DING!
Bersama langkah yang berat, Sera keluar dari pintu lif dengan kepala tertunduk ke bawah. Tiada lagi tenaga kerana saat ini seluruh badannya menjadi lenguh kerana terlalu terkejut setelah bertemu dengan Dylan tadi.
Sumpah, urat saraf dia dah macam jeli pun ada rasanya. Lenguh longlai semuanya. Impak bertemu dengan Dylan ni betul-betul memakan dirinya.
Dylan tu pun satu, kenapa la muncul mengejut macam ni!
Dia tak sedia lagi tau tak!
Sedih betul la macam ni!
Nak menangis pun ada.
Tipu la kalau tak sedih bila orang yang selalu muncul depan mata hilang tak berkhabar macam tu je. Orang lain tak Nampak, tapi sejujurnya, dia menangis malam pada hari dia dimaklumkan Dylan dah pindah dari sini kerana sambung belajar ke tempat lain.
Mental breakdown dia selama beberapa bulan tu. Sepanjang tempoh tu, dia menangis tanpa sedar. Tapi lepas tu dia move on sendiri dengan sibukkan diri melatih anak-anak kecil yang datang ke akademi ayahnya. Sehingga la kini
Semuanya rosak gara-gara kemunculan si tenuk tu!
Setiba di depan pintu apartmentnya, Sera selak penutup pad kunci keselamatan pintu dengan lemah lalu di tekan nombor keselamatan padanya. Sesaat kemudian, bunyi klik kedengaran dan dia tolak pintu itu ke dalam.
Namun baru saja dia jejak kaki kanan ke dalam, Sera tiba-tiba jadi kaku dekat situ bila ternampak ada sepasang kasut lelaki tergeletak dekat depan laluan masuk.
Bersama kening berkerut kehairanan, Sera angkat kepala dia dari pandang kasut tu ke depannya. Siapa pulak yang masuk ke rumah ni?Seingat dia, tak pernah pulak Savannah benarkan mana-mana lelaki masuk ke rumah ni, apa lagi dia. Kecuali la....
Jadi awas dengan persekitarannya, Sera capai benda pertama yang dia nampak dekat depan pintu tu. Iaitu sebuah payung warna merah polka dot putih padanya.
Senyap-senyap, Sera pun jalan masuk ke dalam bersama payung di tangan.
Mula-mula Sera jengah kepala ke kirinya, cuba kesan dimana keberadaan orang asing a.k.a penceroboh berada. Bila firasat dia beritahu yang penceroboh tiada di situ, Sera gerak hendak palingkan kepala ke kanan pula.
Dan masa itu la seseorang muncul dari dapur, iaitu arah kanan Sera dan berdiri di situ.
Bila Sera pandang ke kanan, Sera ternampak kelibat orang tu lalu melompat kecil kerana terkejut sebelum berdiri dekat situ dumbfounded dan tangan yang memegang payung pun jatuh ke sisi tiada tenaga.
Serius?
Please someone help her!
Cukup-cukup la!
Berhenti buat dia terperanjat.
Lemah semangat dia lama-lama macam ni!
"Caleb....kau rupanya. Ingatkan siapa tadi." hela Sera dengan nada letih dia. Haih...Savannah ni kan... asal la tak beritahu dia yang adik sepupunya ni nak ke sini. Mujur la dia tak belasah anak orang ni. Kalau tak keluar la berita, anak muda masuk hospital setelah di belasah separuh mati dengan payung. Kan viral tak pasal-pasal!
Tersengih lelaki dengan aiskrim cone di tangan itu pada Sera. "Sorry...Senior baru balik ke? Savannah beritahu tak saya akan ke sini?" tanya Caleb 19, sepupu Savannah.
Lalu Sera sandarkan payung ke tepi sofa depannya sebelum gerak mengambil tempat di situ untuk berehat. Penat betul!"Memangnya kalau Savy beritahu aku yang kau nak datang, tak adanya aku terperanjat macam tadi.." jawabnya dengan nada malas.
Ingat pada pelajar lelaki yang dulu pernah confess perasaan suka dia pada Sera lepas saksikan persembahan Sera di hospital dulu?Orang yang telah viralkan video Sera satu akademi?Nah...ini la lelaki tu sekarang, Dia la sepupu Savannah dan anak buah kepada Dekan, Caleb Emery nama di beri.
Lalu Caleb gerak ke sofa dimana Sera sudahpun duduk bersandar dengan kepala dongak ke siling itu, sebelum dia ambil tempat di sebelah Sera.
"Sorry kalau macam tu.."ucap Caleb sambil perhatikan Sera.
Sera pejam mata dia untuk rehatkan badan dia yang dalam keadaan terkejut dan otak dia yang sedang berdenyut sakit sebab stress tanpa hiraukan akan kehadiran Caleb di situ. Budak lelaki ni bukannya sekali dua datang ke sini. Dah banyak kali. Dan Caleb adalah satu-satunya lelaki yang boleh jejak kaki dalam apartment dengan kebenaran Savannah sendiri. Orang lain...nah..
Dah biasa.
Kadang-kadang Caleb ada datang ke sini untuk bertemu dengan Savannah paling tak pun bermalam di sini semasa cuti hujung minggu. Kali ni entah apa la tujuan Budak ni datang!
Caleb topangkan kepala dia dengan lengannya yang di letakkan pada sofa tu memandang Sera. Sambil dia makan aiskrim, matanya menatap wajah Sera dengan minat. Wajah yang dah buatkan hati dia terikat untuk suka pada wanita di depannya. Sekelip mata je masa berlalu, pejam celik je dah tiga tahun rupanya dia ada crush pada Sera. Dan sehingga kini dia tetap suka tanpa berkurang sikit pun perasaan ni.
"Senior okay?"tanya dia tak lama lepas tu.
Sera hanya mendiamkan diri. Malas nak bercakap. Nanti kalau di hadap, makin menjadi-jadi je.
Melihatkan Sera buat tak hiraukan dia, senyuman nakal terukir di bibir Caleb tak lama lepas tu. Caleb letakkan aiskrim di bibirnya buat beberapa saat sehingga dia rasa kebas. Setelah itu baru dia jilat sisa aiskrim dari bibirnya. Dan tanpa amaran, Caleb kemudiannya sondong ke tepi dan bibirnya yang sejuk itu di bawa dekat ke pipi Sera.
Chup!
Terus terbuka mata Sera sebaik dia merasakan sesuatu yang sejuk hinggap pada pipinya. Dengan laju Sera bangun dan ngesot ke tepi sambil
pegang bekas ciuman tadi. Dengan mata terbutang luas, dia pandang tak percaya ke Caleb.
"What the hell?"soalnya.
Caleb buat muka goofy sambil tayang gigi. "Well it work at least..."ujarnya dengan bersahaja sebelum gigit aiskrimnya lalu duduk bersila sebelah kaki menghadap Sera atas sofa tu.
Sera berkerut kening tak puas hati sejurus itu.
Hish!
Budak ni kan!
Nak kena lempang agaknya.
Tahu tak dia tak ada mood sekarang ni.
Boleh pulak nak buat hal!
Sia-sia je hidup dengan muka handsome tu baru tahu.
"Kau buat lagi, aku ikat kau, pastu gantung terbalik dekat luar beranda baru tahu!!" tunding Sera ke slidding door dekat depannya.
Caleb hanya ketawa comel. "Alah...Senior cakap je tapi tak buat pun..."agahnya tidak takut dengan sikap serius Sera. Kalau orang lain maybe, kalau dia makin Sera serius, makin galak dia nak buat perangai. Sebab dengan itu je Sera boleh beri perhatian lebih pada dia. Cakap la Caleb ni apa, apa dia tahu, dia nak Sera sedar yang dia ni ada dan wujud depan Sera. Bukan macam orang lain, ramai je lelaki usha Sera masa dekat akademi dulu, tapi seorang pun tak di layan, Malah tak dihiraukan lagi tu.
Sera menjuling mata menyampah. .Memang la. Nama pun anak saudara dekan, sepupunya Savannah, Takkan la dia nak pedaajal anak orang tanpa sebab. "Aku serius ni...kau jangan cabar aku."ketapnya.
Caleb hanya tersenyum sambil buat muka innocent dia. "Senior tahu saya cuti semester kali ni?"dalihnya.
So?
"Apa kaitannya dengan aku?"Sera pandang pelik.
"So...itu bermakna saya akan tumpang di sini sehingga cuti semester berakhir. Kakak Savannah sendiri yang cadangkan."ujar Caleb sambil buat muka comel.
What!
Tumpang sini?!
Sera yang dengar dah merinding geram. Menganggu ketenteraman betul. Memangnya tak ada rumah ke nak balik, sini jugak nak menyemak. "Parents kau macam mana?"
Caleb jungkit bahu sambil buat muka tak kisah. "Entah...mungkin dekat Europe paling tak pun dekat Mesir sana...depends angin dia orang nak melancong ke mana...jadi kakak Savannah beritahu saya tak perlu sewa atau pindah ke mana-mana sementara cuti dua bulan ni..itu saya ke sini."
Sera tepuk dahi dengan tangan hilang semangat.
Oh gosh!
Apa lagi la dia kena hadapkan lepas ni!
Tak Seira,
Anak orang ni
Itu belum lagi Si tenuk yang tak habis-habis munculkan diri.
Kenapa dia tak boleh nak rasa lapang dan sendirian buat seketika?
Anti betul ya semua orang bila tengok dia sendirian?
Urgh!
Share this novel