap buku yang menarik yang tersusun rapi dirak.
Niat asal hendak mencari novel yang berjudul Hembusan Cintaku hilang
tatkala melihat beratus-ratus novel di hadapan mata. Rambang mata.

Novel yang berkulit merah jambu itu kutarik. Aku membaca sinopsis yang
tertulis di belakangnya dengan kusyuk.

"Alya, Alya pergi cari buku dekat sana ye. Abang tengok-tengok dulu buku
yang best-best dekat sini."

Suara garau seorang lelaki mengganggu konsentrasiku. Aku menoleh ke kanan.

Gulp. Hatiku yang tadinya tenang kini berdetak laju. Bagaikan ada batu
yang menghempap jiwa. Aku mulai resah. Adakah ini mimpi disiang hari?
Memang diakah yang aku nampak sekarang ni? Aku bertambah gugup apabila
lelaki itu kini benar-benar menghadapku.

"Zara? Awak Zara kan?" Soal lelaki itu serius.

Aku jadi tidak keruan. Entah, seribu perasaan bercampur-baur. Bingung.
Aku bingung hendak berbuat apa.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpura-pura tidak mengenali.
Kakiku segera melangkah melimpasi di sebelahnya.

Tiba-tiba bahuku terasa dipegang. Aku terhenti berlagak tenang. Menepis
tangan lelaki itu

"Maaf. Ada apa pegang bahu saya?"

Lelaki itu mulai mengukir garisan di dahi.

"Zara, tak kenal saya? Khai. Khairul Faiz. Zara tak ingat dekat Khai?"
Soalnya. "Aku melarikan pandangan. Tak mampu dan tak sanggup untuk
berhadapan dengannya. Kalau boleh aku rebah ketika ini.. Aku tak mampu.

"Maaf sekali lagi. Encik siapa ya? Saya tak kenal." Bohongku.

Tangannya hinggap di kedua-dua bahuku. Aku cuba menepis lagi tetapi
pegangannya sangat kuat mencengkam bahuku.

"Zara, ini Khailah, Khai! Takkan Zara tak ingat langsung? Dah lama Khai
cari Zara tahu tak? Zara tahu tak?!"

"Saya tak kenal awaklah! Janganlah paksa saya." Balasku kasar.

Lelaki itu masih tidak berputus asa. Mataku dipandang tajam membuatkan
aku tertunduk.

"Zara, apa dah jadi pada awak? Sanggup awak buat saya macam ni. Dah
bertahun awak hilang, bertahun tu juga saya tak jemu cari awak. Sekarang
awak dah ada depan saya. Tapi awak boleh pula buat-buat tak kenal saya?
Apa salah saya, Zara. Apa salah saya?!" lelaki itu semakin meninggikan
suaranya. Aku lemas. Rimas. Aku mahu lari dari situasi ini.

'Allah, bantu aku..' Aku merintih di dalam hati. Hanya Allah mampu
mendengarku.

Tidak lama kemudian, seorang pengawal datang mengarahkan lelaki itu keluar.

Hatiku sedikit lega. Namun perasaan takut masih menguasai.

"Sayang.. Zara sayang.. what's going on, baby? lelaki tu ada apa-apakan
Zara tak?" Soal mama cemas. Entah macam mana pula mama boleh tahu
insinden yang berlaku ni.

"Zara okay ma. Don't worry. Lelaki tu tak buat apa pun. Dia salah orang
je." jelasku. Mama menarik nafas lega.

"Risaulah mama macam ni. Jomlah balik rumah. Takde mood mama nak shopping."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience