BAB 6

Romance Completed 13290

Nadrah POV

"Cik Ad konon. Poodahh!" Bebel Aku pada Diandra yang sedang ketawa kecil.

"Tu je yang sesuai ngan kau. Nanti aku letak Nad dia orang perasan pula." Kata Diandra. Aku dan Diandra apabila di luar pejabat akan membuang segala percalapan formal kami. Perangai kami yang sama membuatkan kami rapat dengan mudah beberapa tahun yang lalu.

"Nasib baik aku letak nama aku N. Adrianna. Kalau aku letak Nadrah Adrianna terang terang camtu memang mampus aku kene serang dengan mereka." Aku ketawa kecil sambil teringat beberapa minggu yang lalu aku kelam kabut meminta semua nama aku yang ada di mana mana bahagian office di papan kenyataan atau carta di pejabat di tukar pada N. Adrianna supaya mereka tidak tahu siapa aku yang sebenarnya.

"Make sure kau jangan bagi mereka nampak surat surat aku tau." Kata aku lagi. Diandra ketawa lagi.

"Kau ni. Jujur jelah." Kata Diandra.

"Tak bersedia lagi lahh..."

"Ke merajuk lagi ni...." tebak Diandra.

"Tah lah..." kata aku perlahan.

"Merajuk lagi lah tu. nampak je macam hati kering tapi sebenarnya lembut gila." Kata Diandra aku mencebik malas layan.

****
Aku menapak laju menuju ke bengkel di mana salah seorang pelerja aku telah tercedera ketika menggunakan mesin.

"Dian! Mana pekerja tu?" Tanya aku cemas.

"Dia di bilik kecemasan. Saya nak bawa dia pergi hospital tapi dia tak nak." Kata Diandra. Aku lantas membuka pintu bilik kecemasan.

"Ibrahim!" Kata aku lantang. Seorang pegawai perubatan yang sedang menulis sesuatu pada kertas memandang aku selamba. Shah dan Harris memandang aku terkejut.

"Nad?" Kata Baim terkejut.

"Hospital sekarang!" Arah aku tegas.

Baim yang dari tadi asyik mengelak daripada pergi ke hospital lantas mengganggukkan kepala.

Akur dengan arahan aku.

Setelah sedar akan keterlanjuran aku yang menunjukkan diri aku kepada mereka aku lantas mengarahkan Diandra menyediakan kereta untuk menghantar Baim ke hospital.

Aku sempat melihat ke arah luka di tangan Baim. Lengannya berdarah kerana terkena batu canai yang sedang berpusing laju. Darah juga turut menitik ke lantai di tempat Dia duduk. Macam mana lah mamat ni boleh kata tak nak pergi hospital.

"Nad!" Panggil Harris pula manakala Shah pula memandang aku dengan riak terkejut.

"Diandra, untuk beberapa hari ini saya tak akan datang office. Susun semula jadual saya sebab saya akan ke luar negara buat sementara waktu." Arah aku pada Diandra sambil berjalan ke arah pintu. Baim berjalan perlahan di belakang aku begitu juga Shah dan Harris.

"Bila ya bos pulang ke Jepun?" Tanya Diandra sambil mencatat sesuatu pada buku notanya.

"2 hari bulan. " kata aku perlahan.

"Okay seminggu." Kata Diandra. Aku tersenyum kepada dia sebelum berlalu pergi meninggalkan Diandra dan rakan rakan lama aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience