BAB 9

Romance Completed 3543

Hati aku tak tenang memikirkan hal itu. Kau berikanlah ketenangan padaku.’ Adam berbisik dalam hatinya ketika sedang melakukan pekerjaannya itu. Tiba-tiba dia terpandang surat khabar. Tertera gambar Nazim di situ. Polis sedang memburunya rentetan kes pembunuhan Johan yang mengakibatkan adiknya membunuh diri.

Mendengar sahaja nama Johan, Adam teringat bahawa lelaki itu adalah bekas kekasih Laila.

“Kalau dia dah bunuh Johan, maknanya Laila,,,” segera Adam bangun dari kerusinya mencapai kunci kereta lalu terus pergi dari pejabatnya.

Sementara di hotel Mania Star, sepasang kekasih sedang berjalan menuju ke ruangan bilik. Sepanjang menuju ke ruangan bilik, kelihatan beberapa orang seperti bodyguard tunduk hormat pada Nazim. Laila gerun melihat bodyguard2 itu. Terbatal niatnya untuk bertanya pada Nazim akan bodyguard2 itu.

“Sayang kita nak buat apa kat sini? Kata nak bawa I pergi shopping?” soal Laila pada kekasihnya, Nazim yang sedang merangkul pinggangnya.

Nazim mengelus dagu Laila lalu bersuara. “Sabarlah sayang. I nak ambil dompet kejap. Malam tadi tertinggal kat dalam bilik. Ok. I janji lepas tu kita pergi shopping.”

Laila mengangguk perlahan dan mengikuti Nazim masuk ke dalam bilik itu. Nazim menyuruh Laila duduk di atas katil kerana dia ingin mandi dahulu. Laila memerhatikan keadaan bilik itu. Cantik. Tanpa disedari Nazim memerhatikan dirinya dalam bilik air itu. Nazim melihat dari atas ke bawah.

‘Bodoh punya perempuan. Siap kau aku kerjakan.’ Nazim bermonolog sendirian.

Akhirnya Nazim keluar dari bilik air dengan hanya mengenakan tuala. Kemudian dia duduk di sebelah Laila sambil memegang tangan Laila. Laila rasa lain sekali waktu itu. Dia cuba menjauhkan diri dari Nazim tetapi Nazim semakin menghampirinya. Dengan pantas Nazim menolok tubuh Laila di atas katil. Terkejut Laila akan perbuatan Nazim itu.

“Kenapa? kau terkejut aku buat macam ni?” tanya Nazim

“Nazim apa yang u buat ni? tolong jangan buat I macam ni.” balas Laila.

Nazim ketawa jahat. Mukanya kini semakin dekat dengan Laila. Tangannya mula memegang wajah Laila. Laila menolak tangan Nazim. Kemudian dia ditampar oleh Nazim.

“Kau nak apa hah! Lepaskanlah aku. Kalau kau nak duit aku boleh bagilah.” Jerit Laila.

Sekali lagi Nazim ketawa. “Duit? Apa kau ingat dengan duit, boleh buat adik aku Sara hidup balik!”

Terbeliak mata Laila saat nama ‘Sara’ disebut.

“Tak payahlah kau nak pura-pura terkejut. Pasal kau Sara mati. Kau rampas pakwe dia lepas tu kau maki-maki dia sampai dia bunuh diri. Kau tau tak dia tu adik kesayangan aku. Aku paling pantang kalau orang lukakan hati adik aku. Ingat lagi Johan pakwe adik aku yang kau rampas, aku dah bunuh dia. 6 kali aku tikam dia. Haha.” Jawab Nazim sambil tangannya mula memegang lutut Laila pula.

Laila menjerit ketakutan. “Kau ingat kalau kau jerit ada orang dengar? Erm aku boleh buat apa je kat kau kan sayang. Aku tengok kau malam ni cantik. Izinkan aku menyentuh tubuh kau ya sayang.”

Tangan Nazim semakin ke atas. Jeritan Laila semakin kuat. Laila berharap akan ada seseorang yang membantunya. Clek! Pintu bilik itu dibuka seseorang. Pantas Nazim ditendang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience