BAB 2

Romance Completed 13290

Nadrah POV

Aku tersedar daripada khayalan aku apabila meja aku di tepuk oleh seseorang. Aku melihat ke arah Daniel abang aku. Dia sedang duduk sambil memandang aku pelik.

"Dengar tak apa yang abang cakapkan tadi?" Tanya Daniel. Aku tersenyum kambing.

"Sorry?" Kata aku serba salah. Daniel mengeluh. Dia menggelengkan kepala perlahan.

"Why? Nad macam hilang pedoman je lately ni abang tengok." Kata Daniel lalu ketawa kecil. Aku mencebik.

"No, just... Nad rindu seseorang.." kata aku perlahan. Daniel tersenyum.

"Mesti lelaki tu bertuahkan. Dapat cairkan hati Nad yang keras macam batu ni?" Kata Daniel aku tersenyum sinis.

"Entahlah bang... Nad pun tak tahu. Benda datang tiba tiba." Kata aku perlahan. Aku mengeluarkan telefon aku. Gambar beberapa tahun yang lalu aku tatap lama. Bibir aku tersenyum nipis.

*Shah, date jom!* aku mengajak Shah keluar melalui whatsapp.

*nak pergi mana?* tanya Shah.

*subang. Aku teman member date tapi aku yang takde date. Kau nak ikut tak?*

*nak nak. Mestilah nak. Bila masa lagi nak date dengan kesayangan...* terpaku aku apabila membaca balasan daripada Shah.

Aku berdiri sambil melompat lompat kecil. Lebar senyuman aku.

"Eii... apa ni Shah malulahh...." kata aku perlahan sambil nemandang telefon. Seandainya aku boleh kata macam tu dekat Shah. Tapi tak boleh. Aku tak nak Shah tahu aku sukakan dia. No no. Aku tak boleh cakap.

*hahah erm ape ni... sakai ah kau...* balas aku gembira.

*cepatlah Sabtu.* kata Shah menambahkan lagi perasaan berbunga bunga yang aku sedang aku alami.

*jangan ah.. nanti susah ah aku camni. Sabar ya..* kata aku jujur.

*apa yang susah. Apa apa?* balas Shah.

*susah ah...*

*nipu..*

*ish nanti tidur tak lena mandi tak basah lah.. sabar eh...* kata aku. Malu sebenarnya.

*hahaha nipu.* kata Shah lagi. Aku buat muka.

*lantak kau ah..* kata aku.

Ya allah, sukanya aku. Shah! Kenapa kau buat aku macam ni!!

"Ketawa ketawa apa tu?" Tanya Daniel. Tersentak aku. Ish abang aku ni. Aku nak throwback pun susah.

"Tak ada apa apa." Aku kembali melihat chat aku dan Shah empat tahun yang lalu.

"Senyum senyum. Suka sangat throwback sorang sorang." Kata Daniel. Aku menggigit bibir.

"Nad rindu kawan kawan Nad.." kata aku perlahan.

"Kalau rindu pergi jumpa diaorang. Minta maaf dekat diaorang sebab Nad menghilang tiba tiba macam tu.." kata Daniel perlahan. Aku memandang Daniel.

"Nad menghilang ada sebab.." kata aku perlahan.

"Sebab apa Nad? Sebab Nad tak sanggup nak tengok lelaki yang Nad cinta? Dia nak datang dengan awek dia kan dulu? Nad tak sanggup sebab tu kan?" Kata Daniel. Aku mengetap gigi.

"Come on lah Nad. Tak lama lagi mereka datang sini. Mereka akan bekerja di sini. Nad. Mereka akan berada di syarikat ni sekurang kurangnya 3 bulan sebelum mereka semua diterima terus belerja di auarikat ini. Nad yakin ke Nad tak akan terserempak dengan mereka. Lagi lagi bila mereka bekerja di bawah Nad.." kata Daniel sinis.

"Abang diamlah tahulah Nad nak uruskan macam mana." Kata aku bengang.

"Kita tangguh perbincangan kita sampai esok. Kita tunggu mummy sekali." Kata Daniel. Aku mengemas peralatan aku lalu terus bangun menuju ke pintu keluar dari pejabat Daniel.

"Abang percaya kawan kawan Nad masih sayangkan Nad..." kata Daniel lantas aku berjalan pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience