BAB 11

Drama Completed 661

“Kehadapan Abang yang sangat Fina cintai dan sanjung tinggi. Terlebih dahulu, izinkan Fina memohon ampun dan maaf dari abang kerana keluar dari rumah tanpa izin abang. Fina tahu, Fina berdosa, tapi Fina harap abang dapat memahami. Fina tahu abang berada di persimpangan, sama ada untuk menerima Nurul semula dalam hidup abang. Sebab itu Fina mengambil keputusan untuk berjauhan seketika dari abang, agar abang dapat membuat keputusan dalam keadaan tenang dan waras.

Abang… Tentunya sukar bagi abang untuk memilih, tapi demi kebahagiaan anak2 abang, Fina pasti abang tahu keputusan yang harus abang ambil. Fikirkanlah mereka. Ibu tiri selamanya tidak akan setanding dengan ibu kandung. Lagipun Nurul telah insaf, maafkanlah kesilapan dia. Dia lebih berhak untuk berada di sisi abang dan anak2. Terus terang Fina katakan, Fina ikhlas dan redho. Fina rela berkorban demi anak-anak. Fina sanggup terima apa saja keputusan yang abang buat.

Oleh itu dalam jangka waktu yang terdekat ini, Fina harap janganlah abang mencari Fina. Berilah Fina peluang untuk mencari kekuatan diri. Insyaallah tahulah Fina menjaga diri dan anak2. Mohon maaf sekali lagi kerana terpaksa mengabaikan tugas sebagai isteri.

Dari yang sangat mencintaimu..
Fina “

Deringan telefon bimbit mengejutkan aku dari lamunan. Pasti dari Arif. Memang tepat jangkaan ku. Aku serba salah untuk menjawab panggilannya.
“Assalamualaikum”, jawab ku perlahan.
“Waalaikumsalam. Fina kat mana sekarang? Kenapa Fina buat macam ni?” agak keras kedengaran suara Arif.
Aku hanya diam tanpa jawapan. Arif terus memanggil-manggil. Aku masih membisu. Akhirnya dia mula berlembut,
“Sayang.. tolong jangan buat abang macam ni. Balik la dulu.. kita bincang elok-elok”, pujuk Arif. Hati tu terasa cair mendengar kata-kata Arif. Tapi aku telah nekad.

Akhirnya aku bersuara, “abang, Fina ikhlas bang. Ini untuk kebaikan anak-anak. Fina nak abang bertenang dan buat keputusan secara matang dan waras”, aku menjelaskan.
“Sayang, kan bang dah cakap, tak ada apa yang berubah. Abang tetap sayangkan Fina. Hal Nurul kita bincang kemudian. Please sayang. Balik ye” pujuk Arif lagi.
“Tak boleh bang, Fina tak boleh jumpa abang selagi abang belum buat keputusan. Maaf kan Fina bang”. Aku terus mematikan telefon.

Aku menangis semahu-mahunya. Berat sekali hatiku untuk mengecewakan Arif. Aku terlalu menyintainya. Bahkan sampai bila-bila aku akan terus menyintainya. Tapi aku harus berkorban demi kebahagiaan anak-anak Arif. Aku telah memikirkan semasak-masaknya, tempat aku bukan lagi di sisi Arif. Aku dan anak-anakku telah biasa hidup sendiri. Insyaallah kami boleh hidup.. tapi benarkah aku mampu hidup tanpa Arif? Aku menangis lagi.

Sudah hampir dua minggu aku meninggalkan Arif. Terasa hidup ku kosong tanpa senyuman dan gurau senda Arif. Aku juga rindukan anak-anaknya terutama Tasya si comel. Setiap hari, Arif pasti akan menelefon dan memujukku untuk pulang, tetapi aku masih berdegil. Sedangkan hakikatnya aku amat merindui Arif. Kalau boleh aku ingin sekali berada di sampingnya. Aku ingin selalu berada dalam pelukannya.

Dia tahu aku berada di rumah lama, tetapi dia tidak berani datang kerana aku mengugut, jika dia datang, aku akan pergi ke tempat lain yang dia langsung tidak akan menemui ku lagi.

Entah mengapa, sehari dua ni aku rasa tidak sedap badan. Sudah dua hari aku tidak ke pejabat. Seperti demam tak demam. Perut ku terasa senak, pening dan tekak terasa loya. Agaknya aku silap makan dan terkena serangan gastrik. Aku malas ke klinik, dan sekadar makan ubat gastrik yang dibeli di farmasi. Tapi keadaanku semakin lama semakin teruk, aku terus muntah2 hingga tidak ada sedikit makanan yang boleh masuk ke perutku. Apa saja yg ku telan walaupun seteguk air, pasti akan ku muntahkan semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience