BAB 9

Romance Completed 13290

Shah POV

Sudah dua minggu Nad tak masuk office semenjak malam haritu. Dia kata pada Diandra dia akan pulang dalam masa seminggu namun kini sudah dua minggu dan kami masih tidak dapat apa apa berita mengenai Nad.

"Weh Shah! Kau ada buat apa apa dekat Nad ke malam tu!" Tanya Baim bengang. Mamat tu dah meroyan balik dah. Maklumlah dari dulu dia dan Nad rapat sebab mereka berdua ni suka lepak di kedai mamak sama sama, karaoke dan main rollerblade.

"Mana ada. Kitaorang sembang je." Kata aku pelik.

"Weh kalau dia menghilang lagi tak tahulah aku. Dia janji lepas dia balik dari luar negara dia nak lepak dengan aku macam dulu dulu." Kata Baim risau. Di tangannya erat memegang telefonnya. Daripada minggu lepas lagi dia asyik spam Nad sebab Nad tak balas chat dia.

"Balik lah gila! Aku rindu dekat kepala mereng kau tu!! Aku takdelah member kentut macam kau ni!!" Kata dia sambip jarinya laju menaip pesanan untuk Nad. Aku tersenyum nipis.

Mustahil aku tak tahu sebab apa Nad menghilang. Malam tu ketika aku buka cerita empat tahun dahulu aku dapat lihat perubahan wajahnya menjadi dingin. Dia tak pernah tunjuk wajah macam tu dulu. Betul manusia boleh berubah. Tapi aku lihat ketika kami semua makan malam haritu perangai dia masih sama lagi seperti dahulu. Cuma kentut tu dah kuranglah. Perangai matang dia di office hilang terus malam tu. Sama macam kami dulu dulu.

"Eh dia reply!" Baim menjerit tiba tiba. Harris yang sedang memasukkan program pada mesin terhenti seketika. Aku dan Harris menghampiri Baim.

"Dia kata apa?" Tanya Harris teruja.

"Malam ni karaoke kat apatment dia.... hahahhaah yes!!!" Kata Baim gembira.

"Apartment dia?" Tanya Aku pelik. Bukan rumah dia dekat kuarters dia ke?

"Nad ada rumah lain lah! Dia kata dalam 30 blok dari sini. Kita naik teksi dah sampai." Kata Baim.

"Haaa.... dia dah Share location...." kata Baim gembira. Harris dah tersengih. Masing masing dah tak sabar nak karaoke. Setelah itu kami semua terus menyambung kerja kami. Kami harus menunjukkan prestasi yang bagus untuk terus diterima didalam syarikat ini.

****
Nadrah POV

Pintu rumah aku diketuk kuat diselangi suara nyaring Baim.

"Bukaklah Nad!! Cepat aku tak kiralah kau bos ke apa ke yang penting aku nak karaoke macam dulu!! Cepat Nad!!!" Jerit Baim. Aku ketawa kecil. Rambut aku ikat sanggul dan aku pakai topi. Aku rimas sebenarnya sebab rambut depan aku semakin panjang tapi tak boleh di ikat.

"Sabarlah gila!" Kata aku geram. Aku kemudian lantas membuka pintu. Baim terdiam. Mata dia bukan pandang aku tapi pandang dekorasi rumah aku.

Dekorasi rumah yang aku hias moden dengan warna hitam dan emas membuatkan sesiapa yang tengok akan rasa kagum. Lampu aku malapkan menambahkan suasana seperti di pusat Karaoke.

"Gila lah Nad! Ni rumah ke pusat Karaoke!" Kata Harris turut sama teruja seperti Baim. Aku ketawa. Aku langsung tak pandang Shah. Mereka bertiga masuk ke rumah aku dan berpusing pusing sekeliling diantara dapur dan ruang tamu aku.

"Mewah gila lah rumah kau Nad!" Kata Baim. Aku ketawa kecil.

"Ah! Terima kasih tengoklah tuan dia.." kata aku sambil mengibas ngibas baju aku.

"Beg baju kau orang letak dekat dalam bilik tu. Ada tiga bilik pilihlah yang mana satu. Esok cutikan. So kita enjoy!" Kata aku sambil mengangkat angkat kening aku.

"Gila kau Nad! Tak permah berubah dari dulu." Kata Harris. Aku ketawa.

"Kau orang pergi mandi dulu. Lepas tu kita makan lepas tu baru kita karaoke. Kita karaoke sampai muntah ya geng?" Kata aku lagi.

"Shah! Aku ingat lagi kau kata kau teringin makan makaroni cheese aku kan dulu. Kau nak aku buat ke malam ni?" Tanya aku ceria. Shah seperti terkejut aku menegur dia.

"Ka... kau.. boleh ke masak?" Tanya Shah. Aku membuka topi lalu aku campak ke atas kaunter dapur dengan lagaknya.

"Come onlah, ni Nadrah Adrianna lah. Apa benda je aku tak boleh buat?" Kata aku bangga.

"Ada makan makanan pedas." Kata Shah sambil tersengih. Begitu juga dengan Baim dan Harris.

"Lepas tu tengok lelaki handsome! Hah aku tahu tu kelemahan kau!" Kata Harris ceria. Aku buat muka. Tak sangka mereka ingat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience