BAB 7

Romance Completed 13290

Shah POV

"Diandra?" Panggil aku perlahan. Diandra yang sedang mengisi borang memandang aku.

"Ya, kenapa?"

"Nad tu... ketua kami bukan?" Diandra tersenyum manis.

"Ya, dia ketua kita semua. Anak kepada pemilik syarikat dan adik kepada tuan Daniel. Kawan kamu semua ketika kamu semua di Kolej dahulu." Kata Diandra.

"Awak tahu?" Tanya aku terkejut.

"Mestilah tahu. Saya dengan dia dah tiga tahun berkawan dan bekerja dengan dia." Kata Diandra.

"Kenapa dia pergi?" Tanya aku lagi. Diandra tersenyum kecil.

"Tentang tu awak kena tanya dia sendiri. Saya tak ada hak nak cakap tentang hal tu." kata Diandra lalu menyambung semula tugasannya mengisi borang.

Aku memandang Diandra lama sebelum suara Baim lantang memanggil aku.

"Shah!! Jom balik! Aku dapat MC!!!" Kata Baim dengan bangga. Harris sedang berdiri di sebelah Baim tersengih.

"Hah tu Ibrahim dah selesai. Macam mana dengan tangan tu Ibrahim kene jahit ke?" Tanya Diandra.

"Tak adalah kene jahit. Doktor cuci dan balut. Cuma luka memang teruklah darah pun banyak yang keluar. Doktor bagi MC seminggu." Kata Baim. Aku hanya diam memerhatikan Baim.

"Kalau macam tu marilah saya hantar awak balik." Kata Diandra.

"Eh boleh juga tapi saya nak jumpa Nad dulu. Rindulah dekat dia. Dengan perangai dia yang kaki kentut tu dulu." Kata Baim membuatkan kami semua ketawa.

"Seriuslah dia kuat kentut." Kata Diandra tidak percaya.

"Serius. Orang pertama kene kentut sayalah masa tu kami berdua je tengah buat assignment tiba tiba dia cakap dia dah kentut tak lama lepas tu ada bau busuk." Kata Harris. Diandra ketawa sambil menutup mulut dia.

"Agak agak perangai dia masih sama ke dah berubah?" Tanya aku tiba tiba. Baim memandang aku bengang. Mesti dia tak puas hati aku tiba tiba tanya tentang Nad. Sebab selama ini aku kerap memarahi Baim kerana selalu bercakap tentang Nad.

"Dia tak berubah sangat pun. Cuma kentut tu saya tak pastilah. Dia tak pernah pula tunjuk dia kuat kentut depan saya." Kata Diandra. Aku tersenyum pada Diandra.

"Jom kita gerak sekarang." Ajak Diandra dan kami semua bergerak mengikuti langkah Diandra.

****
Nadrah POV

"Cepatlah jumpa diaorang bos! Mereka dah tunggu tu!" Kata Diandra sambil cuba membuka pintu pejabat aku tetapi di halang oleh aku. Kami sudah lima minit bergelut di hadapan pintu. Selepas aku melarikan diri dari mereka ketika Diandra ingin menghantar Baim ke hospital tadi aku terus mengunci diri aku dalam pejabat menyesal dengan perbuatan aku yang menunjukkan diri aku kepada mereka. Sekarang ini Baim sudah mendesak untuk berjumpa dengan aku. Malah pintu pejabat aku juga di tendang oleh dia.

Aku dan Diandra bergelut di dalam manakala mereka diluar memerhatikan pintu yang dari tadi asyik terbuka dan tertutup.

"Nad tak rindu ke!!" Jerit Baim dari luar. Aku yang sudah bosan mendengar jeritan dia segera membalas.

"Rindulah bodoh!!" Namun tangan aku masih menghalang Diandra dari membuka pintu. Aku terdengar mereka ketawa di luar. Tak guna asallah aku jujur sangat bila dengan mereka.

"Cepatlah Nad! Nak masuklahh!!" Kata Harris pula.

"Tak nak pergi balik!" Kata aku cemas.

"Oh menghalau." Perlahan sahaja aku dengar suara Shah. Aduh mamat ni macam nak buat something je.

Dan.... BANG!!!!

Pintu di tendang oleh Shah. Aku menarik Diandra melindungi dia dari terkena pintu.

"Woi! Malu lah pekerja aku yang lain tengok!" Kata aku geram.

" tak de. Dia dra dah suruh diaorang balik..." kata Baim dengan nada ceria. Aku melihat jam. Masih ada tiga jam lagi sebelum tamat waktu bekerja.

"Dian...." Diandra tersenyum manis.

"Ni untuk kebaikkan bos juga." Kata Diandra lalu terkedek kedek berlari keluar.

"Bulan ni kau tak kan dapat gaji! Bulan ni dan bulan depan!!" Kata aku geram. Aku terdengar Diandra merengek tetapi aku segera menutup pintu dengan kasar.

"Duduklah." Kata aku perlahan. Shah Baim dan Harris duduk di sofa dan aku duduk berhadapan dengan mereka.

"Air Nad penatlah menjerit." Kata Baim tanpa rasa malu. Aku mengerutkan dahi. Seriuslah wei... kau memang tak pernah berubah ke apa?

Aku menuju ke pintu semula aku buka dan menyuruh Diandra buat air untuk kami berempat.

"Makin kurus kau Nad." Kata Harris sebaik sahaja aku duduk di atas sofa berhadapan mereka.

"Aku bersenam. Diet lepas tu stress dengan kerja. Kuruslah." Kata aku perlahan. Aduh asal aku rasa janggal sangat ni. Rasa macam nak terjun dari tingkap je bukan terjun bunuh diri tapi terjun ke bangunan sebelah di mana pejabat abang aku berada.

"Sombong kau eh. Kitaorang whatsapp, call, mesej semua kau tak layan kan." Kata Baim geram. Aku tersenyum nipis sambil bangun dan berjalan ke arah meja kerja aku. Laci aku buka dan aku ambil iphone5s aku yang lama dan aku kembali kepada mereka.

"Aku baca tapi tak mampu nak balas." Kata aku lembut. Telefon aku letakkan di atas meja dan Shah terus ambil telefon aku.

Tidak lama kemudian dia menunjukkan telefon aku yang sudah di buka.

"Passwords masih sama." Kata Shah dingin. Aku tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience