BAB 16

Romance Completed 13290

Shah POV

Sehari telah berlalu semenjak kali terakhir kami bercakap ketika di dalam penerbangan haritu.

Nad banyak mendiamkan diri dan berkurung di dalam bilik hotelnya berbanding lepak dan berjalan bersama kami.

"Apa kau dah buat kat Nad ni Shah...." kata Baim bengang.

"Kitaorang cuma bercakap je. Bukan buat apa pun."

"Dah tu kalau bercakap je knp jd camtu?" Tanya Baim. Aku memandang ke arah lain.

"Pujuklah dia...." kata Baim lagi.

"Aku tak tahu!" Kata aku cemas.

"Pergi! Aku tak kira kau kene pujuk juga!" Baim menolak tubuh aku kuat.

"Okay! Okay!! Aku pujuk."

****

Aku berjalan ke arah dewan ais di mana aku telah menyiapkan dekorasi untuk memujuk Nad. Suasana dewan yang romantik itu dipenuhi dengan bunga tulip berwarna kuning kegemaran Nad selama ini. Sepanjang jalan dipenuhi dengan salji halus dan pasir pasir merah di tabur di sepanjang jalan menuju ke satu pentas kecil yang dikelilingi bunga tulip berwarna merah pula. Kuning dan merah keduanya warna kegemaran Nad.

Aku memegang gambar polaroid yang aku cuci beberapa hari yang lepas. Semua gambar yang kami tangkap dahulu aku cuci dan akan aku umpan untuk membawa Nad masuk ke dalam dewan ini.

Tiba tiba Baim masuk ke dalam dewan.

"Nad otw!" Kata Baim cemas. Nad otw means lagi 15 minit dia akan tiba. Harris akan mengumpannya ke sini. Aku menghulurkan kepada Baim gambar polaroid tersebut. Baim faham akan tugasnya segera menaburkan gambar tersebut dari dalam hingga ke luar dewan. Lampu dewan yang tadi terang dimalapkan dan tidak lama kemudian salji salji halus jatuh dari atas. Aku tersenyum dengan suasana yang romantik itu. Hanya di bahagian pentas itu sahaja ada cahaya yang di suluh supaya terang sedikit dari kawasan yang lain. Salji halus mula mengenai baju dan rambut aku. Aku kibas lalu aku menangkap gambar keadaan di dewan tersebut.

Semua ini aku lakukan demi Nad gadis yang aku cinta. Aku berharap dia mampu memaafkan segala kesilapan aku kepadanya.

Aku terdengar bunyi derapan tapak kaki menghampiri pintu dewan bersama bunyi gambar polaroid yang berada di tanah di kutip.

Pasti tu Nad.

Aku pantas berjalan ke tengah tengah pentas. Aku berdiri sambil tangan aku masukkan ke dalam kocek seluar.

Nad masuk ke dalam dewan sambil di tangannya memegang gambar gambar polaroid kami yang dikutipnya. Dia terpaku memandang aku. Kami bertentangan mata. Lama sebelum bahu Nad di tepuk oleh Baim. Baim tersenyum kepada Nad sambil menghulurkan tangan ingin memegangkan gambar polaroid tersebut.

Nad beri tanpa memandang Baim. Matanya masih ralip memandang aku.

Tiada kata kata yang terungkap hanya mata yang berbicara.

Baim kemudian merangkul tangan Nad. Nad terkejut memandang Baim membuatkan pandangan kami terpisah sekejap. Setelah dia tahu tujuan Baim dia kembali memandang aku. Kami bertentang mata semula.

Nad melangkah perlahan sambil di iringi oleh Baim. Mata kami masih bertentang.

Nad akhirnya tiba dihadapan aku. Baim berjalan pergi meninggalkan kami berdua.

Nad menggigit bibir.

"Apa semua ni?" Tanya Nad resah. Aku menelan liur. Nad memandang halkum aku yang bergerak.

" untuk kau. Semua ni untuk kau." Kata aku tenang.

"Ya, tapi untuk apa?" Tanya Nad.

Aku mencapai tangannya. Aku genggam erat.

Nad memandang aku resah.

"Nad. Aku tahu aku dah buat salah dengan kau. Aku tinggalkan kau, aku buang kau dari hidup aku. Aku tak berniat Nad. Aku minta maaf atas segala kesilapan aku selama ni.

Empat tahun aku mencari kau. Enpat tahun aku hidup dalam penyesalan kerana kau. Silap aku. Dan aku minta maaf Nad.

Aku mohon. Maafkan lah aku Nad. Maafkan aku."

"Ak.... aku tak tahu...." kata Nad resah.

"Nad..." aku memegang kedua belah bahu dia.

" jangan seksa diri Nad. Aku tahu kau terseksa selama ni. Aku mohon. Maafkan aku. Kita mulakan hidup baru Nad...." rayu aku. Nad memandang aku. Tubir matanya bergenang. Perlahan lahan air jeenih mengalir di pipi mulusnya. Aku kesat dengan lembut menggunakan jari.

"It's hurt me... you hurt me...." kata Nad sayu.

"I know... dan aku nak pulihkan kau semula. Nad...." kata aku lembut lalu aku melutut di hadapannya.

Kotak baldu merah kecil aku keluarkan dan aku buka menghadap Nad. Nad memandang aku terkejut. Air matanya semakin deras mengalir.

"Will you married me?"

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience