BAB 8

Romance Completed 13290

Aku memandang pintu lif yang masih belum terbuka lama.

"Menyesal?" Tanya Shah tiba tiba. Baim dan Harris sudah naik ke rumah mereka kerana tidak tahan untuk membuang air. Kami berempat pergi makan malam bersama sama dan Harris dan Baim yang tergoda dengan air yang pelbagai warna telah memesan pelbagai jenis air dan akhirnya mereka sendiri tidak tahan untuk membuang air. Ketawa aku melihat mereka kelam kabut berlari menaiki tangga untuk ke rumah mereka.

"Nak menyesal pun dah tak guna..." kata aku meleret dan perlahan. Shah berdiri di sebelah aku.

"Sorry." Kata Shah tiba tiba. Aku mengerutkan dahi pelik.

"Untuk apa?"

"Everything." Kata Shah. Aku memandang ke pintu lif semula.

"Kau tak ada buat salah pun." Kata aku dingin.

"Tipu" kata dia.

"Betul." Kata aku masih lagi dingin.

"Aku kenal kau Nad. Kau tak macam ni. Kalau kau marah biasanya kau akan membebelkan kitaorang tapi... sekarang ni kau langsung tak ungkit kisah lama. Aku tahu kau bukan je marah kau broken." Dia diam sebentar.

"Kau broken sampai kau tak mampu nak cakap apa apa lagi." Sambung dia lagi. Aku masih lagi dingin memandang pintu lif.

Pintu lif terbuka dan aku segera masuk bersama sama Shah.

Kad aku sentuh tertera nombor tingkat rumah aku. Begitu juga dengan Shah. Kami diam setelah pintu ditutup.

"Aku... bersalah. Aku minta maaf Nad." Kata Shah lagi dan serentak itu pintu lif terbuka berhenti di tingkat 6 dimana rumah Shah berada.

Pintu lif di tahan menggunakan tangan.

"Aku boleh nampak kau briken sebab aku. Aku dah janji yang aku tak akan lupakan kau walaupun aku dah jumpa teman wanita tetapi aku mungkir janji aku. Aku minta maaf Nad. Aku nampak kau sedih bila aku tak layan kau empat tahun yang lalu tapi aku hanya biarkan sebab waktu tu..."

"Waktu tu kau sayang gilakan dekat perempuan tu?" Aku memotong percakapan Shah.

"Dah lah Shah. Benda dah lama kut..." kata aku dingin. Shah tersenyum.

"Benda memang dah lama tapi kau masih belum pulih lagi. Aku nak pulihkan kau. Aku nak kita macam dulu." Kata Shah.

Aku menolak tangan Shah dari memegang pintu lif.

"Good Night Shah." Kata aku lalu pintu lif tertutup. Kami bertentangan mata sehingga pintu lif benar benar terkatup rapat.

Sebaik sahaja pintu ditutup aku menutup mulut. Tangisan aku tahan. Aku menarik nafas cuba menenangkan diri.

Aku perlu kuat.

"Nad! Aku aku dan Dhia dan declare." Kata Shah tiba tiba. Aku yang sedang menulis nota terhenti penulisan aku. Nota aku pandang lama tapi fikiran aku kosong.

"Oh ye ke? Congratz!" Kata aku pura pura gembira. Pen aku campak ke tepi lalu aku menumbuk bahu Shah perlahan.

"Ingat... jangan lupa aku pula..." kata aku dengan hati yang luluh. Shah tersengih kepada aku.

"Aku janji aku tak akan lupa kau Nad!" Kata Shah gembira.

Aku terduduk di atas lantai lif. Kenangan lama kembali menerjah fikiran. Air mata aku tahan lagi.

Cinta yang aku semai selama ini pada dia langsung dia tak hiraukan. Aku di lupakan.

Gurau senda, chat kami bersama selama ini langsung tidak memberi apa apa makna kepada dia.

Aku tak sangka. Aku boleh jatuh cinta dengan kata kata manis dia. Sayang, dear... rindu.... semua tu dusta. Dia pergunakan aku. Dia cari aku ketika dia bosan. Aku hanyalah penghilang rasa sepi pada dia. Aku tak ada makna pada dia. Sedikit pun tiada.

Gigi aku ketap. Lif berbunyi menandakan sudah tiba di tingkat 10. Aku kembali berdiri. Nafas aku tarik dalam.

Pintu lif terbuka dan menunjukkan satu hall yang panjang menuju ke rumah aku. Hall yang mewah dan di hamparkan permaidani merah dan kuning menuju terus ke tempat di mana aku beristirehat. Kasut aku buka dan aku letakkan pada rak. Handbag aku campakkan pada sofa lantas aku merebahkan diri di atas permaidani yang lembut itu. Nafas aku laju. Masih lagi menahan air mata dan cuba menenangkan diri.

Beberapa minit kemudian pandangan aku menjadi semakin kabur dan aku terlelap di atas permaidani yang lembut itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience