"Wah...wanginya bau...sampai ke bilik air saya boleh hidu...senior Sera masak apa?"muncul Caleb sambil kuak rambut basahnya dengan jari semasa dekati dapur.
Sera yang sedang berdiri depan dapur palingkan kepala ke balik bahu buat seketika lalu kembali memandang masakannya. "Savannah dah balik belum?"tanya dia sambil tu.
Caleb berdiri sebelah Sera lalu perhatikan Sera sibuk memadak dengan senyuman lebar di bibir. Suka la dia bila tengok wanita memasak. Nampak seksi! "Baru je...senior masak ni ada something special ke?"soal dia sambil pandang tepi muka Sera. Anak rambut yang jatuh dekat sekitar tepi telinga dan leher di pandangnya dengan minat.
Sambil mengacau masakan dalam kuali, Sera berkata. "Perlu ke sebab kalau aku nak masak?" balas dia.
Dengan bersahaja, Caleb selak anak rambut yang tergantung depan mata Sera ke belakang telinga tu. "Saja...mana la tahu kan.."
Sera pun palingkan kepala ke Caleb. Did this boys know something? Smell fishy here. "Kau dengar something dari Savannah ke?"
Caleb topangkan tangan pada kaunter dapur sementara sebelah lagi cekak pinggang sambil hadapkan badannya ke Sera. "Ada sesuatu yang saya kena tahu ke?"soal dia pula.
Mata Sera dikecilkan sewaktu dia pandang curiga. Huh...budak ni tahu something. Obviously! Tak dari Savannah mesti dari Dylan. "Better kau beritahu aku...apa yang kau sembunyikan hah...aku dapat rasakan sesuatu tak kena dengan aura sekeliling kau ni.."Sera gunakan sudip kayu di tangannya untuk diacukan depan muka Caleb.
Sambil buat muka tak tahu apa-apa, Caleb tolak tangan yang bersudip tu jauh dari muka dia. Tapi Sera acukan semula sudip tu ke mukanya.
"Chill la...bukan benda serius pun. Saya hanya dapat tahu yang Senior Sera dah get back dengan Senior Dylan dan mahu balas balik apa yang Senior Aiden dah lakukan pada Senior Noah."luahnya. Savannah beritahu dia siang tadi lepas Sera keluar kerja awal pagi. Nak buat macam mana, perabgai nosy dia ni tak boleh duduk diam kalau apa-apa melibatkan Sera. No matter la kecil ke besar perkara tu, dia kena tahu jugak.
Sera berdengus menyampah sambil jeling ke Caleb. "Penyibuk. Kau tak payah sibuk hal aku. Kau belajar je elok-elok situ."dia kembali menyambung masak setelah itu.
"Saya bukan menyibuk. Cuma risaukan senior je. Saya kenal senior Aiden tu macam mana...dari tahun pertama sehingga la sekarang, cerita mengenai dia tak pernah lekang di bibir student akademi kita tu..."jelas Caleb dengan nada perlahan.
Sera yang pandang masakannya termenung sewaktu menggoreng daging stiknya.
"Macam mana kalau dia tahu rancang senior..tak ke senior dalam bahaya...?"kata Caleb lagi. Jelas dekat wajah itu yang dia sedang kerisauan. "Saya tak boleh nak fikir apa-apa kalau hal tu terjadi...sebab saya tak nak something yang buruk menimpa senior."
Suis dapur api itu di matikan Sera, lalu dia capai pinggan untuk letakkan daging yang siap di masak medium rare ke dalamnya.
"Tahu la aku nak jaga diri aku. Kau tak payah la risaukan aku. Risaukan je masa depan kau tu." ujarnya sambil tu.
Caleb tatap tepi muka Sera dengan renungan kasihnya. Dia tahu Sera bersama dengan Dylan. Tapi nak buat macam mana, perasaan suka dan sayang dia pada Sera semakin hari semakin menebal. Dia cuba hapuskan peranlsaannya, tapi dengan kehadiran Sera dalam hidup sehariannya semua itu amat sukar untuk di lakukannya.
Caleb cubit kain apron Sera semasa tunduk menarik muncung risaunya. Dia rentap perlahan kain apron tu lalu berkata."Sebab saya sayangkan Senior dan ambil berat perihal Senior la...orang lain tak peduli semua tu tapi saya ya...sebab itu la..saya nak senior hentikan semua ni sebelum senior terapa-apa."
Ihh..!Rimas betulla!Sera lepaskan keluhan letih. Dia palingkan kepala lalu buat muka kesal pada Caleb. "Kau ni jenisnya tak faham bahasa atau keras kepala huh?"
Caleb hanya diam tunduk memandang kain apron yang di cubitnya. Dia risau je.
"Aku tahu okay. Aku tahu semua risiko tu. Kau jangan risau la. Aku tahu apa aku buat. Lagipun tak lama mana pun. Dylan sendiri okay dengan rancangan aku ni..dah la. Dari kau merengek dekat aku macam ni baik kau sediakan meja makan."Sera berpaling dari situ untuk hadap ke kaunter top untuk letakkan hidangannya di situ.
Dengan muka tak puas hatinya, Caleb tetap.menurut akan arahan tu. "Baik."
Sera pandang ke belakang badan Caleb dengan kening berkerut serba salah sewaktu lelaki itu buka pintu kabinet dimana pinggan disimpan. Bukan sengaja dia cakap kasar dengan Caleb. Dia cuma tak nak Caleb terus menerus berharap pada dia. Sebab dia tak boleh balas perasaan Caleb. Jadi dia terpaksa bersikap acuh tak acuh dengan Caleb.
"Keluarkan empat pinggan ya.."pesan Sera sewaktu pandang tangan Caleb yang panjang tu dengan mudah capai keluar pinggan dari kabinet tersebut. Kalau dia siap kena guna bangku baru boleh sampai.
"Huh?"Caleb berpaling sambil keluarkan pinggan dari kabinet tu lalu di letakkan ke atas kaunter. "Empat?Kita cuma bertiga?" soalnya sewaktu pandang ke wanita bersanggul tinggi tu.
"Dylan akan join kita makan malam ni..." beritahu Sera sambil perhatikan reaksi Caleb. Obvious sangat la!
Caleb buat muka seakan cemburu lalu angguk kepala dan kembali dongak memandang pinggan di kabinet tu. "Okay.."balasnya.
Tepat semasa Sera beritahu, masa itu la bunyi loceng pintu kedengaran dari arah ruang depan.
Kepala Sera tersentak memandang ke arah pintu dapur tu."Hah...baru sebut dah datang." katanya.
Tak lama kemudian suara Savannah kedengaran lalu dua orang itu masuk ke dalam dapur.
Savannah dengan muka bersih tanpa solekan itu senyum ke Sera sebelum matanya jatuh ke hidangan yang ada di meja makan tu.
"Wahh...queen kita masak la hari ni?"kata Savannah sambil tarik kerusi lalu duduk selesakan diri di situ.
Sera menjuling mata menyampah lepas dengar komen tu. Queen?! Haih...tak habis-habis dengan gelaran tu.
Sementara Dylan dekati Sera dengan penampilan ringkasnya, iaitu hoodie dan sweatpant. "Smell good.."pujinya.
Sera pandang ke Dylan sehingga la lelaki itu peluk sebelah pinggangnya lalu beri kucupan pada tepi kepalanya sekejap.
"Tengok siapa yang masak la."balas Sera setelah itu.
Caleb dekati meja makan bersama pinggan makanan lalu di letakkan atas meja tu satu persatu. "Special event ke hari ni senior Dylan?Saya tanya Senior Sera...dia tak nak beritahu."tanya dia sambil tu.
Savannah capai pinggan dari Caleb masa adik sepupunya mahu letakkan ia di depannya. "Nothing special, Sera cuma nak discuss pelan seterus dia untuk dua bulan dari sekarang." jawabnya.
Dylan tolong Sera bawakan hidangan sewaktu Sera gerak ke peti sejuk untuk keluarkan jus oren yang dia buat sendiri guna buat oren tadi.
"Ha'ah...untuk dapat approvement dari saya." sambung Dylan sambil letakkan pinggan berisi scallop panggang dan daging stik di meja.
Caleb tarik kerusi lalu duduk dekat sebelah Savannah. "Boleh saya join sekali?" pandanganya ke Sera sambil henyak punggung di kerusi.
Sera kembali ke meja dengan jug kaca berisi jus oren di tangan yang mana disambut dengan Dylan lepas tu. "Boleh..dengar je. Jangan nak menyibuk. Budak-budak duduk diam. Biar orang dewasa yang buat kerja."ujarnya.
Caleb berdecit menyampah sambil buat muka. "Budak...budak. Saya 19 tahun okay. Dah kira dewasa.."
"Hmm..yalah dewasa la sangat, dengan mama kau sendiri pun masih mintak makan di suap." cebik Savannah.
"Hei!Mana ada!Mama yang nak suapkan aku la."bantah Caleb.
Dylan yang perhatikan hanya tersenyum. Biasa dah tengok dua orang ni bertekak untuk perkara simple. Kalau duduk berkumpul, Savnnah mesti nak jengkelkan Caleb. Lantas dia duduk dekat kerusi di situ. Baru saja dia hendak capai gelas kosong di tengah meja, satu sentuhan hinggap atas peha terasa. Hairan dengan hal itu, Dylan tunduk memandang ke bawah sebelum ternampak tangan kanan yang bercincin pada jari manis ada di ada pehanya. Dia pun pandang ke tuan punya tangan.
"Makan la...habiskan semuanya. Jangan tinggalkan sisa. Tak elok membazir.."arah Sera sambil suakan pinggan berisi salad kepada Savannah. Dan masa itu jugakla dia terasa sentuhan pada tangannya yang ada di atas peha Dylan.
Tak tersentak dengan sentuhan itu, dia pandang ke sisi lalu bertentangan mata dengan Dylan. "Nak makan apa?"tanya dia.
Dylan tarik senyuman nakal dia sewaktu pandang Sera. "Kau."sebutnya.
Sera pun ikut tarik sengih nakal di bibir. "Boleh...makan kaki dengan penampar. Nak?"ajunya dengan senyuman di bibir lalu bertukar menjadi ekspresi tak berminat. Pervert!
Dylan ketawa. "Ganas betul.."dia cengkam tangan Sera yang ada di pehanya lalu capai makanan yang ada di situ. Ini la yang dia nakkan selama ni. Semoga semuanya akan baik-baik saja dan mereka berdua bakal berakhir sama.
Share this novel