BAB 12

Romance Completed 13290

Shah POV

Buta ke aku? Aku nampak Nad sedang membeli belah dengan seorang lelaki di Queen Center.

Semalam baru sahaja aku dan Baim tiba di New York. Kami sengaja ingin bercuti tapi aku tak sangka hari ini aku akan ternampak dia. Lelaki itu pula kerap memegang pinggang Nad.

Mereka ada apa apa ke?

"Sedap siut air lemon ni. Masam tapi sedap!! Nah Shah minum!" Kata Baim. Aku duduk di kerusi yang tersedia di taman itu. Sudah dua jam berlalu tapi aku masih tak dapat lupakan apa yang aku nampak tadi.

"Weh Shah! Tu Nad kan!!" Kata baim cemas sambil menunjukkan ke arah seberang jalan.

Betul tu Nad tetapi lelaki di sebelah dia tu... macam lain dari yang aku nampak tadi.

"Pergh dia dah ada boyfriend dalam dia sia...." kata Baim.

Aku masih lagi diam. Nad.... jangan cakap kau sekarang ni....

Aku segera mematikan sangkaan aku itu.

Aku tak mahu kata apa apa. Mungkin dia hanya berkawan sahaja.

Aku lantas menarik Baim berjalan pergi.

"Oi! Asal tarik aku jomlah jumpa Nad!" Kata Baim.

"Ish kau ni! Jomlah gerak!" Kata aku lalu aku terus menahan teksi dan masuk ke dalam teksi bersama sama Baim.

****
Nadrah POV

Aku terdengar suara Baim yang lantang itu. Sudah lama menghilang akhirnya aku kembali pulang ke pejabat. Habis aku kena bebel dengan Diandra dan Daniel. Sekejap lagi aku akan lunch dengan Baim. Dah tentu tentu kene bebel.

"Tak guna kau! Lama menghilang aku rindu kau lah gila!!" Kata Baim. Aku tersenyum. Beg tangan aku capai dan aku sangkutkan pada lengan.

"Jom lunch. Yang lain mana?" Tanya aku pelik.

"Diaorang pergi kursus kan gila. Abang kau hantar diaorang!" Kata Baim lalu berjalan keluar dari pejabat seiring dengan aku.

"Ni, kau dah ada boyfriend ke? Aku nampak kau dekat New York haritu." Kata Baim selamba.

"Tak lah. Bukan boyfriend. Stok pakai buang je tu." Kata aku lalu tersengih pada Baim.

"Tak guna! Kalau kau buat Harris macam tu memang broken gila sia mamat tu!" Kata Baim ceria.

"Nak aku try?" Tanya aku lagi. Sengihan aku semakin lebar.

"Eh kau jangan doh!! Nanti dia berhenti kerja tak pasal pasal!!" Kata Baim. Lalu kami berdua ketawa.

"Ni... nak cakap ni. Shah masa nampak kau dengan lelaki tu dekat New York muka dia lain weh! Macam jeles." Kata Baim. Aku tersenyum sinis.

"Dah kenapa pula dia nak jeles?" Tanya aku dingin.

"Dia sayang dekat kau Nad." Kata Baim.

"Sayang kejadah! Dia dengan awek KFC tu lah!" Kata aku lalu ketawa.

"Hati kau memang dah mati kan Nad?" Tanya Baim perlahan.

Aku tersenyum manis.

"Baguslah kalau kau sedar tentang benda tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience