BAB 10

Drama Completed 661

Pagi itu kami masing-masing bersiap untuk ke pejabat. Kebetulan cuti sekolah, jadi anak-anak hanya tinggal di rumah. Arif kelihatan seperti biasa, bagaikan tidak ada apa-apa yang terjadi sebelumnya. Masih sempat bergurau seperti selalu. Cuma aku yang tidak dapat menahan kesedihan. Apakah kebahagiaan yang ku kecapi ini akan berakhir.

Sepanjang hari di pejabat aku resah dan gelisah. Hampir waktu tengahari, Arif menelefon ku memberitahu Nurul akan datang mengambil anak-anaknya untuk keluar berjalan-jalan. Apa yang harus aku katakan lagi. Memang dia lebih berhak. Siapalah aku untuk menghalang seorang ibu dari berjumpa anak2nya.

Akhirnya, aku membuat keputusan, aku tidak boleh mementingkan diri. Demi kebahagiaan anak-anak Arif, aku yang harus mengundur diri. Aku tahu, pasti sukar untuk Arif membuat pilihan. Aku juga tahu Arif amat menyintaiku malah aku juga menyintainya sepenuh hati. Tapi demi masa depan anak-anak, aku harus berkorban.

Petang itu, aku pulang lebih awal. Arif masih di pejabat. Anak2 Arif pula bersama ibu mereka. Ku siapkan makan malam untuk Arif. Anak-anak ku arah mengemas baju masing2. Mereka tertanya-tanya.
“Kita nak pergi ke mana bu? Kita tak tunggu ayah balik ke?” Bertalu-lalu mereka mengajukan persoalan.
“Kita nak balik rumah lama”, tegas ku.
“Tapi kenapa bu? Kenapa kita kena balik rumah lama” Mereka masih tak faham.
“Boleh tak jangan banyak tanya. Siap cepat!” aku mula meninggikan suara.

Anak2 ku kaget dan terdiam. Jarang sekali mereka mendengar aku meninggikan suara.
“Nanti ibu cerita”, aku kembali memujuk bila melihatkan reaksi anak-anakku yang kebingungan. Aku menulis sekeping nota dan ku letakkan di atas almari solek dalam bilik tidur.

Aku memandang untuk kali terakhir, rumah yang dibeli oleh Arif sempena perkahwinan kami sebagai lambang kasih Arif kepadaku. Walaupun tidak sehebat Taj Mahal, tapi bagi ku itulah istana kami. Istana yang akan aku tinggalkan, dan yang ku bawa pergi hanyalah kenangan indah bersama Arif. Aku terus meninggalkan rumah dengan linangan airmata. Sepanjang perjalanan anak2 ku kelihatan sugul.

Apartmen 3 bilik, rumah yang ku duduki sebelum berkahwin dengan Arif memang sengaja tidak ku jual atau disewakan. Bagiku rumah itulah yang telah menyatukan semula aku dengan Arif. Kadang2 aku masih pulang sekadar membuang habuk. Tapi kali ini adakah aku kembali semula ke sini buat selama-lamanya. Memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan rumah banglo milik Arif, tapi ini adalah rumah ku. Tempat aku membesarkan anak2 ku selama ini.

Setelah berkemas, aku duduk di buaian yang terletak di balkoni. Anak-anak sejak tadi terperap di dalam bilik. Mungkin mereka masih bersedih dengan tindakanku meninggalkan ayah dan adik-beradik yang lain. Aku merenung jauh, sejauh masa depan ku yang belum pasti. Aku melihat jam tangan menunjukkan hampir pukul tujuh petang. Agaknya Arif sudah pulang. Apakah dia sudah membaca nota yang ku tinggalkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience