BAB 14

Romance Completed 3543

“Kenapa abang buat semua ni? kenapa abang bahayakan diri abang untuk tolong Laila? Sepatutnya abang biarkan saja Laila. Biar padan muka Laila. Lagipun ini memang salah Laila. Memang patut pun Laila dapat balasan macam tu.” Sambung Laila lagi sambil air mata mengalir lagi.

“Abang dah janji dengan daddy dan arwah mama, abang akan jaga Laila dengan baik dan abang akan buat Laila berubah. Abang tak nak kecewakan mereka.” Balas Adam yang kini sudah mengalirkan air mata.

Laila melihat Adam. Dia memegang pipi Adam dan mengesat air mata Adam. Lalu dia memeluk Adam. Dia merasa begitu tenang sekali apabila memeluk Adam. Dirinya rasa selamat. Pertama kali dia merasakan sehangat ini.

“Abang masihkah ada lagi cinta dalam hati abang untuk Laila?” soal Laila tiba-tiba.

Adam meleraikan pelukan Laila. terpamer wajah kekecewaan di wajah Laila.

“Nampaknya Laila dah terlambat membalas perasaan abang. Laila,,,” belum sempat Laila menghabiskan ayatnya Adam memeluknya.

Adam memeluk sambil berbisik. “Perasaan cinta abang pada Laila sikit pun tak pernah berkurang. Malah bertambah kuat.”

Laila membalas pelukan Adam. Dia memeluk suaminya itu se erat-eratnya. Dia gembira mendengar kata-kata suaminya itu.

“Laila pun cintakan abang. Maafkan Laila sekali lagi. Laila janji lepas ni akan jadi isteri yang baik buat abang. Dan abang kena janji abang tak akan tinggalkan Laila. Abang kena bimbing Laila ke arah kebenaran.” Ujar Laila sambil memandang wajah Adam.

Adam mengangguk tanda setuju. Adam tersenyum melihat Laila. Adam bersyukur kerana doanya selama ini diterima oleh Allah. Akhirnya dia berjaya mendapatkan kebahagiaan. ‘Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.’

Perkara itu disaksikan oleh Dato` Mujahid. Dia juga turut merasa bahagia melihat Adam dan Laila.

“Syukur Ya Allah. Seandainya awak masih hidup Maryam, pasti awak bangga melihat keadaan Adam dan Laila sekarang ni. Terima kasih Adam sebab tunaikan janji kamu.” tutur Dato` Mujahid di luar wad kecemasan itu.

Kebahagiaan yang ditunggu oleh Adam akhirnya tiba setelah dia menanti dengan lamanya. Begitu juga, Dato` Mujahid hasratnya untuk melihat Laila berubah turut tercapai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience