BAB 15

Romance Completed 20075

trut trut.. trut trut..

"Hello, Assalamualaikum Akak Raisya.. Akak ke ni?"

"Waakaikumussalam.. aah.. ni Kamelia ke?" Kedengaran suara Tengku Raisya
di hujung talian.

"Ye kak. Haa, ni saya nak tanya, akak sekeluarga free tak malam esok?"

"Malam esok ye? akak tak pasti lagi lah Kamelia. Ada apa ye?"

"Kalau akak sekeluarga free, jemputlah datang ke rumah."

"Ada majlis ke? Anak awak nak kahwin?"

Mama tergelak mendengar.

"Tak adalah kak. Anak saya ni belum sampai lagi serunya nak kahwin.
Makan malam kecil-kecilan je. Dah lama kita tak macam ni. Makan malam
sama-sama. Dulu kita berempat aje. Haa, kali ni bolehlah dengan
anak-anak kita sekali."

"Betul juga tu. Bila lagi kan? Takpelah. Nanti saya tengok jadual kami
sekeluarga dulu ye. Anak saya tu, belum nak balik lagi. Banyak kerja
katanya. Biasalah tu kan.."

"Hmm. Biasalah tu kak. Ok, takpe. Apa-apa nanti akak bagitau je ye.
Boleh saya masak sedap-sedap sikit."

"Yelah.. awak tu Kamelia.. tak payah katalah. Masakan awak memang sedap
pun."

"He he.. akak ni ke situ pula.. ha, yelah kak. Saya letak dulu ye..
assalamualaikum.."

"Baik, waalaikumussalam."

"Siapa tu ma?" soalku menjengah dari belakang selepas sahaja mama
meletakkan gagang telefon.

"Aunty Raisya. Zara tak kenal kot. Zara pernah jumpa masa baby lagi.
Manalah Zara ingat." jelas mama.

Aku melabuhkan punggung ke atas sofa di sebelah mama.

"Aunty Raisya? Bukan mama pernah bagitau tu kawan baik mama ke?"

"Aah, dah lama kitorang berkawan. Sebelum Zara lahir lagi.."

"mama ajak makan malam esok?"

"Yes sayang. Ingat tak hari tu mama ada cakap nak ajak kawan sekeluarga
makan malam. Nak kenalkan dengan Zara?"

"Ingat.. jadi Aunty Raisya tulah orangnya ma?"

"ye Zara.. kenapa? Tak sabar dah nak jumpa bakal mama mertua?" usik mama.

Aku membeliakkan mata.

"Mamaaa... apalah mama ni.. mana adalah.."

******
"Akak, akak buatkan kek sedap-sedap tau. Malam ni kawan saya nak datang
sekeluarga. Pasal masakan lain tu biar saya je yang urus."

"Baik Puan." Bibik Lia akur dengan perintah majikannya. Dengan segeranya
Bibik Lia melangkah ke dapur untuk menyiapkan apa yang disuruh.

*Tok* *tok tok*..

"Masuklah." Kataku.

Mama menguak pintu bilikku.

"oh, mama.."

"Hai.. belum bersiap lagi? Tanya mama."

"Dah siaplah ma.."

Mama mengerutkan dahi.
"Dah siap? Kenapa pakai baju ni sayang? Cuba pakai baju yang cantik sikit."

"Hah? Yang ni tak okay ke? Kan mama yang belikan masa kat Dubai hari tu.
Cantik apa."

"Memamglah cantik sayang. Tapi... hmm.. taknaklah pakai yang ni. Zara
tukar baju lain. Kejap mama tengok."

Mama berjalan menuju ke almari pakaian. Setiap pakaianku yang tergantung
mama belek. Aku duduk di atas katil menghadap mama sambil menongkat pipi.

"Haa, kan lagi cantik yang ni. Zara tukar dengan blouse ni sekarang ye.
Jap lagi diorang nak sampai tu. Solek cantik-cantik tau."

Aku memuncungkan mulut gaya itik. Tak minat langsung nak bersolek bagai.

Mama sudah pun berlalu keluar daripada bilikku.

Hampir seminit aku termenung memandang blouse yang mama tujukan.

"Hmmm. Bukannya ada jamuan besar pun." aku mengeluh.

Sememangnya, aku lebih selesa memakai pakaian simple-simple sahaja.

Blouseku sarungkan ke badan. Aku meneliti setiap selendang yang
bersesuaian warnanya dengan blouse yang ku pakai. Akhirnya aku memilih
selendang yang dihadiahkan Azie. Berwarna merah jambu lembut. Sepadan
dengan warna blouseku.

Selesai menepek bedak dan mengoles bibirku dengan lipstik yang berwarna
merah jambu pudar, aku pun segera turun ke tingkat bawah.

Aku melangkah masuk ke ruang tamu VIP apabila terdengar sahaja suara
beberapa orang yang sedanf berbual mesra.

Semua mata memandang ke arahku yang berdiri di muka pintu.

'Mak aihh. Dah sampai dah rupanya. Lama sangat ke aku bersiap tadi.'
desisku.

"Sayang, come here baby." panggil mama dengan panggilan manjaku. Merah
padam wajahku apabila dipandang lama oleh tetamu yang datang malam itu.

"Ha, akak. Inilah anak kesayangan kami, Zara."

"Wahh, dah besar dah dia.. aunty tak pernah tengok kamu masa baby je."

Aku tersipu malu.

Aku menyalam tangan Aunty Raisya dan Uncle Kamil.

"Anak kamu mana Kamil? Apesal tak nampak batang hidung?" Soal papa.

Uncle Kamil tergelak kecil.

"Biasalah, Han. Sibuk. Balik rumah pun sekejap-sekejap aje. Bangga
jugalah saya ada anak yang gigih bekerja. Senang hati kita ni."

"Alhamdulillah. Yang namanya anak Dato Kamil, mestilah rajin. Kuat
bekerja. Kalau tak, tak majulah bisnes kamu."

"Eh, jomlah makan. Makanan dah terhidang. Lambat-lambat nanti sejuk, tak
sedap." Kata mama. Aku berjalan beriringan dengan Aunty Raisya.
Papa juga turut memimpin Uncle Kamil ke meja makan.

Semasa makan, aku hanya menjadi pendengar perbualan mereka berempat.
Sekejap cakap pasal bisnes, sekejap cakap pasal kisah zaman muda.
Sekali-sekali aku turut tergelak bila ada cerita yang menggelikan hati.
Tak lain tak bukan, papalah yang selalu mencetuskan ketawa.

Aku berasa senang dengan kehadiran mereka malam itu.
****
Aku duduk di buaian kayu yang terletak di halaman rumah yang dikelilingi
bunga-bungaan dan kolam ikan buatan papa.

"Zara, termenung ye?" Aunty Raisya tiba-tiba datang menyapa lalu duduk
di sebelahku.

"Eh, aunty. Terkejut Zara. Ingatkan siapa tadi." Kataku mengurut dada.

"Auntylah ni. Zara ingat siapa tadi? hantu jembalang ya?"

Aku tergelak.

"Kalau hantu jembalang, aunty, mesti aunty tak nampak dah zara masih
duduk kat sini. Zara dah pecut masuk rumah. He he he.."

Kami sama-sama tertawa.

"Zara buat apa sekarang? Study ye?" Soal Aunty Raisya.

"Aah aunty. Tapi sekarang ni zara tengah cuti sebulan. Dapat jugalah
luang masa dengan mama papa."

"Anak aunty tak boleh cuti lagi. Banyak kerja nak buat. Dia teringin
juga nak ikut sekali malam ni. Tapi nak buat macam mana katanya."

"Anak aunty study lagi ye?"

"Taklah. Dah habis study dah. Dia dah jadi lecturer dalam masa yang
sama, tolong uncle Kamil urus bisnes."

"Zara dah ada teman lelaki?"

Aku memandang aunty Raisya.

'Nak jawab ada ke takde ye? Kalau mama ada kat sini, agaknya mama suruh
jawab takde kot. Hmm tapi takkan nak tipu. Macam mana dengan Rayyan
kalau aku jawab takde.'

"Dah ada aunty. Dia lecturer Zara." jawabku jujur. Pasti aku tidak rasa
tenang sekiranya aku menjawab sebaliknya.

Aunty Raisya kelihatan tersenyum memandangku.

"Zara cantik dan periang. Lemah lembut pula tu. Mestilah ramai peminat
kan. dan ramai-ramai peminat, mesti akan sangkut satu. Kalau aunty jadi
lelaki pun, dah tentu aunty nak miliki zara sebab zara cantik. Baik.
Suka tersenyum. Tenang je hati."

Wajahku merah padam menahan malu.

"Mana ada aunty. Zara biasa aje macam orang lain."

"Tapi bagi auntylah kan, aunty suka dengan Zara. Aunty fikir nak ambil
zara jadi anak aunty. Jadi menantu aunty. Tapi zara dah ada orang
booking rupanya. Melepaslah aunty."

"He he.. amboi aunty. Ayat tu macam ayat orang lelaki nak mengorat pula.
seronoklah borak dengan aunty ni. Spoting je."

"Spoting macam mama zara tak?"

"Aah. He he.. zara selesa sangat."

Aunty Raisya tersenyum.

"Kalau zara rasa nak borak dengan aunty lepas ni, call je aunty. Kita
makan kat luar, shopping. Nanti sekali sekala jemputlah datang rumah
aunty. Makan malam kat rumah aunty pula lepas ni. Manatau sempat
berkenalan dengan anak aunty tu."

"In shaa Allah. Boleh je aunty."

"Eh, dah lewat dah ni. Uncle Kamil mesti tak sedar dah pukul berapa.
Jom, aunty nak ajak uncle Kamil balik."

Kami berjalan menuju ke pintu utama.

Selepas bersalaman, aunty Raisya dan Uncle Kamil berjalan mendapatkan
kereta mereka. Aku sempat melambaikan tangan ke arah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience