BAB 11

Romance Completed 13290

Nadrah POV

Lagi seminggu genap tiga bulan mereka di sini dan aku sudah membuat keputusan untuk meneruskan pekerjaan mereka di sini.

Daniel juga sudah bersetuju. Intern yang bekerja di bawahnya hanya seorang yang perlu di berhentikan daripada lima orang berbanding aku yang langsung tiada intern perlu di buang walhal aku mendapay intern seramai 7 orang. Mereka semua melakukan tugas dengan baik dan masih terdapat kekosongan di jabatan aku ditambahkan lagi dengan encik suzuki dan puan horai yang akan bersara tidak lama lagi jadi sekarang ini aku mempunyai dua lagi kekosongan dan aku harus cari dengan segera.

"Dapat tak Nak?" Tanya Baim risau.

"Dapatlah gila. Kau orang semua buat kerja bagus ayah dan abang aku suka. Mestilah kau orang dapat." Kata aku perlahan.

"Eleh Nad aku tahu kau mesti tolong kitaorang punya.." kata Harris gembira.

"Eehhhhh...." aku buat muka.

"Siapa nak tolong kau? Aku lagi batu batu apikan ayah aku supaya buang kau orang!" Kata aku kasar. Harris menjegilkan mata dia kepada aku.

"Menyampah tengok kau orang dah lah tiap tiap minggu karaoke kat rumah aku..." bebel aku lagi. Shah dah ketawa.

"Yelah... siapalah kitaorang ni kan untuk kau..." kata Harris pura pura sedih.

"Sedar pun!" Kata aku serentak itu Harris mengejar aku dengan fail hitam milik aku yang di ambil di atas meja. Riuh pejabat aku buat seketika.

"Dengar cerita kau dan Shah sekarang dah declare." Kata Baim tiba tiba.

Aku terdiam. Macam pernah dengar ayat tu. Oh ya. Dulu aku dan Shah permah dikatakan kami sudah declare dahulu walhal tidak.

"Kepala otak kau. Dari dulu tak habis habis. Apa kejadah nak declare aku tengok muka dia pun dah tak selera." Kata aku selamba. Shah hanya diam.

"Dari dulu tak habis habislah kau orang ni..." kata Shah pula.

"Yelah. Dulu kau orangkan rapat gila asyik berkepit je... sekarang bukan berkepit dah ni aku tengok. Melekat dah!!" Kata Harris.

"Dia dengan awek KFC tulah..." kata aku sengaja ingin membakar suasana. Harris dan Baim terdiam. Shah memandang aku tajam.

Ya, aku masih marah akan hal dahulu. Bukan senang aku nak lupakan kisah hitam tu. Perasaan aku di buat main. Siapa je yang tak marah.

Shah bangun dan keluar dari pejabat aku tanpa berkata apa apa.

"Nad... kau marah lagi ke?" Tanya Harris. Baim memandang aku lama.

"Mana ada kauorang ni..." kata aku lalu mengambil telefon aku.

****
Selepas kes itu aku menghilangkan diri lagi. Sebulan aku menghilangkan diri. Kerja aku buat dan aku cuma emailkan kepada Diandra dan abang aku cuma aku tidak masuk office atau lebih mudah lagi aku tidak berada di Jepun.

Iphone 5s lama aku berbunyi. Memang aku tidak pernah tukar nombor telefon aku dari dulu sampailah sekarang. Aku cuma tambah nombor dan telefon baru sahaja bagi kegunaan peribadi. Untuk pejabat aku ada telefon lain. Dan... satu lagi rahsia aku telefon aku yang lain aku gunakan dengan bertujuan untuk mempermainkan perasaan lelaki seperti mana Shah mainkan perasaan aku. Jadi keseluruhannya aku ada empat telefon dan tiga daripadanya warna yang sama dan mempunyai wallpaper yang sama supaya tiada siapa syak akan kegiatan aku.

Semenjak aku di lupakan Shah aku berubah. Setiap orang lelaki yang cuba mendekati aku, aku permainkan mereka sesuka hati aku. Hati, masa dan wang mereka walaupun aku sendiri sudah kaya tapi apa aku kisah.

Shah punca aku jadi macam ni. Kalau dia rasa dia tak mampu nak terima aku jangan pernah cuba mendekati aku. Dahulu apabila aku sedar kami semakin rapat aku cuba menjauhkan diri tetapi tak pernah berjaya. Shah umpama dadah. Mampu membuatkan aku sentiasa dekat dengan dia.

Aku kini berada di New York. Dengan teman lelaki baru aku. Ops bukan mangsa terbaru aku. Lelaki itu kerap mendekati aku ketika aku sedang membeli belah jadi apa salahnya kalau aku bermain sedikit dengan dia.

"Daniella. Sorry im late." Nama baru dan penampilan yang baru. Itu aku ketika aku bersama dengan mangsa aku.

"It's okay. Im just arrive too." Kata aku lembut.

"So... where are we going?" Tanya Max.

"I just saw new arrival handbag at Queen Center last night." Kata aku tanpa menghabiskan ayat aku.

"Then let's go. I buy it for you." Kata Max. Aku tersenyum gembira.

"Yeah! Thank you darl!!" Kata aku gembira. Lalu aku memeluk lengan Max. Sekejap sahaja sebelum aku melepaskan pegangan aku kepada dia.

Max ni pun bukan boleh percaya. Lelaki semua tak guna!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience