BAB 8

Romance Completed 3543

Dato` Mujahid kembali bersuara. “Daddy nampak apa yang berlaku tadi. Sebak daddy tengok. Tak sangka Laila sanggup buat kamu macam tu. Daddy malu dengan kamu. Daddy tak tahu kenapa dia susah nak terima kamu dalam keluarga ini. Bukan saja sebagai suami malah sebelum kamu berdua bernikah, Laila tak pernah menganggap kamu sebagai abang dia walaupun kamu berdua bukannya adik beradik kandung.”

Adam mengerling ke arah Dato` Mujahid. Terkejut dia melihat daddynya itu menangis. Pantas dia mengesat air mata daddynya itu. Dia tidak sanggup melihat air mata itu. Kemudian Adam mengusap belakang daddynya.

“Adam maafkan daddy. Sepatutnya daddy tolak permintaan kamu untuk bernikah dengan Laila. Kalau tidak mesti kamu bahagia. Kamu tak akan menangis macam ni. Daddy silap. Kamu sanggup korbankan perasaan kamu demi menutup keaiban keluarga ini, bagi daddy itu satu pengorbanan yang sangat besar.

Terlalu banyak yang kamu dah lakukan dalam keluarga ini sebelum mama meninggal hinggalah sekarang. Jadi daddy rasa baik kamu ceraikan Laila. Itu adalah jalan terbaik. Sebab daddy tak sanggup nak melihat kamu diperlakukan oleh Laila lagi. Cukuplah.”

Panjang lebar Dato` Mujahid menyatakan luahannya pada Adam.

“Apa yang daddy cakap ni? Istighfar daddy. Adam tak pernah rasa terbeban pun buat semua ni. Malah Adam bersyukur kerana Adam dapat membalas jasa daddy dan arwah mama. Setiap perbuatan yang Adam lakukan tak terbanding dengan apa yang daddy dan arwah mama lakukan pada Adam.

Daddy dengan mama sanggup bawa Adam balik ke rumah ini dan besarkan Adam dengan penuh kasih sayang sehingga Adam boleh menjadi insan berguna sekarang ini. Daddy pernah ajar Adam perkahwinan adalah perkara yang sangat disukai oleh Allah tetapi penceraian merupakan satu perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah.

Adam takkan ceraikan Laila semata-mata Adam diperlakukan sebegitu. Tugas Adam sebagai seorang suami adalah memimpin keluarga ke arah jalan yang lurus. Adam takkan mengalah macam tu je. Daddy Adam janji walau apa pun yang terjadi Adam akan bawa Laila kembali ke jalan Allah.

Macam daddy sayang Laila, macam tu juga Adam sayangkan Laila. Adam akan pastikan itu berlaku. Adam yakin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Daddy jangan menangis lagi, ok.” Jawab Adam dengan penuh perasaan sambil air matanya mengalir ke pipi.

Dato` Mujahid juga mengalir air matanya. Kedua-dua beranak itu hanyut dengan air mata. Tiada kata-kata lagi yang Dato` Mujahid ingin sampaikan. Setelah mendengar jawapan Adam tadi, Dato` Mujahid hanya diam. Tiada sebarang reaksi pun daripadanya.

Dato` Mujahid hanya mengusap kembali bahu Adam. Dan cuba untuk mempamerkan senyuman walaupun sukar untuk dia senyum.

‘Hati aku tak sedaplah. Teringat aku pagi tadi terdengar perbualan Laila dengan Nazim. Mereka nak jumpa lagi. Di hotel Mania Star. Walaupun sebelum ni aku mendengar Laila mahu berjumpa dengan Nazim, aku tak rasa macam ni. Kali ni aku rasa macam lain. Macam ada sesuatu yang buruk nak berlaku. Ya Allah apa sebenarnya yang akan berlaku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience