BAB 13

Romance Completed 13290

Nadrah POV

Aku dan Shah semakin lama semakin renggang. Aku meneruskan hidup aku macam biasa. Kerja dan aktiviti aku sebagai gold digger. Shah pula. Aku rasa dia sudah syak aku ini sedang mempermainkan perasaan lelaki. Dia kerap menasihati aku melalui telefon tetapi aku abaikan.

Salah dia. Dia lah punca aku jadi seperti ini. Dia tinggalkan aku untuk perempuan tu. Yang mana sebulan selepas aku menghilang mereka putus.

"Nad." Panggil Shah. Aku yang sedang leka bekerja memandang Shah yang sedang berdiri di pintu.

"Masuklah. Kenapa kau datang jumpa aku ni?" Tanya aku pelik. Pelik dan gugup akan apa yang bakal di perkatakan oleh dia.

"Stop it." Kata Shah perlahan namun tegas.

"Stop what?" Tanya aku selamba.

"Apa yang kau tengah buat ni." Kata Shah.

Aku memandang laptop aku.

"Stop buat kerja aku ni? Maksud kau ni?" Tanya aku lagi pura pura bodoh.

Shah mendengus sedikit.

"Kau tahu apa yang aku maksudkan bukan?" Kata Shah. Aku tersenyum sinis.

"Kalau ya kenapa?" Tanya aku sedikit mencabar.

"Kau tahukan aku tak suka. Sejak bila kau jadi macam ni Nad? Kenapa kau berubah?" Tanya Shah. Aku menjeling dia.

"Yang kau sibuk kenapa? Suka hati aku lah. Apa hak kau Shah!" Tanya aku bengang.

"Aku memang tak ada hak tapi kau kene ingat aku kawan kau!" Kata Shah. Aku berdiri.

"Kawan? Baru sekarang nak kata kawan. Dulu masa kau dengan Zira tu bukan main. Janji macam macam bagi aku harapan tapi at last kau tinggalkan aku! Kawan ke tu!" Kata aku marah. Shah terdiam. Selama ini aku tak pernah marah dia.

"Nad... kau cintakan aku kan?" Kata Shah tiba tiba. Aku mengetap gigi.

"Keluar Shah." Kata aku tegas lalu aku kembali duduk lalu memandang laptop aku.

Tiba tiba pintu bilik aku dibuka. Baim dan Harris tersengih memandang aku.

"Dengar cerita department kau nak buat family day." Kata Harris. Aku dah tahu dah budak budak ni. Ni mesti nak minta cuti pelepasan untuk family day ni.

"Kau nak pergi mana Hah?" Tanya aku sambil bangun dan berjalan ke arah sofa. Shah turut ikut langkah aku walaupun dari tadi dia hanya diam.

Kami semua kini sedang duduk di sofa. Melepak sebelum Diandra datang menghantar empat gelas jus oren untuk kami. Terpinga pinga aku apabila air di letakkan di hadapan aku. Diandra keluar dengan senyuman tanpa berkata apa apa.

"Eh eh? Sejak bila aku suruh dia buatkan air?" Tanya aku pelik.

"Hahahaha, kita orang yang suruh." Kata Baim lalu dia dan Harris meneguk air dengan rakus sebelum buat bunyi ahhhh kuat kuat. Aku menggelengkan kepala perlahan. Dah tua pun perangai masih tak berubah.

"Kitaorang nak pergi holiday Nad. Hari tu aku dengan Shah pergi New York. Harris tak ikut ni sekarang kitaorang nak pergi lagi holiday dan kitaorang nak bawa kau sekali." Kata Baim gembira. Harris mengganggukkan kepala laju. Aku memandang Shah yang duduk di sebelah aku.

Riak wajahnya tenang sahaja.

"Nak pergi mana?" Tanya aku pelik.

"First kitaorang nak tahu berapa lama family day tu." Kata Shah tiba tiba.

"Tak lama 3 hari 2 malam je." Jawab aku jujur.

"Hah macam tu kita pergi seminggu!!" Kata Shah ceria. Aku terkejut melihat perubahan dia.

Laju sahaja tangan aku mencubit perut dia. Shah mengaduh sakit.

"Ewah... sedap nampak tang mentang bos member kau orang..." kata aku geram.

"Eh Alah... Nad... jomlahhh! Luluskan lah cuti kitaorang!" Kata Harris. Aku ketawa kecil.

"Okay. Tapi aku akan bagi kau orang kerja banyak banyak." Kata aku selamba.

"Kau bagi sekarang pun tak apa Nad!!!" Kata Baim semangat. Aku ketawa lantas aku bangun dari sofa menuju ke rak fail aku.

Tiga buah fail keras aku capai.

"Ni job baru kau orang. Mereka nak 10 ribu pengeluaran bagi model ni dan aku nak kau orang buat dan siap dalam masa dua minggu."

"Perghh!! Paling banyak yang kitaorang pernah buat." Kata Shah.

"Better kauborang siapkan cepat. sebab ada lagi satu projek lagi kau orang kene buat kali ni nak 500 ribu pengeluaran. Tapi ni kau orang jangan risau kau orang akan buat bertiga. Aku tahu banyak sangat tu tak akan siap kalau kau orang buat seorang diri. Siap hari bulan kau orang akan cari jambatan dan terjun." Kata aku selamba.

"Kejam sia kau Nad!!!" Kata Harris dan Baim serentak.

"Kejam tak kejam. Ingat aku kisah."

"Kalau kau orang siap ni cepat aku tambah lagi seminggu cuti dan gaki jalan macam biasa." Kata aku selamba. Harris tersengih lebar.

"Okay lah macam tu Nad!!" Kata Harris gembira. Aku ketawa geli hati.

"Esok kitaorang decide nak pergi mana." Kata Shah.

"Kalau dah decide urusan visa, hotel pengangkutan semua biar aku yang uruskan." Aku menawarkan diri.

"Seriuslah!" Kata Baim.

"Aku tahu kau orang banyak kerja." Baim tunjuk ibu jarinya. Aku tersenyum.

"Bagi sekalilah job yang lagi satu tu." Kalau kitaorang dah siap yang ni terus buat kan senang." Kata Harris.

"Haah. Lagi pun boleh lah aku reka dulu model dia senang nanti mesin terus jalan." Kata Shah.

Aku terus bangun dan mencapai fail berwarna putih. Lalu aku berikan pada Shah.

"Tak sabarnya nak holiday." Kata Baim. Aku ketawa.

"Siapkan kerja dahulu." Kata aku tegas.

"Tahulah!" Kata Baim lalu mengeluarkan rokoknya. Walaupun ada ruang merokok untuk pekerja di dalam bangunan ini namun Harris dan Baim tetap memilih bilik aku juga untuk merokok. Nasib baik aku sudah biasa jadi aku tak kisah sangat.

****
Shah POV

Aku memandang Nad lama. Bukan aku tak tahu Nad kini sedang menahan nafsu dari mencapai kotak rokok yang diletakkan oleh Baim di atas meja.

"Baim. Simpan tu." Kata aku selamba. Baim memandang aku pelik lalu mengambil kotak rokok tersebut dan simpan di dalam kocek seluarnya.

"Nakal eh Nad!" Kata Harris. Nad ketawa.

"Perasan aja..." kata Nad perlahan.

"Aku dah lama kenal kau Nad." Kata Aku pula.

Aku melihat Nad yang sedang bermain dengan telefonnya.

Aku tahu dia ada banyak telefon. Aku tahu apabila di rumahnya hari tu aku perlu mengambil barang di biliknya dan aku lihat ada empat telefon yang sama warna dan jenis di atas meja kerjanya. Dan salah satu daripadanya asyik menyala nyala menerima pesanan daripada pelbagai lelaki yang aku yakin masing masing merupakan orang kaya.

"Tu yang mana?" Tanya aku perlahan.

"Kerja." Jawab Nad.

"Penipu." Kata aku lalu merampas telefonnya. Harris dan Baim leka dengan telefon jadi mereka mengabaikan kami.

"See... kerja apa." Kata Aku sinis.

Nad menjeling aku.

Aku melihat ramai lelaki yang di layan Nad.

"Dulu tak macam ni." Kata aku perlahan.

"Kau punca." Kata kata Nad perlahan. Mematikan akal aku buat seketika.

Aku memandang Nad dan dia hanya buat muka bodoh.

Nad bangun dan berjalan ke arah meja kerja dia.

"Kau orang jangan lupa siapkan projek yang aku bagi." Kata Nad lalu menyambung kerjanya semula.

"Tak lupa punyalah Nad." Kata Baim dan Harris serentak. Telefon Nad yang aku pegang aku masukkan ke dalam poket jaket aku.

"Jomlah mula buat kerja. Malam ni kita stay." Kata aku memberikan cadangan.

"Okay juga tu!" Kata Baim ceria.

"Tidur rumah aku jelah. Baju kau orang pun ada lagi." Kata Nad. Dia memandang kami ceria.

"Haa... cun sangatlah tu Nad!" Kata Baim ceria.

"Malam ni kita karaoke." Kata Harris pula.

"Siapkan kerja dulu." Kata Nad. Lalu dia bangun ke arah pintu keluar. Di tangannya terdapat sekeping kad.

"Pandai pandailah kau orang naik nanti." Kata Nad lalu mencampakkan kad tersebut ke arah aku. Aku tangkap dan aku belek kad tersebut.

Kad akses ke apartmentnya. Maknanya kami tak perlu naik train ke kuarters yang di sediakan syarikat.

Kadang kadang aku perasan juga Nad pulang ke kuarters tetapi semenjak kami semua semakin rapat dia duduk semula di apartmentnya yang berada tidak jauh dari pejabat.

Katanya atas permintaan Baim yang mahu menjadikan apartment Nad sebagai tempat melepak. Nad pula dari dulu memang mengamalkan sikap tidak kisah jadi dia dengan senang hati membenarkan rumahnya menjadi tempat singgahan kami.

"Jumpa malam nanti." Kata Nad lalu terus berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience