Aku bergegas turun dari apatmenku yang terletak di tingkat 7. Sebaik keluar dari lif, di ruangan lobi, Arif sudah menunggu. Arif nampak berbeza sekali, lebih santai dengan kemeja berkotak lengan pendek berwarna hijau muda dan berseluar corduroy berwarna gelap. Ketampanannya terserlah. Mata Arif memandangku tanpa berkelip. Aku jadi malu. Lantas ku terus memberi salam.
“Jom..” ajakku terus berjalan sambil mengelak dari merenung matanya.
Arif masih berdiri. “Arif.. kenapa tercegat kat situ lagi, jom la..”. Arif seperti tersentak.
Arif terus menghampiriku, dan dengan perlahan seakan berbisik dia menyebut, “you look so beautiful tonight..”.
Pipi ku terasa panas mendengar pujian Arif.
“Thank you..” balas ku.
Aku cepat-cepat menuju ke kereta Arif yang di parkir berdekatan pintu lobi.
Arif membawa ku ke sebuah restoran yang agak eksklusif. Cantik sekali tempatnya. Dibina di atas tasik, dikelilingi pokok-pokok, dan dihiasi landskap ala nusantara. Aku kagum sekali kerana tidak menyangka dalam kesesakan di ibukota ini, masih ada tempat yang sebegini cantik. Tenang dan damai. Kebetulan pelanggan pada malam itu tidak begitu ramai, mungkin kerana hari bekerja.
Kami duduk di suatu sudut, di kawasan tak berbumbung. Udara malam begitu segar. Angin bertiup nyaman. Permukaan tasik berkilau membiaskan cahaya bulan. Sesekali kedengaran kocakan air. Meja kami diterangi cahaya lilin yang terpasang. Kedengaran penyanyi sedang mendendangkan lagu dengan iringan life band.
Setelah memesan makanan, aku duduk bersandar sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
“Cantiknya tempat ni kan Arif”, aku bersuara.
“Cantik.. I memang suka tempat ni. Rasa tenang dan nyaman. Makanan kat sini pun sedap”, jawab Arif.
“So.. what’s the occasion? Kenapa tiba-tiba nak belanja makan pulak?” aku terus bertanya.
“Tak ada apa-apa. Saja nak belanja makan, tak boleh ke?”, balas Arif.
“Bukan tak boleh.. tapi.. I rasa segan pulak. Patutnya I yang kena belanja you makan sebab dah tolong selesaikan kes I. Ni terbalik kot”, kataku lagi.
Arif hanya tersenyum. Kami terdiam seketika apabila pelayan datang menghantarkan dua gelas minuman. Jus limau untuk ku dan jus oren untuk Arif.
Share this novel