BAB 6

Drama Completed 661

Enam bulan kemudian, dengan restu anak-anak, kami disatukan dalam majlis yang serba sedehana. Majlis yang hanya disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan anak-anak. Bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Episod duka sebelum ini telah kami lemparkan jauh. Yang tinggal hanyalah kebahagiaan. Cintaku kepada Arif tidak berbelah bahagi. Kasih Arif pada ku pula bagai tiada penghujung..

Walaupun berkahwin dalam usia yang agak lewat, kami bagaikan pasangan yang baru bercinta. Cuma yang berbeza, kini kami memiliki satu keluarga yang besar apabila semua anak2 berkumpul. Lapan orang kesemuanya. Berbagai perangai dan bermacam ragam. Walaupun begitu, mereka boleh menerima kehadiran ahli keluarga baru. Bergurau senda dan bemesra seperti adik-beradik sendiri.

Aku, walaupun penat menguruskan keluarga yang besar, tapi aku bahagia sekali. Arif ternyata seorang suami yang baik dan memahami. Banyak urusan rumahtangga, dia turut membantu. Anak-anak Arif juga semakin rapat denganku. Aku menyayangi mereka seperti anak-anakku sendiri. Anak Arif yang bongsu, Tasya baru berusia 4 tahun. Dia paling kecil dalam keluarga, paling comel dan paling manja serta sangat rapat dengan ku.

Begitu juga sebaliknya, anak-anakku mula menerima Arif sebagai ayah mereka. Arif tidak pernah membezakan kasih sayang. Semuanya sama rata. Tambahan pula Arif dan kedua-dua anak lelaki ku yang meningkat remaja mempunyai hobi yang sama iaitu bola, maka mereka semakin serasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience