BAB 3

Romance Completed 13290

Nadrah POV

Aku melihat tiga helai resume yang di letakkan di atas meja. Resume yang pertama milik Baim, kedua Shah dan ketiga Harris. Ketiga tiga dari mereka adalah kawan aku ketika aku masih belajar dahulu. Aku tersenyum nipis..

"Weh Nad! Jangan jalan dekat dekat dengan aku di! Nanti awek aku marah!!" Kata Harris takut takut. Aku buat muka.

"Kepala hotak kau! Kita classmate gila dah kenapa sampai dia nak marah!!" Kata aku bengang.

Aku menumbuk Harris dengan kuat lalu berjalan dengan laju ke hadapan.

"Pergi mampus kau lah jangan cakap dengan aku lagi!" Kata aku lantang sambil berjalan di sebelah Baim.

Baim dan Shah hanya menggelengkan kepala melihat sikap Harris yang semakin berubah semenjak bercinta.

"alah Nad tak payah lah merajuk..." kata Harris. Aku hanya mengabaikan panggilan dia. Malas aku nak layan orang macam dia ni. dengan member kelas pun awek nak jeles. Macam baru kenal aku sehari je perangai.

Pintu bilik aku tiba tiba diketuk. Diandra PA aku masuk bersama buku nota di kepit di celah ketiaknya.

"Bos, hari ni ada meeting dengan tuan Daniel di tingkat tujuh. Abang bos dah bebelkan saya tadi dia kata dia nak juga meeting tu dijalankan hari ni." Kata Diandra. Aku ketawa kecil.

"Okaylah. Salah saya juga sebab saya tangguh meeting tu dari minggu lepas. Projek. Besar tapi saya main main. Sorry Dian...." kata aku sambil tersengih. Aku bangun membetulkan skirt hitam aku. Fail hitam aku ambil bersama beg tangan aku.

"Sekarangkan meeting tu. jom!" Ajak aku. Diandra tersengih lalu mengganggukkan kepala.

****
Aku melihat abang aku yang sedang berkerut dahi memandang fail hitam yang aku bawa tadi.

"Kerja dah bagus tapi asyik tangguh je. Nad yakin ke Nad boleh buat projek ni..." kata abang aku lemah.

"Bolehlah. Ish selama ni okay je Nad handle projek. Siap berjaya dengan jayanya lagi." Kata aku lalu tersengih.

Daniel menggelengkan kepala dia.

"Baru dengar berita pasal ex member sekolah nak datang sini dah meroyan macam manalah nanti bila esok mereka dah sampai." Kata Daniel sinis. Aku menjeling dia. Sengaja nak buat aku meroyan balik abang aku ni.

"Esokkan mereka sampai. Kat mana rumah mereka di sediakan?" Tanya Daniel.

"Kuarters pekerja kitalah. Mana lagi."

"Haaa makin senanglah mereka nak jumpa Nad. Nad kan duduk dekat tingkat atas sekali." Saja abang aku mengacau aku.

"Ah kalau bukan sebab nak pantau pekerja pekerja kita Nad tak naklah duduk sana." Kata aku selamba.

"Kuarters tu dad dah buat balik kan. Tapak kuarters yang lama dad kosongkan sebab nak buat cawangan pejabat kita yang baru.

"Nad yang cadangkan sebab tapak kuarters yang lama tak sesuai nak buat sebagai tempat tinggal. Tengah tengah bandar dengan kereta banyak lagi. Kesian budak budak yang nak main kat taman kene hirup udara beracun. Sebab tu dad buat kuarters baru dekat pedalaman sikit tapi masih dekat dengan stesen kereta api supaya memudahkan pekerja pergi ke ibu pejabat."

"Yang rumah apartment Nad tu? Dah lama Nad tak jengukkan?" Tanya Daniel. Aku mengganggukkan kepala.

"Tak ada masalah bang. Busy sangat."

"Agak agak bila Nad boleh balik Malaysia. Mum dah bising tu. dia lata Nad lama sangat duduk Jepun nak jadi orang Jepun ke?" Bebel Daniel. Aku ketawa kecil.

"Erm nak cari pakwe jepun tapi tak jumpa jumpa lagi." Kata aku lalu ketawa.

Perbualan aku dan Daniel terhenti apabila Diandra menghantar pesanan bahawa intern dari Malaysia dan Indonesia sudah sampai di lapangan terbang.

Syarikat kami lebih gemar mengambil pekerja dari Luar negara kerana ingin memberikan pengalaman kepada mereka lagi lagi dari Malaysia kerana krisis ekonomi yang di hadapi di Malaysia sejak kebelakangan ini.

"Abang diaorang dah sampai." Kata aku risau.

"Okaylah tu. apa kata kalau Nad pergi jemput." Aku menggelengkan kepala laju.

"Gila! Tak nak Nad! Abang pergilah! Abangkan yang terima pemohonan mereka yang abang letak mereka bawah Nad kenapa?" Kata aku bengang. Daniel hanya ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience