BAB 3

Drama Completed 661

Suatu hari di pejabat, aku menerima sms dari Arif.
‘free tak mlm ni?
Aku membalas,
‘y?’
‘Klu free nak ajak dinner’
Aku terfikir, kenapa Arif nak ajak aku makan malam. Selalunya kalau berjumpa pun hanya di waktu siang. Eh, dia ni nak ajak aku dating ke? Aku tersenyum sendirian. Ish.. apa la aku ni. Belum apa2 dah berangan. Agaknya dia saja nak belanja aku makan.
Aku membalas lagi.
‘Rasanya free mlm ni. Nak dinner kat mana?’
‘you tunggu kat rmh, I dtg 8 mlm, k’
‘ok. c u tonite’

Selepas solat maghrib aku bersiap2. Aku mengenakan baju blaus sutera biru muda polos dengan kain chiffon kembang payung berbunga biru. Memakaikan tudung bercorak berjenama ‘Donnatello’ dengan warna yang sedondon. Bermekap tipis. Menyemburkan sedikit minyak wangi ‘Pleasure’ dari Estee Lauder. Aku berdiri memandang cermin. Pakaian yang ku pilih ternyata sesuai dengan tubuhku yang tinggi dan langsing.

“Boleh tahan lagi makcik ni”, bisikku di dalam hati. Aku tersenyum sendiri.

Tiba-tiba hati ku sayu bila mengingatkan peristiwa dulu. Kalau lah aku sentiasa begini sejak dulu, mungkin suami ku dulu tak kan mencari yang lain. Aku terkilan. Dulu memang aku akui, aku seorang yang sangat sederhana dan simple. Tak pandai bergaya. Pakaian ku ke pejabat hanyalah baju kurung dan di rumah sekadar memakai T-shirt dan kain batik. Mungkin sebab itulah suamiku dulu mencari yang lain, lebih muda, lebih bergaya. Bila aku cuba berubah, waktu itu dah terlambat. “Tak pelah..” aku mengeluh perlahan. Dah terlambat. Tak guna dikesalkan lagi. Hidup harus diteruskan..

Anak-anak ku semuanya berada di ruang tamu. Masing-masing tengah sibuk membuat ‘homework’. Bila melihat aku melangkah keluar dari bilik, masing-masing terpegun.

“Wow!.. cantiknya ibu”, jerit anak-anakku. Aku tersenyum lebar.
“Betul ke cantik? Atau puji ibu ni ada makna kut..” aku mengusik mereka.
“Tak la bu, memang ibu caaaantik sangat”, kata anak bongsuku, Anis sambil datang memeluk ku.
“Ibu nak keluar dengan Uncle Arif kejap. Along, tengokkan adik-adik ye. Pukul 10 masuk tidur, tak payah tunggu. Ibu bawak kunci.” Pesanku kepada Haziq, anak sulongku.

Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku anak seperti Haziq. Walaupun baru berusia belasan tahun, dia sangat mengambil-berat tentang adik-adiknya. Mungkin dia sedar tanpa kehadiran seorang bapa, dia sebagai anak sulong terpaksa memikul tanggungjawab itu. Anak-anakku bersalam dan mencium ku seorang demi seorang. “Ok, ibu pergi dulu ya, assalamualaikum”, kata ku. “waalaikumussalam..”, jawab mereka hampir serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience