Part 18 : Orang Upahan

Other Completed 8719

Knock!

Knock!

"Sera?Kamu ada dalam bilik?"

Knock!

Knock!

Terjaga lena tu bila suara dan ketukan pintu kedengaran berselang seli. Elok kepala tu baring di atas dada, terus tersentak.

Dalam keadaan mamai, Sera buka mata dengan susah payah.

Knock!

Knock!

"Sera?"

Bila matanya terbuka sepenuhnya, perkara pertama yang disapanya ialah muka tu. Ingatkan poster mana yang sesat, sekali tu orang rupanya.

"What the-"sebut Sera sebelum tangan dia dibawa ke depan mulut kerana terkejut.

"Sera...nenek ni?Kamu ada di dalam kan?"

Kepala Sera berpaling ke arah pintu dalam keadaan cuak. Sh*t! Pintu kunci tak tu? Macam mana Dylan boleh ada sekali dekat sini? Dah macam creepy pulak Dylan ni sebab pandang dia semacam?!

"Ya nek..Sera ada dekat sini.."laung Sera semasa mahu bangun dari perbaringannya. Namun bahu dia di tolak semula baring ke bantal.

"Oh...bagus ka kalau macam tu...semua orang dah bangun. Kamu nanti turun la sekali sarapan?"

Dia tolak dada Dylan dengan kening berkerut supaya lelaki tu bangun dari situ, tapi lelaki itu langsung tidak mahu bergerak dari kedudukan baring mengiring menghadapnya.

"Okay!"sahut Sera sambil menjegil mata geram ke Dylan.

Sikit pun tak takut, Dylan hanya senyum menyakat ke Sera. Dia tunduk membenamkan kepala ke ceruk leher Sera.

Terasa je nafas hangat Dylan di kulit lehernya, Sera terus berhenti bergerak. Membatu dia dekat situ cuba untuk proses apa yang sedang berlaku. Sedaya upaya dia ingat kembali apa yang dah berlaku malam tadi.

"Kau kena bertanggungjawab dekat aku Sera." bisik Dylan dekat leher tu.

What?

"Bertanggungjawab?"soal Sera dengan muka tak percaya di balik pelukan Dylan. Tangannya hanya berada di atas bantal tu, tak sentuh Dylan pun."Untuk apa?"

Dengan laju, Dylan angkat kepala dari leher Sera lalu tatap wajah Sera dengan kening berkerut.

"Kau lupa apa yang terjadi malam tadi?"

Kening Sera mencerlung tajam. "Apa yang berlaku malam tadi?"Serius?Apa berlaku malam tadi?!

Dylan buat-buat muka terkejut. "Kau betul-betul tak ingat apa yang berlaku malam tadi?" dia rancang nak kenakan Sera.

Mata Sera gerak memandang pakaian Dylan. Yes. Lelaki ni masih berbaju. Lalu dia jeling ke dirinya sendiri. Good. Dia jugak masih berpakaian. So? "Apa maksud kau? Dah la..bangun dari aku sekarang..berat tahu tak kau ni!"kaki Sera naik menendang udara sewaktu cuba alihkan Dylan darinya.

"Oh my god.."Dylan buat muka dramatik dia kemudiannya. "Sampai hati kau lupa?Kau sendiri semalam cakap dengan aku...kau lupa?" tanya Dylan yang sikit pun tak berganjak dari Sera. Dia belum mahu lepaskan Sera. Kalau boleh dia nak berkepit dengan Sera satu hari ni.

"Kau apahal?Gila ke?Jangan nak buat hal! Apa kata orang kalau dia orang tahu kita sebilik.."desis Sera dengan bengang. "Bangun sekarang.."tepi lengan tu di pukulnya.

"Aku gila? Kau sendiri yang cakap dengan aku malam tadi, kau sukakan aku la...kau rindukan aku la...merayu dekat akunjangan tinggalkan kau la..."reka Dylan dengan meyakinkan sekali. "Malah kau siap setuju lagi untuk kahwin dengan aku lagi tu.." Dylan pegang tangan kanan Sera yang bercincin lalu di bawa ke depan muka Sera. "See...ini buktinya.."

Sera buat muka 'what the hell' lepas nampak cincin belian dekat jari manisnya itu. What?Sejak bila?Dia cakap macam tu pada Dylan?Mabuk ke dia malam tadi?Sumpah!Dia tak ingat apa-apa? Lagi satu kenapa dia bercakap dengan Dylan! Urgh!

"Kau cakap dengan aku, kau tak nak berpisah dengan aku...kita kissing sampai tertidur...kau lupa semua tu?"reka Dylan lagi bila nampak reaksi Sera.

Dengan renungan 'buang tebiat' Sera pandang Dylan dan cincin di jarinya silih ganti. Asal cincin ni nampak familiar?

"Beritahu aku..ini semua game kau kan?" soalnya dengan curiga.

Dylan topang pipi dengan tangan kanan sebelah lagi sedang peluk bawah ketiak kiri Sera. "Apa maksud kau?"

"Ini.."Sera tunjuk cincin dekat jari dia. Cincin sama yang Kaito tunjuk dekat dia masa beli cincin tiga hari lepas.

Mata Dylan pandang tangan Sera lalu di kucupnya dengan laju. "Mana ada game.."

"Better kau beritahu aku atau aku takkan bercakap dengan kau sampai bila-bila Dylan!"ketap Sera dengan kening berkerut tak puas hatinya. "Kenapa aku ada cincin yamg sama macam Kaito belikan untuk ibu dia?"

Tersengih handsome Dylan lepas dengar nama tu. Well..nampaknya Sera dah sedar. Buat apa dia simpan lagi. "Sebab aku yang suruh dia belikannya untuk kau.."

WHAT!

THE!

F*CK!

"Apa?"soal Sera dengan muka tergamam dia.

Dylan angguk kepala. "Kau tak pelik ke kenapa selama ni, Kaito selalu ada bila ada lelaki cuba try kau? Kau tak pelik ke kenapa aku boleh tahu macam-macam pasal kau sedangkan aku tak berada dekat dengan kau selama ni?Dan kau tak pelik ke bila tiba-tiba je Kaito ajak kau beli cincin?"tanya dia sambil usap belakang badan Sera dengan tangan kirinya sewaktu memandang muka bangun tidur tu dengan hati berbunga-bunga.

Mulut Sera terbuka sedikit kerana tergamam!
Tak mungkin! Dia pandang Dylan dengan kening mencerlung. Tak kungkin Dylan maksudkan semua ni!

Sambil ketawa kecil, Dylan jatuhkan kepalanya ke dalam ceruk Sera lalu mengeratkan pelukannya pada badan tu.

"Dia adalah pembantu company ayah aku yang aku upah untuk tengok-tengokkan kau selama ni Sera." lafaznya dengan mata terpejam. Rasa mengantuk sebab tak dapat tidur kerana tengok Sera tidur sepanjang malam tadi. Bukan jadi creepy atau pervert, cuma dia tak berani nak pejam mata, takut Sera akan pergi tinggalkan dia. Sebab itu la.

Sera menahan nafas terkejut dia lepas dengar. Jadi sebab itu la Kaito tak habis-habis dekati dia bila ada yang cuba lafazkan perasaan suka pada dia, terutama di kalangan trainer lain?

"Kenapa kau buat macam tu kalau kau dah tinggalkan aku?"tanya Sera lepas tu.

"Sebab aku risaukan kau...salah kau jugak sebab tak nak cuba cari aku...aku ingatkan kau memang dah lupakan aku setahun sebelum tu, jadi aku hantar Kaito setahun kemudian untuk tengok-tengokkan kau sementara aku belum balik ke sini.."

Sera lepaskan nafas tak percaya dia lepas dengar. Matanya termenung memandang siling bilik tu. Hebat betul! Jadi selama ni Dylan tahu segalanya mengenai dia, tapi dia sikit pun tak tahu mengenai Dylan.

Dasar si tenuk tak guna!

"Aku bencikan kau Dylan!"lafaznya sambil mengetap gigi menahan sabar. "Mana cincin tu. Aku nak tanggalkannya!"Sera cuba keluarkan tangan dia dari pelukan Dylan.

Dylan angkat kepala lalu pandang cuak ke Sera. "Buat apa...kau sendiri setuju kan.."

"Kepala kau setuju...bila masanya!Tak ada dalam ingatan aku yang mengatakan aku setuju!"gelut Sera.

Dylan pegang tangan Sera nak halang Sera daro tanggalkan cincin tu. "Malam tadi...kau je yang buat-buat pup. Kau siap janji lagi kau takkan tinggalkan aku.."

"Kalau macam aku yang gila sebab cakap macam tu!Lepaskan aku la!Kau bangun dari aku sekarang!"gelutnya.

Dylan ketawa lalu hempap Sera dan peluk Sera dengan erat lagi. "Jangan la marahkan aku lagi."

"Go To Hell!" sebut Sera dengan benci. Dia mengerang keras sewaktu cuba tolak badan yang seperti kayu balak itu. Beratnya ya ampun! Nak jerit tak boleh tak jerit dia yang bengang!

Dylan ketawa lalu berkata. "I love you..." telinga Sera di ciumnya dengan senyuman di bibir.

Hela nafas lepas dari bibirnya setelah itu.

Urghhh!

Dylan Thomas!

This man just gonna be pain in the ass!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience