Aku mula risau. Selalunya ini tanda-tanda alahan mengandung. Aku memang alahan teruk jika hamil. Apakah aku hamil? Aku segera membilang kalendar, hati ku mula berdebar2. Tanpa aku sedari rupanya sudah hampir sebulan aku terlewat datang bulan.
Aku terasa begitu lemah sekali. Anak-anak juga risau melihatkan keadaan diriku. “Ibu, along bagitau ayah ye”, tanya anak sulongku.
“Jangan, tolong jangan bagitau ayah. Telefon auntie Zu. Mintak dia datang”.
Zu adalah sahabat baikku. Sebaik sahaja diberitahu, Zu terus datang dan membawa aku ke hospital. Aku terus di tahan di wad. Hasil ujian yang dilakukan oleh doktor, aku disahkan hamil. Kandungan ku sudah masuk 6 minggu. Perasaan ku bercampur baur, antara gembira dan sayu. Gembira kerana aku mampu mengandungkan zuriat Arif, tetapi sayu kerana memikirkan aku harus membesarkan bayi ini tanpa ayahnya.
Zu masih menemaniku di dalam bilik wad. Mujur juga aku ditempatkan hanya seorang sebilik, ada privacy. Pintu bilik dibuka, Dr Amir, pakar perbidanan dan sakit puan dan seorang jururawat masuk dan menghampiriku.
“Macamana Pn ShFina? Masih muntah lagi?” tanya Dr Amir sambil memeriksa nadi di pergelangan tanganku. Aku mengangguk perlahan. Aku masih terbaring lesu di atas katil. Tangan ku di pasang ‘drip’ untuk memasukkan air glukos bercampur ubat. Aku terlalu lemah dan kekurangan air akibat alahan yang keterlaluan.
“Tak apa, kita baru masukkan ubat, insyaallah berapa jam lagi berkesan”. Dr Amir menulis sesuatu ke dalam rekod perubatan. Kemudian dia terus merenungku lantas bertanya,
“Umur Pn ShFina dah masuk 42 tahun ya?”
“Ya doktor”.
“Puan, saya rasa puan lebih maklum akan risiko mengandung di usia 40an”.
Aku mengangguk lagi. Aku tahu bahawa kehamilan dalam usia begini berisiko tinggi. Aku sebenarnya telah bersedia untuk menghadapi semua risiko kerana aku memang berharap untuk melahirkan zuriat untuk Arif. Tapi itu dulu, hati ku terusik lagi.
“Tapi tak apa, puan tak perlu bimbang. Insyaallah jika puan menjaga kesihatan dan pemakanan dengan baik, semuanya akan selamat. Lagi pun dari rekod ni, saya tengok puan tidak ada penyakit seperti darah tinggi atau diabetes, kan.”.
Aku lega mendengarkan penjelasan Dr Amir.
“Suami puan mana ye?” tiba-tiba Dr. Amir bertanya.
“Dia ‘out-station’”, balas ku spontan.
Ku lihat Zu menjeling tajam ke arahku.
“Baiklah Pn ShFina, puan perlu banyak berehat. Kalau perlu apa-apa, boleh panggil jururawat ya”, pesan Dr. Amir sebelum melangkah keluar.
“Tahniah Fina”, kata Zu, sambil memeluk ku.
“Terimakasih Zu..”, balas ku lemah.
“Keen, kau kena bagitau Arif”, kata Zu. Aku hanya berdiam diri.
“Kau tak boleh sembunyikan perkara ni Keen, dia berhak tahu”, ujar Zu lagi.
Kata-kata Zu memang ada kebenarannya. Memang pada Zu telah ku ceritakan segala-segalanya.
“Nanti la Zu, satu hari aku akan bagitau dia, tapi bukan sekarang. Aku tak nak dia buat keputusan yang tak betul. Sekarang ni Nurul dan anak2 lebih perlukan Arif. Biarlah aku berkorban, Zu, demi anak-anak Arif”, jawabku.
“Itu aku faham Keen, tapi kau tak rasa ke bahawa kau jugak berhak terhadap Arif, anak yang kau kandung ni, anak Arif, Keen..”, pujuk Zu lagi.
“Aku tahu Zu, tapi anak-anak Arif, lebih memerlukan ibu mereka. Anak ni belum kenal siapa ayah dia. Insyaallah aku mampu besarkan dia walaupun tanpa Arif” jawabku menahan sebak.
Zu hanya mengeleng-gelengkan kepala.
Share this novel