BAB 4

Romance Completed 13290

Penat. Penat betul hari ni.

Satu hari aku tak masuk office. Kerja yang sepatutnya di buat oleh Daniel aku yang terpaksa buat kerana dia balik ke Malaysia.

Aku menekan butang lif untuk naik ke tingkat 10 dimana rumah aku berada.

"Nak makan mana? Aku tak tahu tempat yang jual makanan halal dekat sini." Kata satu suara yang aku kenal. Aku melihat ke arah di mana suara itu datang. Dari arah taman. Shit mereka mesti baru lepas bersenam.

Aku menekan butang lif beberapa kali. Tetapi lif tetap bergerak perlahan. Aku kemudian mengambil keputusan untuk berlari ke arah tangga kecemasan dan menyorok di situ.

"Tekan lif weh!" Suara Baim! Ya allah rindunya aku dekat dia... aku menutup wajah aku sambil bersandar pada dinding.

"Ada orang dah tekanlah weh!" Tu suara Harris. Kenapa suara mereka tak berubah langsung?

"Hantu tekanlah pulakk.." kata Baim aku ketawa kecil sebelum senyuman aku kaku mendengar satu satu ya suara lelaki yang aku cinta ketawa.

Aku melutut. Apa ni...

Kenapa aku macam ni...

Kenapa aku tak boleh lupakan dia...

Air mata aku tahan dari mengalir...

Kenangan lama menggamit perasaan.

"Kau rasa patut ke aku terima perempuan tu?" Tanya Shah. Aku mengerutkan dahi. Sakitnya hati bila dengar Shah cakap macam ni...

"Siapa? Perempuan KFC tu?" Tanya aku pelik. Suara aku yang hampir berubah aku perbetulkan air mata aku tahan. Hati aku berderai.

Shah mengganggukkan kepala dia.

"Aku nak tanya kau dulu. Kau suka ke kat dia?" Tanya aku dengan hati yang luluh.

"Aku tak tahulah." Berkerut dahi aku menahan sakit di hati.

"Tak tahu? Kau ni biar betul!" Kata aku lalu mencubit lengan dia.

"Sakitlah!" Kata Shah aku ketawa.

"Kalau kau suka kat dia ambil lah dia jadi awek kau.." kata aku perlahan. Bodoh! Aku memang bodoh! Tangan aku menggigil menahan sedih.

"Tapi aku serba salah. nak terima salah kalau tak terima salah." Kata Shah.

"Kalau terima Harris pula yang jealous." Kata aku sengaja.

Shah memandang aku.

"Tulah pasal."

"Kau nak ke dekat dia?" Tanya aku lagi.

"Kau suka kat dia?" Tanya aku lagi.

"Kalau aku terima dia tapi tanpa cinta macam mana?" Aku kenudian ketawa tetapi mungkin kedengaran sumbang kerana dalam hati ni sakit sangat.

"Sama je macam kau seksa perasaan kau Shah." Kata aku. Macam sekarang. Aku tengah seksa perasaan aku sekarang ni.

Shah ketawa. Aku menggelengkan kepala.

"Hah! Lif dah sampai ni!!" Kata Baim.

"Tingkat berapa tadi rumah kita?" Tanya Baim lagi sekali aku dengar suara Shah ketawa.

"Tingkat 6 gila!" Kata Shah lalu ketawa. Aku juga turut ketawa.

Keadaan kemudian menjadi sunyi. Aku berdiri tegak membetulkan pakaian aku.

Aku membuka pintu tangga kecemasan sambil aku mengintai keadaan di luar.

"Good evening miss!" Tegur seorang pekerja lelaki aku dalam bahasa inggeris yang pelat. Aku tersenyum.

Lelaki itu kemudiannya berlalu pergi. Aku menekan semula butang lif.

Macam manalah aku nak hadapi hari hari aku yang lain. Aku masih belum bersedia lagi untuk berjumpa dengan mereka. Pasti mereka marah dekat aku. Dah lah tiba tiba menghilang lepas tu aku jadi ketua mereka pula. Aduhh petak petak...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience