BAB 11

Romance Completed 3543

Adam sudah dibawa masuk ke dalam wad kecemasan. Dia sedang di rawat oleh doktor. Laila di luar pula menanti penuh kerisauan. Berbagai-bagai-bagai perkara sedang bermain di mindanya.

“Puas hati kamu kan. Ini yang kamu nak sangatkan!” suara itu membuatkan Laila terkejut.

Laila memandang ke arah suara itu. Daddynya sedang duduk bersebelahan di sisinya. Merah mata daddynya. Kelihatan Dato` Mujahid baru sahaja selesai menangis. Dato` Mujahid mendapat panggilan dari pihak hospital ketika dia sedang bermesyuarat bersama Dato` Iskandar. Pantas dia bergegas ke hospital untuk mengetahui keadaan Adam.

“Orang yang kamu benci, orang yang kamu tak suka tapi dialah yang menyelamatkan kamu.” Kata Dato` Mujahid kepada anaknya Laila.

Clek! Pintu wad kecemasan itu mula dibuka. Dato` Mujahid bangun mendekati doktor yang merawat tadi. Begitu juga Laila.

“Macam mana doktor keadaan anak saya? Adakah dia ok?” Soal Dato` Mujahid.

Doktor tersenyum sambil menepuk bahu Dato` Mujahid. “Alhamdulillah. Anak encik selamat. Kepalanya sahaja berbalut sedikit akibat hantukkan. Hantukkan itu tidak memberikan kesan. Cuma degupan jantungnya tadi begitu lemah sekali.

Boleh dikirakan nyawa- nyawa ikan melihat keadaannya tetapi keajaiban tuhan degupan jantungnya kembali normal. Pertama kali saya merawat pesakit dengan keadaan sebegini. Anak encik seorang yang sangat kuat. Saya pergi dulu.”

Dato` Mujahid segera sujud syukur di situ. Dia bersyukur kerana Adam selamat. Tak sangka cerita doktor itu mengenai Adam. Adam seorang yang tabah. Allah memberikannya kesempatan untuk hidup di dunia ini lagi. Laila hanya melihat sahaja perbuatan daddynya itu. Pada masa yang sama dia pun lega mendengar Adam selamat.

Tiba-tiba datang dua orang anggota polis. Katanya ingin membawa Laila ke balai polis untuk siasatan berkenaan kes tadi. Dengan keizinan Dato` Mujahid, Laila dibawa ke balai polis. Dato` Mujahid menyusul di belakang.

Di balai polis Laila di soal siasat. “Pn. Laila apa betul puan ada hubungan dengan Nazim?”

Laila hanya mengangguk. Dia tidak mahu lagi mengingati lagi peristiwa petang tadi. Nama Nazim kalau boleh dia tidak mahu dengar langsung.

“Sebenarnya Pn. Laila kami sedang memburu Nazim berkenaan kes pembunuhan Johan, bekas kekasih puan. Untung suami puan, En. Adam memberikan maklumat pada kami.” Jelas Inspektor Razwan.

Terkejut Laila mendengar nama Adam. “Adam?”

“Pagi tadi dia datang ke sini. Dia memberitahu kepada kami bahawa dia tahu Nazim berada di mana. Walaupun begitu, En. Adam melarang kami untuk membantu kerana dia takut sesuatu terjadi pada puan. Kami cuba untuk membantah lagi tetapi dia tetap berkeras. Katanya dia yakin bahawa Allah pasti akan membantunya nanti. Jadi kami terpaksa akur.

Tetapi saya ada hantar 4 orang anggota polis menyamar sebagai pelancong di situ. Nazim itu ada bodyguard, saya takut juga terjadi sesuatu pada En. Adam jika dia melakukan sendirian. Ketika puan mula turun ke bawah dengan menaiki lif, anggota-anggota saya segera bertindak untuk membantu En. Adam.

Kami tak sangka salah seorang bodyguard Nazim cuba memukul anggota polis tu tetapi En. Adam segera menolak polis tersebut. Dan dia yang terkena hantukkan kayu itu. Kami minta maaf di atas kelalaian kami. En Adam banyak membantu kami dalam kes ini.

Puan jangan risau Nazim bersama bodyguardnya sudah kami tangkap. Mereka akan mendapat balasan yang setimpalnya di atas perbuatan mereka. En. Adam seorang yang baik puan. Beruntung puan memiliki dia. Terima kasih puan kerana sudi hadirkan diri ke sini.” Terkesima Laila mendengar cerita Inspektor Razwan.

‘Adam membahayakan dirinya semata-mata untuk menyelamatkan aku. Kenapa dengan aku ni?’ laila bermonolog sendirian. Air matanya menitis. Sekali lagi dia menangis kerana Adam. Ada sepasang mata memerhatikan perbuatannya itu. Orang itu adalah Dato` Mujahid. Dia turut juga menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience