Sambil hentak hujung tumit kasut antara satu sama lain sewaktu duduk melunjurkan kaki sepanjang koridor tu, Sera dongak meneliti bangunan mewah itu.
Hebat sungguh arkitek ni kan.
Entah macam mana dia orang boleh bina infrastruktur yang complicated dan berbelit seperti ini?
Berbelit sana sini batu bata di sini. Dah macam toncang pun ada.
"Cik Serafina..?" panggil seorang staf wanita di depan pintu bilik.
Kepala Sera tersentak dari dongak lalu bangun berdiri dari situ. "Ya saya.."sambutnya.
"Silakan..."staf wanita itu dengan hormat memberi Sera laluan untuk masuk ke bilik tersebut.
"Baik."sambut Sera bersama senyuman mesra di bibir. Dia jalan mendabik dada dengan yakin semasa gerak ke arah pintu itu dan terus masuk ke dalam ruangan seakan bilik mesyuarat.
Di dalam ruang itu terdapa sebuah meja berbentuk bujur yang berkilat warna mahogany, dan di kelilingi dengan kerusi hitam.
Sekeliling bilik itu terdiri daripada dua penjuru dinding berkaca gergasi yang memaparkan pemandangan keluar tingkat 25 itu.
Dan di depan cermin kaca itu berdirinya seorang lelaki bersut sedang tunduk meneliti helaian kertas yang diyakini adalah resume milik Sera di tangannya.
"Tuan...calonnya sudah tiba."maklum staf wanita di sebelah Sera.
Sera pandang ke belakang badan tu dengan kepala terlentok sedikit kerana ingin tahu, macam pernah kenal je?
"Terima kasih...kamu boleh keluar..."paling lelaki tu sambil berkata.
Staf wanita itu beri tunduk minta diri lalu tinggalkan mereka berdua sendirian dalam ruangan tersebut.
Bertemu saja mata dengan muka, Sera yang pandang terpelecok hendak terjatuh di situ kerana terkejut.
Oh!
My!
Goodness!
"Long time no see Sera?Ingat aku lagi?"senyum lelaki tu dengan handsome sekali.
What the heck!
"Aiden?"sebut Sera di balik nafas terkejutnya.
"Tuan Aiden spesifically...Im the CEO of this company.."ujar Aiden.
Mata Sera mengerenyet. Pergh! Musuh azali dia dah jadi CEO!Fuhlamak! Hebat!
"Ni company kau?"tanya Sera dumbfounded.
Perlahan-lahan Aiden jalan dekati Sera. Sambil dia dekati Sera, sambil itu dia tilik Sera dari atas ke bawah. Makin meningkat usia, semakin menarik Sera kelihatan.
"Family, tapi aku leadnya."
Mata Sera pandang Aiden dari atas ke bawah dengan kagum. Sejak bila pembuli zaman akademinya boleh berubah begitu bergaya sekali?
"You know..this is so awkward right?"Sera undur ke belakang kerana rasa pelik sikit dengan pertemuan mengejut mereka ni.
Aiden tak berhenti dari dekati Sera. Dia jalan dan jalan sehingga la merapat ke Sera. Tapi setiap kali dia berbuat begitu, Sera undur ke belakang."Apa yang janggalnya?Ke kau masih teringat apa yang berlaku masa kita dekat akademi dulu?"pandang dia ke Sera tanpa teralih.
Sera buat muka. Okay!Dude!Hold your horse! Dah kenapa nak dekat-dekat ni! Berdiri dekat situ pun sudah la. "Ah..yes and no. Firstly, aku still tak rasa serba salah atas apa saja perbuatan aku dekat kau, second...awkward sebab tak biasa..kau senior aku kot..rasanya?" dia undur sedikit nak tinggalkan jarak semeter antara mereka, tapi Aiden sepertinya mahu rapatkan jurang mereka itu.
Aiden berdiri lepas tu bila Sera sepertinya mahu tinggalkan jarak antara mereka. "Memandangkan kau datang atas urusan kerja. Apa kata kita gunakan formaliti dan straight to the point."
Urusan kerja? Ha! No. Itu sebelum dia tahu Aiden adalah CEO company ni. Now...rasanya tak apa kot. Better dia cari tempat lain je!
"Silakan duduk cik Sera."Aiden tarik kerusi untuk Sera.
Terus Sera angkat tangan dan lambai tanda tak mahu. "Its okay...rasanya tak jadi kot nak interview sini....I think I should go.."lalu dia tunjuk ibu jari ke belakang bahunya. Ha-ha..dia patut pergi dari situ awal-awal lagi. Bukan buang masa dekat sini.
Aiden perhatikan Sera masa Sera nak gerak keluar dari situ. "Kalau saya kata saya dah maafkan kamu dan lupakan apa yang berlaku antara kita, adakah kamu sudi untuk teruskan interview ni?"cadangnya dengan nada sofistikatednya.
Sera yang baru saja toleh ke belakang kembali berpaling ke Aiden dengan kening terangkat tinggi.
"You do?"soal Sera dengan nada ingin tahu.
Respon itu membuatkan Aiden tersenyum lega. "Jemput la duduk dulu..."ajunya sekali lagi.
Mata Sera gerak ke kerusi yang ditarik Aiden lalu ke muka matang Aiden. Rasa dilema buatkan Sera berdiri dekat situ macam patung gara-gara nak buat pertimbangan.
"Silakan duduk Sera..."aju Aiden sekali lagi.
Dan kali ini, lelaki itu sudahpun berdiri di sisi Sera tanpa Sera sedar.
Menahan nafas terkejut Sera dibuatnya. Dia pandang Aiden dengan mata terbutang. Dia tertanya-tanya sejak bila pulak Aiden gerak ke dia?
"Betul ni?Kau cakap macam ni bukan nak kenakan aku balik kan?"soal Sera dengan curiga.
Aiden berdengus kecil sambil tersenyum. "Dulu ke sekarang, perangai kamu tak pernah berubah ya?"belakang badan Sera di pegang Aiden lalu dia tolak Sera ke kerusi kosong tadi dan dudukkan Sera di situ.
Sambil pandang curiga je Aiden, Mahu tak mahu, Sera turutkan saja. Yalah, dari awal lagi dia perlukan pekerjaan demi mendapatkan wang, jadi kenala dia cari kerja lebih.
"So apa yang berlaku?Kenapa anak kepada pemilik akademi berkemampuan mohon kerja sedangkan bercita-cita menjadi trainer kendo?"soal Aiden setelah mereka berdua duduk.
Sera jungkitkan kening sebelah kiri sewaktu beri renungan judging pada Aiden. "Perli ke apa ni?"
Aiden ketawa kecil lagi sambil bawa tangan ke mulut.
Sera buat muka lalu lepaskan hela nafas pendek. "I just to make a living by my own..saya tak nak bergantung harap pada parents sendiri. Sebab tu saya cari kerja..."
"Of course..semua orang nak bina hidup sendiri. Kalau itu yang kamu perlukan, saya ada kekosongan jawatan dalam syarikat ini dan saya rasa ianya sesuai untuk kamu, Sera." ujar Aiden.
Mata Sera terus terbutang kaku sewaktu bertentang mata dengan Aiden. "Macam tu je?"soalnya dengan mata terbutang kaku. Baik betul Aiden ni.
Aiden angguk kepala. "Menurut resume di sini, kamu sememangnya bijak, jadi tak dinafikan kamu boleh bantu saya dan syarikat ni nanti."
"Jawatan apa?"
"Marketing And Strategies Executive Chief. Sampai sekarang saya sedang cari seseorang yang boleh lead team saya. Tapi belum ditemui sehingga sekarang.."jawab Aiden dengan nada formalnya.
Sera mendiamkan diri buat seketika.
Aiden ikut perhatikan wajah termenung Sera. "Jangan risau. Saya tolong mana yang patut sekira kamu perlukannya. Dan tiada paksaan untuk kamu terima tugas ni."katanya sambil tu.
"Okay. Saya terima."setuju Sera setelah itu.
Aiden tarik senyum senang. "Kalau macam tu saya akan arahakan pihak admin untuk siapkan kontrak kerja dan aturan company dan emailkan kepada kamu serta merta."
Sera masih berasa was-was. "Nanti lepas saya kerja dekat sini, bos ke tuan ke apa saya nak panggil ni takkan buli saya kan?"
"Kita dah dewasa Sera, dan saya bukan budak tak.matang seperti di akademi hari tu. Lagipun dah empat tahun berlalu sejak kejadian tu berlaku, saya dah tak ambil kisah."jelas Aiden dengan jujur. Sungguh! Dia memang dah tak fikirkannya. Tapi teringat tu ya. Teringat yang dulu dia di pukul Sera dan di kerjakan dengan Sera. Dan Sera lakukannya bukan saja-saja, tapi sebah salahnya sendiri. Setelah muhasabah diri, Aiden insaf dah berjanji pada diri sendiri untuk jadi lebih baik.
"Kalau macam okay."setuju Sera. Mungkin Aiden berkata benar. Kalau lelaki ni buli dia, apa susahnya. Dia balas la balik!
Aiden tarik senyuman lebar lalu hulurkan tangan. "Selamat datang...cik Sera. Kamu boleh panggil saya Tuan Aiden atau CEO di masa depan kelak."
Sera pandang tangan tu buat beberapa ketika lantas balas huluran itu dan masukkan tangannya ke tangan besar Aiden.
"Terima kasih jugak kerana menerima saya." ucap Sera sambil tu.
Aiden ramas tangan Sera dengan erat dari balik jabatan tangan itu.
Share this novel