BAB 1

Romance Completed 3543

Jam sudah menunjukkan 5 pagi, hampir masuk waktu subuh. Kedengaran pintu rumah dibuka oleh seorang wanita dalam keadaan mabuk. Terhuyung- hayang dia berjalan. Sehinggakan datang seorang lelaki yang sudah berumur ke arahnya.

“Ya Allah! Apa kena dengan kamu ni? Pukul 5 pagi baru nak balik. Dalam keadaan mabuk pula tu. Astaghfirullahalazim, Laila.” Kata lelaki itu yang merupakan daddy kepada Laila yang bernama Dato` Mujahid.

“Suka hatilah orang nak buat ape. Tak yah nak menyibuk boleh?” Laila menengking daddynya.

Dato` Mujahid yang rasa terkejut mula mengangkat tangan untuk menampar anaknya itu. Tinggal seinci saja lagi tangannya hendak melekat di pipi Laila, seseorang menahan tangannya. Insan itu adalah Adam.

“Kenapa kamu halang daddy?” Tanya Dato` Mujahid.

Dengan wajah tenang Adam membalas “Sesungguhnya kemarahan itu merupakan perkara yang sangat disukai oleh syaitan. Sabar daddy, banyak kan beristighfar.”

Muka bengis Dato` Mujahid mula berubah setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Adam. Laila yang mendengarnya memberontak lalu dia naik ke atas cepat-cepat, malas mahu mendengar kata-kata papanya itu. Dato` Mujahid yang melihat Laila menghela nafas.

Pantas Adam mula mengusap belakangnya. Sejurus itu kembali menyusul tujuan asal mereka untuk ke surau menunaikan solat subuh berjemaah.

Pagi ini angin meniup dengan kencang. Daun-daun jatuh berguguran ke tanah. Melihatkan awan pula sudah mendung. Ini menandakan hari ingin hujan. Adam mula menyiapkan diri untuk ke pejabat. Setelah itu, dia turun ke bawah dan melihat ke luar. Hujan. Dia tersenyum.

“Alhamdulillah hujan hari ni. Baik aku pergi dulu sebelum hujan semakin lebat.” Kata Adam lalu mengambil kunci kereta Vios yang tergantung di tempat letak kunci.

Hampir satu jam Adam selamat sampai di pejabatnya. Dia mula melangkah masuk ke dalam pejabat. Sepanjang langkah untuk masuk ke dalam biliknya, dia tidak henti-henti memberi salam sambil melemparkan senyuman. Itulah rutin hariannya sebelum masuk ke biliknya. Sudah menjadi sesuatu yang lazim bagi dirinya.

“Assalamulaikum bang.” Tegur Adam kepada salah satu stafnya di situ.

“Waalaikumsalam. Hei ko ni asal datang, mesti senyum. Patutlah anak-anak dara dalam pejabat ni minat kat ko. Tak padan dengan handsome, suka senyum pula tu.” Balas staf yang di kenali sebagai Harizal itu.

“Ish abang ni, ada-ada je. Senyum tu sedekah. So tak salahkan saya senyum pada orang. Abang tu janganlah salah faham. Apa-apa pun abang thanks sebab cakap saya handsome. Ok lah bang saya nak masuk bilik dulu, banyak kes kena selesaikan.” Jawab Adam sambil melemparkan senyuman.

Harizal yang mendengar jawapan Adam itu membalas “Sama-sama. Jangan lupa belanja aku makan nanti.”

Adam menangguk sambil menujukkan tangan tanda setuju pada Harizal. Kemudian pergi untuk menguruskan kerjanya yang belum selesai lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience