BAB 3

Romance Completed 3543

“Kalau itu adalah ketentuanNya, Adam rela.” Kata Adam dengan yakin.

Terbeliak biji mata Laila mendengarnya. “Kau jangan nak merepeklah! Aku tak kan kahwin dengan kaulah. Daddy Laila takkan terima dia.”

“Semua ni demi menutup keaiban keluarga ni daddy. Adam lakukan sebab daddy. Adam tak nak daddy malu. Hanya itu saja daddy.” Bersungguh-sungguh Adam bekata-kata.

Dato` Mujahid memikirkan hal itu dan akhirnya dia bersuara.

“Kalau betul itu adalah jalan terbaik, baiklah Adam. Daddy akan kahwinkan kamu dengan Laila. Malam ni juga kamu menikah.” Terang Dato` Mujahid.

Keputusan memang sudah dibuat, tapi Laila tidak dapat menerima semua ni. Dia membantah. Dato` Mujahid yang melihatnya tidak memperdulikan perbuatan Laila itu. Memang muktamad untuk dia kahwinkan anaknya dengan Adam seperti mana yang dirancang oleh Adam.

“Daddy akan uruskan hal tok imam tu. Laila sepatutnya kamu bersyukur ada orang sudi berkahwin dengan kamu. Kamu nak tak nak ke, kamu kena kahwin juga.”

Pernikahan yang bersaksikan tok imam dan Dato` Mujahid pada malam itu akhirnya sudah berakhir. Adam dan Laila sudah sah sebagai suami isteri. Walaupun Laila tidak rela namun dia terpaksa melakukannya.

“Kau jangan mengada-ngada nak tidur kat bilik aku. Pergi tidur kat bilik kau! Walaupun aku dengan kau sudah sah menikah tapi aku takkan pernah anggap kau tu suami aku. Faham!” kata Laila dengan nada yang tinggi lalu menutup pintu biliknya dengan begitu kuat sekali.

Adam hanya berdiam diri saja melihat perbuatan isterinya itu. Manakala Dato` Mujahid yang melihat dari jauh hanya menggelengkan kepala. Dia hanya mampu berdoa agar pintu hati anaknya, Laila akan terbuka suatu hari nanti.

Tanpa disedari sudah setahun Adam dan Laila bergelar suami isteri. Namun hubungan Laila dan Adam masih sahaja sama seperti dulu tidak berubah. Perangai Laila semakin melampau walaupun sudah bergelar isteri.

Sejak peristiwa Laila gugur seminggu yang lepas, dia mula keluar malam. Bertambah melampau apabila Adam melihat Laila keluar bersama dengan lelaki lain. Perkara itu membuatkan Adam tidak menentu.

“Adam aku tengok kau ni macam tak ok je? Kau ada masalah?” tanya Harizal kawan tempat dia bekerja.

Adam tersenyum dan berkata “Erm,,takda apa-apalah bang. Saya ok cuma tak sihat je hari ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience