BAB 2

Romance Completed 3543

“Kenapa dengan aku ni asyik muntah-muntah je. Takkanlah aku…….tak mungkin. Tak mungkin. Biar aku pergi check.”

Kata Laila sambil menuju ke bilik air untuk check sama ada dia positif mengandung atau tidak. Belum sempat dia check, tekaknya rasa loya lagi. Tapi kali ini lain dengan perutnya sekali. Seperti dipulas-pulas. Laila yang tidak tahan menjerit meminta pertolongan.

Pintu bilik Laila dibuka. Dato’ Mujahid yang melihat segara ke arah Laila. Adam pula menyusul masuk membantu Dato’ Mujahid mengangkat Laila yang sudah pun pengsan. Mereka berdua terus membawa Laila ke hospital. Wajah Dato’ Mujahid begitu cemas sekali.

Setelah selesai Laila dirawat, Dato’ Mujahid dan Adam pantas ke arah doktor untuk mengetahui keadaan Laila. Doktor yang dikenali sebagai Mikhail itu tiba-tiba menepuk bahu Adam.

“Tahniah isteri awak mengandung. Kandungan yang ada dalam perut isteri awak tu sudah 3 minggu.” Terkejut Adam mendengar kata doktor itu. Begitu juga dengan Dato` Mujahid. Terkejutnya bukan kepalang mendengarnya. Dia tidak menyangka perkara itu yang disebutkan oleh doktor.

Apa yang perlu dilakukan oleh Dato` Mujahid dan Adam untuk mengelakkan perkara ini adalah mencuba untuk senyum. Doktor mengizinkan mereka untuk membawa Laila pulang ke rumah.

Oleh kerana keadaannya yang tidak serius. Semasa di dalam perjalanan ke rumah suasana sepi sekali. Hanya bunyi radio saja kedengaran. Laila menanti penuh kesabaran. Dia yakin daddynya sudah mengetahui perkara itu.

Di rumah, belum sempat Laila naik ke atas, Dato` Mujahid memanggilnya. Laila menurut dan terus ke arah Dato` Mujahid. Pang! Satu tamparan melekat di pipi Laila. Dato` Mujahid menamparnya.

“Aduh! Daddy sakitlah. Sekali pun marah janganlah sampai macam ni. Benda dah jadi nak buat macam mana!” jerit Laila.

Dato` Mujahid menjeling ke arahnya. Dia bersuara. “Apa kamu kata? Sakit? Kamu tahu tak hati daddy ni jauh lebih sakit. Sakit sangat-sangat. Masa kamu buat perkara tu kamu tak fikir ke? Daddy benar- benar kecewa dengan kamu. Daddy rasa macam daddy tak pernah ajar kamu pasal agama. Daddy dah salah didik kamu. Daddy malu. Daddy,,,” Dato` Mujahid yang sudah menangis memberhentikan percakapannya dengan Laila.

“Daddy dah habis cakap. Penat Laila tunggu. Kalau dah macam tu sangat biar Laila gugurkan kandungan ni. Biar daddy tak malu. Orang semua takkan tahu.” Balas Laila dengan kasar.

“Astaghfirullahalazim! Apa yang kamu cakap ni? Kamu nak gugurkan kandungan ni. Tak cukup dengan dosa kamu berzina, kamu nak tambah lagi dosa. Tahu tak anak dalam kandungan kamu tu tak bersalah pun. Yang salah tu adalah kamu. Jadi kamu tak berhak gugurkan dia, Laila!”

Laila menggeleng dan dia membantah lagi kata daddynya. Adam yang melihat keadaan tu mula masuk campur.

“Daddy kahwin adalah satu caranya nak menutup keaiban keluarga ini.”

Berpaling kedua-dua beranak itu ke arah Adam. “Apa kamu merepek ni Adam, siapa nak kahwin dengan dia ni? Ada ke pak sanggup nak dengan dia ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience