BAB 6

Romance Completed 3543

Setelah itu, Adam fokus meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Dan dia berharap agar doanya itu diterima oleh Allah.

Hari ini hari Sabtu. Adam tidak bekerja hari ini. Dia berhasrat untuk duduk di rumah sahaja. Manakala Laila pula awal pagi sudah keluar rumah. Tidak tahu ke mana dia pergi. Adam risau akan Laila. Dia cuma berharap agar isterinya itu selamat di mana sahaja dia berada.

Walaupun Laila tidak pernah sekali mengingatinya tetapi Adam tidak pernah lupa akan isterinya. Setiap hari sebelum pergi ke kerja Adam akan masuk ke bilik Laila lalu secara perlahan dia mengucup dahi isterinya yang sedang tidur sambil berdoa agar isterinya sentiasa dilindungi oleh Allah dan dibukakan pintu hati untuk menerimanya sebagai suami.

Lamunan Adam terhenti saat bahunya ditepuk. “Jauh kamu termenung Adam.”

“Daddy. Takdalah mana ada termenung. Fikir pasal kerja je ni. Banyak kes kena selesaikan. Ah daddy dah sarapan belum?” balas Adam sambil tersenyum ke arah daddynya.

“Kamu tak payah nak tipu daddylah. Daddy tahu kamu mesti tengah fikirkan Laila. Melihat dari raut wajah kamu pun daddy tahu. Apa yang kamu fikirkan tentang Laila, Adam?” kata Dato` Mujahid.

Adam memalingkan muka ke arah daddynya dan bersuara. “Entahlah daddy. Adam cuma risaukan keselamatan Laila saja. Apa yang boleh Adam katakan Adam dah mula menyayangi Laila lebih dari seorang adik.”

“Maksud Adam, Adam cintakan Laila?” soal Dato` Mujahid.

Adam mengangguk dengan perlahan. Wajahnya merona kemerahan. Dia malu mengakui perasaannya di hadapan daddynya. Dato` Mujahid yang melihat respond Adam kelihatan terharu. Dia tidak menyangka walaupun Laila layan Adam dengan teruk tetapi Adam tetap sayangkan dia.

Malah cintakan Laila. Dia bangga akan arwah isterinya kerana membawa pulang seorang anak yatim yang begitu baik akhlaknya. Dia juga bersyukur kerana Adam menjadi menantunya. Bagi Dato` Mujahid Adam merupakan seorang suami yang penyabar dan seorang yang penyayang.

‘Ya Allah berikanlah kesabaran kepada anakku Adam. Aku yakin suatu hari nanti dia pasti akan mendapat kebahagian itu.’ Kata Dato` Mujahid di dalam hatinya.

* * *

“Ok sayang. I masuk dulu. Jumpa u esok tau. Muaah. Love u.” kata Laila pada Nazim kekasihnya itu.

Nazim kemudian membalas sambil memegang mencium tangan Laila. “Bye darling. Love u too forever.”

Laila keluar daripada kereta dan melambaikan tangan kepada Nazim ucapan tanda selamat tinggal. Setelah itu, kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Tersenyum bahagia Laila malam itu. Dia tidak menyedari perbuatannya itu tadi diperhatikan oleh suaminya, Adam.

Tersentap hati lelaki itu. Namun pantas dia beristighfar. Azan mula berkumandang dia pun mengundurkan dirinya pergi ke bilik air mengambil wuduk untuk menunaikan solat Isya`.

“Aduh penatnya hari ni. Tapi seronok sebab dapat jumpa dengan Nazim. Dahlah dia bagi aku hadiah tadi. Nazim,Nazim,Nazim.” Ucap Laila yang kini sedang baring di atas katil.

Belum sempat Laila ingin membuka hadiah yang diberikan oleh Nazim tadi, pintu biliknya diketuk oleh Adam. Dengan perlahan Adam melangkah masuk ke dalam bilik itu. Laila marah dengan pebuatan Adam. Dia menengking kerana Adam sesuka hati saja masuk ke dalam biliknya tanpa sempat dia izinkan. Adam hanya mendengar sahaja bebelan isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience