BAB 10

Romance Completed 3543

“Wei kau tak belajar agama ke? Siapa ajar kau boleh sentuh isteri orang? Baik kau pergi minta ampun, minta maaf pada Allah.” Jerit Adam yang menendang pintu sebentar tadi.

Habis Nazim jatuh terjelupuk tepi katil. Begitu kuat sekali tendangan yang diberikan oleh Adam. Kemudian Adam terus ke arah Laila. Dia membantu membetulkan pakaian Laila yang kainnya terselak sehingga menampakkan pahanya. Adam tahu Laila ketakutan. Dengan beraninya dia memegang tangan Laila untuk menenangkan hatinya.

Laila hanya membiarkan sahaja tangannya dipegang. Ketika itu dia tidak dapat berfikir. Dia berasa sangat takut mengimbas kejadian tadi. Hampir saja dia dirogol oleh Nazim.

“Awak jom kita pergi.” Kata Adam penuh kelembutan.

Laila hanya mengangguk. Namun tangan Laila ditarik oleh Nazim. Sekali lagi Adam menendang perut Nazim. Kemudian Adam berlari dengan pantas sambil memegang tangan Laila dengan erat sekali. Tanpa disedari bodyguard-bodyguard Nazim mengejar Adam dan Laila.

Terpaksa Adam menggunakan sepenuh tenaganya untuk menyelamatkan dirinya dan Laila. Hampir sampai sahaja di pintu lif Adam terjatuh. Kakinya tersadung. Laila cuba membantu. Tetapi apalah sangat daya kekuatan wanita. Laila tidak mampu.

“Laila lari sekarang. Biarkan saya di sini.” Ujar Adam sambil menahan kesakitannya.

Laila membatu mendengar kata-kata Adam itu. “Tapi..takkan aku nak biarkan kau sorang-sorang. Aku,,,”

“Jangan degil. Cepat. Awak pergi lari. Saya boleh lawan mereka. Allah sentiasa bersama saya.” balas Adam lalu mempamerkan senyumannya.

Laila akur dengan arahan Adam. Dia tidak tahu apa yang berlaku padanya hari ni. Dia seperti tidak sanggup untuk meninggalkan Adam keseorangan. Dia takut sesuatu terjadi pada Adam. Perlahan-lahan dia melepaskan tangan Adam. Laila terus masuk ke dalam lif.

Setelah sampai di bawah segera Laila mencari security guard untuk meminta pertolongan.

“Cik tolong saya. Suami saya cik,,ada orang jahat kejar kami. Tolong cik.” Tercungap-cungap Laila bersuara.

Pertama kali dia menyebut Adam sebagai suami.

“Ya puan. Saya akan bantu puan. Mari kita segera ke sana.”

Hampir 3 minit Laila sampai di tempat Adam terjatuh. Dia melihat Adam sudah terbaring dan tidak menyedarkan diri. Laila terus menuju ke arah Adam. Keadaan Adam begitu teruk sekali. Kepalanya berdarah. Tangannya luka.

“Awak..Adam. Bangun.” Itulah kata-kata yang diucapkan oleh Laila.

Security guard yang dikenali sebagai Pak Hamid mendekati Laila setelah selesai menelefon ambulan. “Puan sabar. Saya dah telefon ambulan. Sebentar lagi mereka sampai. InshaAllah suami puan akan selamat.”

Laila hanya menangis mendengar jawapan Pak Hamid itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience