BAB 4

Romance Completed 3543

Harizal hanya mengangguk kemudian keluar dari bilik Adam lalu meneruskan pekerjaannya. Adam pula dia tidak pasti apa yang bermain di kepalanya. Dia teringat akan peristiwa semalam.

Malam itu, dia dan Harizal pergi ke restoran kerana dia sudah berjanji untuk belanja Harizal. Setibanya di situ Adam dan Harizal mengambil posisi berdekatan dengan televisyen.

Mereka berdua mula berbual. Seketika Adam melihat sekeliling restoran itu, tiba-tiba dia ternampak Laila sedang duduk bersama dengan seorang lelaki sambil berpegangan tangan. Segera dia berpaling dan beristighfar.

“Asal dengan aku ni? Kenapa aku boleh ingat peristiwa semalam? Ya Allah. Baik aku siapkan kerja ni.” Adam mengeluh.

Tiba-tiba telefon Adam berdering. Dia mengambil. Tertera nama Laila di telefonnya. Dia hairan. Laila tidak pernah menghubunginya selama ini tiba-tiba hari ni dia dapat panggilan dari Laila.

“Assalamulaikum.” Kata Amir.

Laila membalas. “Aku nak minta tolong kau ni.”

“Kalau ye pun jawablah salam saya dulu. Jawab salamkan wajib.”

“Ei ko ni tak payah membebel boleh tak? Minta tolong pun susah.” Jawab Laila dengan kasar.

Adam tersenyum sahaja mendengar percakapan Laila.

“Ok. Ok. Saya minta maaf. Awak nak minta tolong apa?” Lembut saja tutur Adam pada Laila.

“Kereta aku ni hah buat hal. Tiba-tiba berhenti kat tengah-tengah bandar Kl ni. So aku nak minta tolong kau ambil aku kat sini.” Ujar Laila.

Adam tertawa kecil. “Wei asal kau ketawa? Tak lawak ok. Dah kalau tak nak tolong aku tak apa. Aku boleh naik teksi lah. Kau ingat aku tak ada duit.”

“Awak saya gurau jelah. Ya saya tolong awak. Tunggu je kat situ. Dalam 4.30 saya ambil awak.” Balas Adam.

“Erm,,,apa-apa lah. Aku tunggu kau kat sini. Ok lah.”

Adam melihat jam di tangan, sudah pukul 3.45 p.m. Dia segera menyiapkan kerjanya yang tinggal sedikit saja lagi. Dia takut Laila lama menunggu dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience