Melihatkan suasana yang agak tegang, aku cuba untuk menenangkan keadaan.
“Jemputla masuk dulu, kita bincang kat dalam. Tak elok berdiri kat luar macam ni”, cadangku. Nurul akur dan mengikut masuk ke dalam rumah.
Anak-anak semuanya mula berkumpul di ruang tamu.
“Along, angah, kalau nak tengok TV naik atas”, arah ku tegas.
Melihat sahaja Nurul melangkah masuk, anak-anak Arif, kecuali si kecil yang memegang erat kaki ku, terus meluru ke arah Nurul.
“Mama! Mama! Jerit mereka sambil memeluk Nurul”. Bagaikan adegan di dalam drama, Nurul terus duduk dan merangkul ketiga-tiga anaknya. Tangisan Nurul dan anak-anak bercampur baur. Hatiku jadi terusik. Tanpa aku sedari, airmataku mula mengalir ke pipi. Ternyata anak2 ini terlalu rindukan ibu mereka. Arif sejak tadi hanya diam membatu. Aku lihat ke wajahnya. Matanya juga mula kemerah-merahan. Dia mengelak dari memandang ke arah ku.
Manakala yg kecil masih tetap memegangku dengan erat. Mungkin dia masih terlalu kecil ketika ditinggalkan oleh Nurul. Aku memegang tangan Tasya, lalu aku pimpin ke arah Nurul.
“Tasya, ini mama sayang, mari sini sayang..” Nurul menghulur tangan untuk memeluk Tasya. Tasya memandangku kearah ku seperti kebingungan. Pelukannya masih kemas di kakiku.
Aku terus menunduk, memegang kedua belah bahunya.
“Tasya, inilah mama Tasya yang sebenar. Pergi salam mama, sayang..” pujukku lembut. Wajahnya yang mulus memandang lagi ke arah ku seperti meminta kepastian. Aku mengangguk sambil tersenyum. Dia memandang ke arah Arif. Arif juga mengangguk.
Perlahan-lahan, Tasya menuju ke arah Nurul dan Nurul terus mendakap Tasya dengan erat. Anak2 ku pula hanya memerhati dengan penuh kehairanan. Mereka juga tidak mengerti apa yang berlaku sebenarnya.
Setelah keadaan semakin tenang, aku mengajak Nurul duduk di ruang tamu. Anak-anaknya masih tidak renggang dari sisi Nurul. Manakala anak-anak ku pula telah ku suruh naik ke bilik masing2. Aku terus ke dapur untuk membuat air. Dapur masih berselerak. Hidangan makan malam masih belum aku sediakan.
Setelah meletakkan sedulang air teh, aku meminta izin untuk ke dapur. Sengaja ku biarkan Arif berbincang dengan bekas isterinya bersendirian. Aku kalau boleh tidak mahu camputangan dalam urusan mereka. Aku terus menyiapkan hidangan makan malam. Sambil itu aku mencuri-curi pandang ke ruang tamu. Esakan tangis Nurul kadang kala kedengaran. Arif tidak banyak bercakap. Sekali sekali aku mendengar Arif menjawab dengan suara yang agak tegas.
Setelah semuanya siap terhidang, aku menjemput Nurul untuk makan malam, kami semua duduk di meja makan. Sambil makan aku dan Arif hanya diam membisu. Bagaimanapun anak-anak Arif kelihatan gembira sekali. Tasya bagaikan melepaskan kerinduan dengan ibunya. Biasanya aku yang akan menyuapkan dia makan tapi kali ini, Nurul yang menyuapkan.
Tiba-tiba terbit rasa cemburu di hatiku melihat kemesraan mereka anak-beranak. Seketika aku terasa seperti dipinggirkan oleh anak-anak Arif. Sempat ku jeling ke arah Arif, mata kami saling berpandangan. Dari pandangan matanya, jelas Arif seperti serba salah. Mungkin dia sendiri keliru dengan kejadian malam ini yang tidak diduga.
Share this novel