BAB 1

Romance Completed 13290

Nadrah Adrianna. Seorang gadis berumur 18 tahun. Belajar di Kolej Vokasional dan belajar dalam bidang pemesinan. Nama yang ayu untuk
Gadis yang kasar dan terlalu bersifat terbuka.

Sifatnya yang pemalu akan bertukar menjadi tersangat terbuka apabila dia bersama dengan orang yang rapat dengannya.

"Aku nak kentutlah wei!" Kata Nadrah selamba. Harris dan Baim ketawa.

"Bodohlah kau Nad!" Kata Harris lalu dia menolak bahu Nad kuat. Nadrah ketawa geli hati.

"Okay okay tak jadi dah.. hahah!!" Gelak Nadrah kuat. Baim tiba tiba mengangkat punggungnya sedikit dan...

Prapp Prapp Prapp....

Beserta bau yang agak tidak menyenangkan.

"Bodoh tak guna Ibrahim kentut gila!!!" Jerit Nadrah kuat lalu mengambil beg baim yang berada berdekatannya lalu di baling kuat kepada Baim. Baim ketawa. Harris menutup hidungnya dan Farah yang dari tadi hanya memerhati menggelengkan kepala sambil memandang ke arah yang lain.

Baim kemudian ketawa kuat.

"Nad selalu setia menghidu bau kentut aku." Kata Baim lalu ketawa.

"Kepala otak kau! Bau kentut macam bangkai kata aku setia bau kentut kau. Blah lah Baim!!!" Kata Nadrah. Baim ketawa kuat. Seronok dapat mengenakan rakan perempuannya Nad.

Tiba tiba sebuah motor berhenti dihadapan pondok dimana mereka berempat duduk.

Iqbal dan Shah membuka helmet mereka.

"Mr. Mamak jom! Lapar lah!" Ajak Iqbal. Nadrah mengeluarkan kunci kereta Axianya. Harris dan Baim bangun membetulkan baju mereka.

"Aku tak masyuk lah..." kata Harris. Tapi Iqbal dan Shah hanya diam malas layan.

"Aku payung." Kata aku selamba lalu membuka pintu kereta. Harris tersengih.

"Takkan payung Harris je gila?" Tanya Baim. Nadrah buat muka. Lidah di jelirkan sambil menjulingkan mata.

"Bodoh punya pendek." Kutuk Baim. Nadrah menjegilkan mata.

"Eh diamlah keding!!" Jerit Nadrah.

"Farah jom gerak." Ajak Nadrah.

"Naik motorlah cepat sikit." Kata Farah. Nadrah memandang Harris. Harris buat muka. Pintu kereta ditutup lalu di kunci semula.

"Driver pergi ambil motor sekarang!" Arah Nadrah selamba lalu ketawa kecil. Dia menghampiri Shah yang sedang duduk di atas motor miliknya. Harris buat muka sambil berjalan ke arah motornya yang di parking tidak jauh dari kedudukan mereka.

"Asal tak balas whatsapp?" Tanya Nadrah pada Shah. Shah tersenyum kecil.

"Whatsapp tamat tempoh." Kata Shah. Nadrah buat muka.

"Rindulahh..." kata Nadrah selamba lalu dia ketawa kecil. Shah tersenyum sambil pandang tempat lain. Wajahnya sedikit kemerahan.

"Fuyohh..." kacau Iqbal. Shah menyiku Iqbal yang duduk di belakangnya. Nadrah ketawa lagi sekali sebelum membonceng Harris.

"Kau jangan nak bawa macam orang gila ya!" Kata Nadrah lalu mencubit Harris dengan kuat.

"Aduhhh sakit lah gila!!" Kata harris.

"Kesah apa aku!" Kata Nadrah selamba.

Farah membonceng motor baim yang di namakan Janna Nick. Sepanjang perjalanan mereka ke Mr. Mamak Baim tak habis habis bercerita tentang Janna Nick miliknya itu.

"Weh hansome kan aku?" Kata Baim tiba tiba sebaik sahaja mereka duduk di salah satu meja yang kosong.

Nadrah buat muka Baim, Shah dan Harris ketawa.

"Handsome sangat Baim." Kata Farah lalu ketawa.

"Kejadah Handsome." Kutuk Nadrah pula.

Shah yang duduk di sebelah Harris pada mulanya menukar tempat duduk. Kerana Harris yang merokok. Dia duduk di sebelah Nadrah.

"Shah! Nak tau tak! Aku baru beli make up!!" Kata Nadrah teruja. Dia dan Shah sekarang ini rapat. Mereka selalu berwhatsapp dan setiap masa asyik berkepit.

"Membazirlah.." kata Shah perlahan. Shah yang sikapnya agak
Pemalu bercakap perlahan sahaja malu mungkin kerana banyak rahsia yang dia dan Nadrah sembunyikan daripada rakan rakan mereka yang lain.

"Tapi lawa..." kata Nadrah separuh ceria separuh sedih.

"Tak payah beli lagi lain kali." Kata Shah.

"Nanti kalau habis?" Tanya Nadrah. Dia yang kasar menjadi agak manja dengan Shah. Betullah perempuan dan lelaki tidak boleh menjadi rakan baik kerana pasti salah seorang akan jatuh cinta dan Nadrah yang dahulunya berhati batu mula jatuh cinta kepada Shah.

"Tak payah beli. Lagi cantik kalau tak make up." Kata Shah lalu mengambil surat khabar yang berada di hadapan dia. Nadrah tersenyum sedikit sebelum buat muka. Paha Shah di cubit kuat. Shah menepis tangan Nadrah kerana sakit.

"Sakitlah!" Kata Shah. Nadrah buat muka.

"Kisah." Kata Nadrah lalu memandang Harris dan Farah yang sedang ketawa.

"Sembang apa do korang tak ajak!" Kata Nadrah lantang.

"Tak ajak, kau yang sibuk dengan Shah!" Kata Harris. Nadrah menyepak kaki Harris di bawah meja dengan kuat sambil menjegilkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience