BAB 1

Drama Completed 661

Jari-jemari ku kaku di atas butang-butang telefon. Hatiku berbelah bahagi. Antara hendak atau tidak. Nombor yang tercatat di dalam buku telefon, ku sebut berkali-kali. Seperti aku telah menghafal nombornya walaupun tidak pernah aku mendail nombor itu. Tangan kiri yang mengenggam gagang telefon terasa basah dengan peluh. Peluh sejuk mula menitis ke dahi dalam bilik pejabat yang berhawa dingin.

“Tenang Fina.. anggap macam kawan biasa..dia pun orang jugak”, bisik ku di dalam hati.

Aku menarik nafas, panjang dan dalam, lalu ke hembus dengan perlahan. Jariku mula menekan nombor yang telah ku hafal. Kedengaran suara wanita menjawab panggilan,
“Arif & Kamal, boleh saya bantu”.
“Err…boleh saya bercakap dengan Encik Arif”, kataku agak gugup.
“Boleh saya tahu siapa di sana?”, tanya suara itu lagi.
“Saya…Fina.. Shafinar ,” jawabku pendek.
“Sila tunggu sebentar puan”.

Aku menanti dengan debaran yang semakin kencang. Talian ku terus bersambung.
“Hello, Arif sini”. Kedengaran suaranya begitu jelas.
Aku berdehem perlahan, mencari kekuatan untuk memulakan percakapan.
“Hello Arif, ni Fina. Ingat lagi tak?”, tanya ku menguji.
“Fina? Shafinar ?”, Arif seperti tidak percaya.
“Ya, ni Fina”, jawab ku perlahan.
“Hi Fina! Dah lama I tak dengar suara you. You apa khabar?”, suaranya tenang.
“I sihat alhamdulillah, you pulak macamana?”
“Alhamdulillah..sihat sejahtera.. so what’s up? Lama tak dengar berita”, tanya Arif lagi.
“Ya la.. dah lamakan, dah dekat 20 tahun. Ingatkan orang dah tak ingat kita lagi”, ujarku sambil mengusik.
“Ha..ha.. mana boleh lupa” jawabnya sambil tertawa kecil.

Melihatkan tindakbalasnya yang bersahaja, debaran ku semakin reda. Rasa gugup semakin hilang. Lantas tanpa berlengah, aku terus menceritakan tujuan aku menghubunginya.

Aku sebenarnya memerlukan khidmat guaman atas permasalahanku dengan bekas suami. Aku tidak mengenali mana-mana peguam lain. Aku teringatkan Arif, seorang peguam, atau lebih tepat, dia bekas kekasihku! Kami terpisah oleh keadaan. Ah! Terlalu panjang untuk diceritakan. Perisitiwa yang cukup memilukan. Namun itu semua telah berlalu. Yang pasti, kami tidak ada jodoh.

Sungguhpun begitu, cinta ku yang pertama ini tidak pernah aku lupakan. Dia sentiasa berada di dalam hatiku walaupun setelah aku berkahwin dan berkeluarga. Sebab itu aku enggan berhubungan dengannya semula walaupun sebagai seorang kawan kerana hatiku pasti terguris bila mengenangkan memori lama antara kami. Tapi kali ini aku terpaksa bertemu semula yang bermakna mengetuk semula pintu memori yang telah lama ku tutup, kerana aku sudah tidak tahu ke mana untuk meminta bantuan. Sebab itu aku memberanikan diri untuk menghubunginya.

Share this novel

Sharifah_Efa
2022-03-14 14:31:21 

ff


NovelPlus Premium

The best ads free experience