BAB 9

Drama Completed 661

Setelah Nurul pulang, anak2 semuanya telah masuk tidur, yang tinggal hanya aku dan Arif. Kami masih duduk di atas sofa. Arif, sedari tadi hanya diam tidak bersuara sambil menonton TV. Aku berbaring, meletakkan kepalaku di ribaan Arif. Tangan Arif ku capai lalu ku kucup perlahan dan aku letakkan ke pipi ku. Arif terus mengelus rambutku yang terurai panjang.

Akhirnya Arif bersuara, “Sayang.. abang minta maaf atas apa yang terjadi malam ni. Abang sendiri terkejut. Tak sangka perkara macam ni boleh terjadi. Maafkan abang sayang..” ujar Arif lembut.
“Kenapa abang nak minta maaf, abang tak buat salah apa-apa pun” balas ku perlahan.

Kami terdiam lagi. Suasana sepi seketika.

“Bang.., boleh Fina tanya sikit?”.
“hmm.. tanyalah sayang.” Arif terus membelai rambutku.
“Kenapa Nurul datang cari abang?”
Arif membisu.
“Kenapa abang diam? Jawabla bang..” pujukku lagi.
“Sayang.. kalau abang cakap sayang janji jangan marah ye”.
“Eh! kenapa pulak Fina nak marah, tak pe.. cakap la..”. Arif diam seketika seperti mahu menyusun kata,
“Sebenarnya sayang.. hemm… Nurul nak balik semula dengan abang.”

Aku tersentak dan terus bangun. Aku memandang tepat ke arah muka Arif. “Habis abang jawab apa?” aku mula mendesak. Arif gelisah, “Abang tak kata apa-apa. Tapi dia terus merayu. Dia menyesal atas kesilapan dia meninggalkan abang dan anak2”, sambung Arif.

Hatiku mula berdebar. Perasaanku menjadi tak tentu arah. Aku mula merasakan ada perkara yang tidak baik yang akan berlaku. Oh tidak! Adakah kehadiran Nurul bermakna berakhirnya kebahagiaanku bersama Arif? Usia perkahwinan kami belum pun mencecah setahun. Malah bulan hadapan baru kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama.

Ya Allah, ujian apakah yang mendatang ini? Aku jadi sayu. Airmataku bagai tak tertahan bila memikirkan kemungkinan yang akan berlaku. Arif memegang bahu ku, jarinya menyeka airmataku yg mula mengalir ke pipi.
“Jangan menangis sayang, walau apapun terjadi abang tak akan berpisah dengan sayang, percayalah”.

Arif terus memelukku erat. Aku juga membalas pelukannya bagaikan tidak mahu dilepaskan. Aku berasa selamat dalam pelukan Arif. Aku seperti ingin mempercayai kata2 darinya, tapi hatiku mula cuak..

Malam itu semalaman aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiran ku berputar ligat. Apakah yang harus aku lakukan. Masih tergambar, kegembiraan di wajah anak2 Arif di saat bertemu semula dengan mama mereka. Walaupun mereka telah mula rapat denganku, sudah pasti tak akan dapat mengganti tempat ibu mereka yang sebenar.

Aku semakin keliru. Adakah ini petanda bahawa aku harus berpisah dengan Arif? Perlukah aku berkorban untuk kebahagiaan anak2 Arif? Bagaimana pula dengan Arif? Apakah dia masih menyintai bekas isterinya? Persoalan demi persoalan bermain di benak fikiranku sehingga tidak sedar waktu sudah menjelang Subuh. Suara azan sayup-sayup kedengaran. Arif masih dibuai mimpi. Ku renung wajahnya yang tulus. Lelaki yang ku cintai seumur hidupku. Mampukah aku hidup tanpa Arif?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience