BAB 13

Romance Completed 3543

Hari ini Dato` Mujahid tidak dapat menemani Laila ke hospital kerana dia ada mesyuarat penting bersama rakan kongsinya. Laila terpaksa pergi seorang diri tetapi Laila di hantar oleh Dato` Mujahid ke hospital.

Setibanya di hospital Laila terus menuju ke wad suaminya Adam. Dia duduk di sisi suaminya kemudian membacakan yaasin untuk suaminya. Dia berharap sangat agar suaminya sedar dengan cepat. Laila akhirnya berjaya menghabiskan bacaan yaasin yang mempunyai 83 ayat itu.

“Abang bangunlah. Laila nak minta ampun dengan abang. Bangunlah. Laila tahu abang seorang yang kuat.” ujar Laila sambil memegang tangan suaminya, Adam.

Begitu erat sekali dia menggenggam tangan Adam. Seperti mana Adam pernah memegang tangannya dengan erat ketika cuba untuk menyelamatkan dirinya. Laila mencium tangan suaminya itu. Laila merasakan tangan suaminya itu bergerak. Dan melihat mata suaminya mula bergerak. Segera dia memanggil doktor.

Doktor mula melakukan pemeriksaan pada suaminya. Laila melihat dari jauh. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nama Dato` Mujahid.

“Alhamdulillah suami puan sudah bangun. Puan bolehlah berjumpa dengan dia.” kata Doktor yang membantu itu tadi.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih doktor. Saya pergi dulu.” Balas Laila lalu mengundurkan dirinya masuk ke wad suaminya.

Laila mencapai kerusi dan duduk di sebelah suaminya itu. Dia memegang tangan suaminya itu.

Adam yang baru sedar kelihatan terkejut melihat Laila memegang tangannya.

“Abang. Alahamdulillah abang dah sedar. Laila takut sangat abang tak bangun.” Kata Laila penuh kerisauan.

Kali ini Adam bertambah terkejut mendengar Laila memanggilnya ‘abang’.

“Laila ke ni?” soal Adam.

“Ya abang ni Laila. Maafkan Laila abang. Semua ni berlaku sebab Laila. Abang cedera teruk macam ni pun sebab Laila. Begitu banyak dosa Laila pada abang. Tak terkira. Laila tak tahu kenapa Laila benci sangat kat abang dari mula abang masuk dalam family ni. Laila tak sedar sebenarnya abang dah banyak berkorban untuk Laila.

Sampaikan abang sanggup berkahwin dengan Laila. Tapi waktu tu Laila masih tak sedar lagi semua itu. Laila buta hingga menyakitkan hati abang. Abang sekalipun tak pernah marah Laila. Tak pernah abang bercakap kasar dengan Laila tapi Laila,,selalu saja Laila tengking abang. Laila tinggikan suara pada abang, apa yang abang buat hanya diam saja. Banyak dosa Laila pada abang.

Laila memang tak layak untuk abang. Laila isteri yang tidak berguna. Maafkan Laila. Laila bersalah pada abang. Hukumlah Laila abang.” kata Laila sambil mengalirkan air matanya.

Adam cepat-cepat menyeka air mata Laila. “Tak Laila. Abang dah lama maafkan Laila. Dari mula kita kahwin lagi. Walaupun Laila tak pernah menganggap abang sebagai suami, abang tetap menganggap Laila sebagai isteri abang. Abang tak pernah pun bencikan Laila sebab abang yakin suatu hari nanti pasti Laila dapat menerima abang.

Hari-hari abang berdoa supaya Allah bukakan pintu hati Laila untuk menerima abang. Tak kisahlah apa yang Laila dah buat pada abang tapi abang tak pernah henti berdoa macam tu. Sejujurnya abang sakit hati bila dapat tahu Laila ada hubungan dengan Nazim.

Abang rasa kecewa sangat. Tapi abang yakin dengan Allah. Abang terus berdoa supaya pintu hati Laila terbuka untuk menerima abang. Laila tahu tak masa abang dapat tahu yang Nazim tu sebenarnya jahat, abang risau sangat masa tu. Lebih-lebih lagi abang dengar dia nak bawa Laila pergi hotel. Sepanjang abang bekerja abang tak tenang.

Rasa macam nak berlaku sesuatu. Itu yang abang pergi report polis. Tapi abang tak benarkan mereka tolong, sebab abang takut sesuatu terjadi pada Laila. Jadi abang pun buat keputusan untuk selamatkan Laila. Masa tu abang tak fikir apa-apa pun. Abang cuma fikir keselamatan Laila je. Abang tak kisah apa yang nak jadi pada abang tapi bukan Laila.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience