BAB 12

Romance Completed 3543

‘Aku ada dekat mana ni? Kenapa panas sangat ni?’ Laila berjalan mencari tempat yang sejuk. Tetapi semakin dia melangkah pergi semakin panas dia rasa. Dia cuba melangkah lagi mencari tempat yang sejuk.

Tiba-tiba dia ternampak daddynya. Laila memanggil daddynya supaya membantu dia keluar daripada tempat yang panas ini. Namun daddynya tidak memberikan reaksi. Hanya terpamer senyuman sahaja. Dia melihat ke arah kanannya kelihatan Adam di situ. Dia memanggil Adam pula. Adam memberikan reaksi. Ketika tangan mereka hampir bersatu, Laila disambar api yang sangat besar.

‘Inilah balasan kau. Kau derhaka pada ayah dan suami kau. Sekarang terimalah ini balasan kau. Api yang sangat panas.’ Kata suara itu.

“Astaghfirullahalazim. Ya Allah.” Kalimah-kalimah suci keluar dari mulut Laila.

Dia menuju ke bilik air dan membasuh mukanya. Dia melihat mukanya di cermin. Lalu dia menangis. Mimpi itu tadi sangat menakutkan dirinya. Apabila keluar dari bilik dia mendengar bunyi azan subuh berkumandang.

Jiwanya menjadi tenang. Almari baju segera dia buka. Dia mencari sesuatu. Akhirnya jumpa. Telekung pemberian arwah mamanya. Segera dia memakai. Kemudian dia keluar dari biliknya. Ketika itu bertembunglah dua beranak.

Dato` Mujahid terperanjat melihat penampilan Laila.

Laila menuju ke daddnynya lalu dia memeluk daddynya dan meminta maaf. “Daddy ampunkanlah Laila. Laila dah banyak buat salah dengan daddy. Begitu besar dosa yang Laila telah lakukan. Laila memang anak yang tidak berguna.”

Menitis air mata Dato` Mujahid dengan mendengar pengakuan Laila. Dia membalas pelukan anaknya itu.

“Hukumlah Laila daddy. Laila memang pantas dihukum.” Kata Laila lagi.

“Tak Laila. Daddy dah lama maafkanlah Laila. Daddy tak simpan perasaan dendam pun atas perbuatan Laila selama ini. Laila masih anak daddy. Dan daddy masih sayangkan Laila. Laila adalah harta peninggalan yang terindah oleh mama untuk daddy.” Balas Dato` Mujahid pada Laila sambil itu dia mengusap air mata Laila.

Laila memeluk daddynya lagi. “Terima kasih daddy. Laila sayang daddy.”

Kedua-dua beranak itu berdada di dalam epilog kesedihan.

Laila duduk di sebelah Adam bersama Dato` Mujahid sambil membacakan Yaasin. Berlinang air matanya apabila melihat keadaan suaminya itu. Perasaan serba salah muncul dalam hatinya. Sekarang ini dia hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T. agar suaminya segera bangun.

“Jom kita pulang Laila. Esok kita datang balik.” Kata Dato` Mujahid sambil menepuk bahu anaknya itu.

Laila menurut perintah daddynya. Sebelum dia keluar dari bilik suaminya itu, dia memandang wajah suaminya dan berdoa agar suaminya itu segera untuk bangun. Kemudian Laila dan Dato` Mujahid pulang ke rumah.

Di rumah ketika Laila melangkah masuk ke dalam biliknya secara tidak sengaja dia ternampak sesuatu di atas meja dalam biliknya. Laila mencapai buku itu. Apabila dia melihatnya, dia teringat peristiwa berkaitan buku itu.

Adam pernah memberikan buku itu kepadanya tetapi dia melemparkan buku itu ke bawah. Kemudian Adam mengutip semula buku itu dan meletakkan di atas meja. Terhenti imbauan lampau itu.

Perlahan-lahan Laila mula membuka buku itu. Tajuknya ialah ‘Syurga Di Bawah Telapak Kaki Suami.’ Dia membaca buku itu dengan penuh kekhusyukan. Di pertengahan dia membaca air matanya mengalir.

Dia sedar bahawa banyak kesalahan yang dia lakukan pada suaminya itu. Dia bukan seorang isteri yang baik. Sememangnya dia merasakan dia tak layak bersama dengan Adam.

Setelah Laila selesai membaca dia meringankan kakinya untuk pergi ke bilik suaminya, Adam. Tombol pintu bilik Adam mula di buka. Apabila Laila masuk sahaja di dalam bilik itu, dia terkejut kerana di atas meja bilik suaminya itu ada gambarnya.

Laila mengambil gambar tersebut. ‘Dia simpan gambar aku?’ Laila bermonolog di dalam hatinya. Tanpa sengaja Laila tertolak sebuah buku yang berada di atas meja itu. Dengan pantas dia mengambil buku itu. Entah kenapa dia seperti ingin mengetahui isi buku itu.

Tidak sangka Laila semua yang dibaca olehnya dalam buku itu. Ternyata selama ini sebelum Adam pergi ke kerja dia akan masuk ke bilik Laila. Adam mencium ubun kepala Laila kemudian berdoa kepada Allah S.W.T. agar Laila menerimanya sebagai suami. Laila juga tidak sangka bahawa Adam sebenarnya mencintai dia.

Semenjak mereka berkahwin. Satu cecair mula mengalir ke pipi Laila. Dia menangis. Semua yang ditulis oleh suaminya di dalam buku itu berkaitan dengan dirinya. Benar-benar menyentuh hatinya.

‘Abang maafkan Laila.’ kata-kata itu yang terkeluar dari mulut Laila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience