BAB 2

Romance Completed 20075

ZARA'S POV

Beep. Telefon bimbitku berbunyi. Tanda mesej masuk.

"Assalamualaikum."

Aku mengerutkan dahi.

"Siapa yang mesej aku ni? Siapa pula yang bagi nombor telefon aku?"
soalku sendirian.

"Waalaikumussalam." balasku ringkas.

"Hai. Ni saya, Rayyan. Masih ingat saya tak?"

'Rayyan? Rayyan mana pula ni? Setahu aku, aku tak ada kawan nama
Rayyan.' Desisku.

"Maaf. Saya tak tahu saya ingat ke tak, sebab saya tak tahu yang saya
kenal.awak ke tak." Aku membalas mesej itu dengan kejujuran.

"Oh, mesti awak tak ingat saya tapi awak kenal saya. Kalau awak masih
ingat, sayalah yang selalu kirim surat dekat awak masa sekolah rendah
dulu. Yang selalu bagi kad raya. Dan, yang tegur awak masa last sekolah
dulu."

Aku membaca mesej itu dengan teliti.
Memoriku berputar mengimbas kenangan lalu.

'yang selalu bagi surat? kad raya? Tegur masa last sekolah?
Jangan-jangan.. Dia?? Ahhh. Tak mungkin. Tak mungkin. Tapi.. Dia je yang
satu-satunya buat macam tu dekat aku dulu. Ahhh!' Aku membuat andaian
sendiri.

Aku meninggalkan mesej itu tanpa balasan. Telefon diletakkan di atas
katil. Aku melangkah ke luar bilik.

*****
Selesai mengulang kaji pelajaran Sejarah, waktu untuk aku masuk tidur.

Buku rujukan Sejarah dibiarkan di atas meja.

Aku menghempas tubuhku ke katil.

"Assalamualaikum. Busy ke?"

Aku membaca mesej dari nombor yang sama.

"Waalaikumussalam. Baru siap study. Maaflah tak reply mesej siang tadi."

"takpe. Tapi lama tau saya tunggu."

"Hmm. Ada apa awak mesej saya? dan, dari mana dapat nombor saya?"

Sesaat, dua saat, tiga saat...

"Dari kawan awak, Azie. Saya sebenarnya teringin nak kenal awak.lebih
lanjut. Macam yang saya tulis kat dalam surat dulu, saya sukakan awak.
Jadi, saya taknak lost contact dengan awak. Boleh saya call?"

Aku tak membalas. Nak kata boleh, malu pula. Kenalah nampak jual mahal
sikit.

Tak lama kemudian, telefonku berdering. Sengaja ku lambat-lambatkan
mengangkat panggilan itu. Yelah, taknak nampak terhegeh-hegeh sangat.

"Hello, Assalamualaikum Zara." kedengaran suara lelaki itu di hujung talian.

"Waalaikumussalam."

"Zara, saya rindukan awak. Dah lama tak nampak awak. Saya nak awak tahu,
sampai sekarang saya masih suka awak. Biarpun awak dah jauh."

Aku berdiam seketika. Memikir jawapan.

"Emm, saya.. Saya.." aku gugup. Berdebar laju saat terdengar suaranya.

Kedengaran suara lelaki itu tertawa.

"Zara, apa dia Zara? Kenapa ni? Berdebar ye? Jangan risau. Rilek je k."

Aku menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus perlahan. Sengaja telefon
aku jarakkan dari telinga supaya lelaki itu tidak terdengar akan
hembusan nafasku yang tidak teratur.

"Em, awak. Saya ni masih budak lagi. Saya tak percaya awak sukakan saya.
Memang tak sesuai." Aku menjawab dengan satu nafas.

"Tapi, awak pun sukakan saya kan? Saya boleh rasa awak pun sukakan saya.
Betul kan?"

"Err, sorry awak. Saya nak tidur. Dah lewat. Bye Assalamualaikum." aku
segera mematikan talian tanpa menghiraukan apa yang hendak
dibicarakannya. Aku tidak menghiraukan akan soalannya itu. Kerana aku
sendiri keliru dengan jawapan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience