BAB 5

Romance Completed 20075

8 Tahun kemudian*

Aku kini berumur 21 tahun.
Aku menyambung pelajaran di sebuah Universiti terkenal.
Papa masih dengan kerjayanya sebagai pengurus hotel dan bisnes berjaya,
dan mama sebagai pengurus butik terkenal.

Mereka berdua pastinya mahukan satu-satunya anak perempuan tunggalnya
ini berjaya mencapai impian.

Dari dulu lagi, mereka tak akan pernah menetapkan apa yang sepatutnya
buat diriku. Kerana mereka yakin akan pilihanku.

"Airin, Airin, Airinnnnn." Aku memanggil rakan sebilikku.

"Ye, ye. Ada apa ni?" Sahut Airin ketika sedang membelek-belek majalah
Dara di ruang tamu.

"Sini kejap." arahku.

Tidak lama kemudian, sesusuk tubuh Airin terpacul di muka pintu.

"Kenapa Zara?" soalnya.

"Cuba tengok nama FB orang ni."

Airin menghampiriku yang sedang duduk di meja belajar menghadap skrin
Laptopku.

"Rayyan Zara? Eh, eh, nama awaklah kat hujung tu. pakwe awak ke, Zara?
Sampai hati awak tak cerita kat saya."

"Ishh, taklahh.. saya tak kenal pun siapa orang ni. Cuma saya
tertariklah dengan setiap yang dia post. Cuba awak baca ni." aku menukar
posisi laptopku menghadap Airin.

"Satu saat aku hampir dekat denganmu, Kau pula menghilang tanpa khabar.
Andai saja aku diberi peluang, takkan aku persia-siakan peluang itu. I
love you, Ice Cream."

"Lahhh, aiskrim rupanya. Ingatkan dia nak sebut nama crush dia ke, makwe
dia ke.. lawaklah."

"Tulah pasal. Lucu kan? Tapi kan Airin. Dia ni cukup femes dikalangan
student kat kampus kita ni tauu.. Dia ni senior kita."

"Yeke? Hotstafflah macam tu? Tapi macam mana awak tau dia ni femes? Kata
tadi tak kenal."

"Yelah. Orang asyik sebut nama FB dia ni. Sebab tu saya pun macam
curious terus cari nama FB ni. Ramai gila student kampus kita add dia as
a friend. Jumpa orangnya tu tak pernahlah lagi." jelasku.

"Ohh.. wahh. Mesti orangnya pun hensem kan? Hmm. okaylah. Saya belum
solat Isyak. Nak pergi solat jap. Bye"

Airin keluar daripada bilikku. Aku membiarkan laptopku terbuka lalu
keluar daripada bilik menuju ke ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience