"Selamat pulang tuan Dylan"tunduk maid pada orang yang berjalan masuk ke dalam rumah agam itu Bersama seseorang di atas bahu.
"Beritahu semua orang saya tak nak di ganggu, dan jangan sesiapa berani-berani naik ke tingkat saya."tegas Dylan sambil dia berjalan.
Maid itu angguk kepala tanda faham tanpa berkata apa-apa. Dia terkejut, tapi siapa la dirinya untuk mempersoalkan tindak tanduk tuan mudanya ini.
"Tolong...dia culik saya...awak kena call polis...tak..awak kena call suruhanjaya pencegah jenayah" teriak Sera dengan terdesak sewaktu dia didukung atas bahu dengan Dylan. Nak melawan tak ada gunanya. Kaki dan tangan dia sudah terikat macam mangsa penculikan betul-betul!
Setelah daki tangga tanpa sebarang masalah, Dylan tiba di tingkat dua rumah agam itu lalu bawa Sera ke biliknya.
"Apa semua ni! Hah! Kau tahu tak salah di sisi undang-undang bawa orang pergi tanpa kerelaan dia. Tak belajar ke! Sia-sia sambung belajar dekat luar negara tapi undang-undang pun tak tahu!"bebel Sera semasa mereka berdua mula masuk ke dalam sebuah bilik. "Turunkan aku! Turunkan aku la!!!"
Tidak semena, Sera di campak ke atas katil dengan Dylan setelah itu.
"Argh!"jerit Sera kerana gayat dek di campak macam apa dekat atas katil tu. "Hish! Untung aku kena ikat. Kalau tak lama kau jadi lempeng dekat sini" Dalam keadaan terikat dia cuba bangunkan dirinya. Setelah Berjaya, dia cuba leraikan ikatan tali leher pada tangannya tu.
Dylan pandang menyampah lalu mencekak pinggang melepaskan hela nafas letih dia. Memang la dia kata dia akan berhenti kejar Sera. Yang bermakna dia takkan kejar lagi tapi paksa terus tanpa toleransi atau buang masa dengan menunggu Sera.
"Kau tak berhenti, selagi tu kau terikat macam ni Sera."tegas Dylan sewaktu perhatikan tangan Sera yang sudah kemerahan kerana tindakan Sera yang tidak henti-henti cuba leraikan ikatan tu. Lama-lama boleh melecet tangan tu.
Sera merenggus kasar lalu pandang bengang ke Dylan. Grrr!Dasar lelaki mental! "Memangnya aku akan bebas kalau aku tak melawan?Sama je!"marahnya.
"Tak cuba tak tahu"Dylan jungkit bahu.
Nafas Sera naik turun kerana berasa mengah dek menjerit dan bergelut sejak tadi. Yalah tu dia akan di bebaskan kalau tak melawan. Boleh percaya ke ni? Dia pandang Dylan dengan lama. Siap la kalau Dylan tipu dia. Lalu Sera lepaskan hela nafas mengalahnya. Okay...dia bagi kerjasama. Tapi kalau Dylan macam-macam dengan dia memang kena smack down lelaki ni.
"FIne."setuju Sera dengan marah.
Dylan pandang lega ke Sera bila dengar jawapannya lalu senyum tsrima.kasih.
"Kan bagus kalau sejak awal lagi kau tak melawan. Tak adanya aku ikat kau macam kena culik macam ni."Dylan gerak ke sebelah Sera lalu duduk di situ dengan rapat.
Bersama jelingan tak puas hatinya, Sera perhatikan saja tangan Dylan leraikan ikatan di tangan dan kakinya satu persatu. Terlerai saja tali tu, Sera terus bangun dari katil tu laju-laju. Nak jauhkan diri dari Dylan sebab lelaki depannya ini menakutkan dia.
"Apa kau nak?"tanya Sera sambil urut pergelangan tangan dia yang lenguh tu.
"Duduk sini"tepuk Dylan dekat tempat Sera duduk tadi.
Mata Sera gerak pandang ke tangan Dylan lalu menggeleng kepala. "Tak payah. Aku okay je berdiri dekat sini. Sekarang beritahu aku. Apa kau nak sampai bawak aku ke sini"kata dia sambil kerling sekeliling bilik yang mewah itu dengan takut.
Makin melonjak usia makin penakut dia dibuatnya.
Blazer dekat badan di tanggalkan Dylan lalu di letakkan dekat katil. "To talk."Dylan bangun dari katil tu lalu jalan dekati Sera.
Sera pandang langkah Dylan naik turun. "Kalau macam tu cakap je la. Buat apa sampai nak heret aku ke sini bagai."dia undur ke belakang sambil tu.
Dylan buka butang kemeja dia lalu lengan kemeja pula. "Sebab kau tak bagi aku pilihan untuk slow talk dengan kau. Kau dengan perangai keras kepala kau tu paksa aku buat macam ni. So here we are. At my own place. Kau nak jerit kau nak lari, aku tak kisah. I have my own privacy here."lantas lengan kemeja itu di lipat hingga ke siku.
Mata Sera membulat bila dia tengok gaya Dylan macam bersedia nak membelasah dia je. Please...dia tak pandai lawan judo dengan bekas commander trainer depannya ni. Tak sempat dia nak lempengkan Dylan, Dylan terlebih dahulu lempengkan dia.
"Apa kau cuba buat ni?"tanya Sera lepas perasan jarak mereka sekelip mata dah rapat. Sejak bila?
"Apa aku buat?"Dylan hulur tangan nak pegang tangan Sera, tapi Sera bawa tangan ke belakang badan.
"Ini."tunjuk Sera dengan mata dia mengenai jarak mereka yang semakin dekat. Huish! Dah kenapa pulak ni?Memulas terus perut dia dengan situasi ni. Air liur pulak tak henti-henti di telan dengan kesat sejak tadi.
Tak sabar lagi dengan keadaan ini, Dylan terus maju ke depan dan tolak Sera sandar ke
jendela biliknya yang tertutup dengan langsir putih di situ.
Terkedip mata Sera sebaik belakang badan dia tersandar kasar ke belakang dan Dylan berdiri rapat di depan mukanya. Apa lelaki ni nak buat!
Perlahan-lahan Dylan dekatkan bibirnya pada cuping telinga Sera lalu berbisik. "Cara kasar atau lembut Sera?"
Mata Sera pandang kaku ke belakang bahu Dylan masa deru nafas itu menyapa telinga dia. Terus meremang bulu roma dia. Bawah bibirnya di gigit kuat nak tahan diri dari bersuara.
Dengan sengaja Dylan selisihkan bibirnya pada pipi Sera semasa dia gerak hendak jauhkan diri. Dan bila dia bertentang muka dengan Sera, Dylan pandang mata tu dengan dada penuh dengan perasaan rindunya.
Sera pula pandang tak berkedip ke mata Dylan sebelum tundukkan kepala ke bawah kerana berasa sedih dan sebak. Tapi tak, dia tak nak menangis, malah dia angkat kepalanya semula dan pandang mata tu dengan renungan tajam. "Fine...aku pilih cara kasar."terus Sera tumbuk rimbuk Dylan dan berikan tumbukan ke tepi rahang tu.
Dylan yang sememangnya boleh agak, tepis dua tumbukan tu dengan mudah. Dia tangkap tangan Sera lalu di pulas tangan tu ke belakang dan sandarkan depan badan Sera ke jendela tu. "Okay. Cara kasar. Deal. Kalau kau kalah, kau kena dengar kata aku.."
Bersama sengih jahat Sera gerakkan kepala dia nak hantuk Dylan dengan belakang kepalanya.
Dylan sempat elak, Dia tolak dirinya jauh dari Sera lalu undur ke belakang. Fuhh! Nasib baik! Kalau tak mahu patah hidungnya kejap lagi.
Sera berpaling lalu angkat kaki dia lalu berikan high kick ke dada Dylan.
Dan sekali lagi sepakan dia dapat di halang Dylan.
Kaki Sera di pegang Dylan sebelum di campak ke tepi. Dia maju ke depan mahu menyerang Sera tapi wanita itu tunduk ke bawah lalu pusing ke tepi sebelum beri back hand pada tepi tulang rusuknya.
Dylan hadang back hand itu dengan lengannya sendiri. Lalu dia pusing ke belakang sepantas kilat dan berikan neck choke dari belakang ke leher Sera lalu lock arm.
"Argh!"Sera tak dapat bernafas setelah langkahnya dimatikan dengan arm locking yang diberikan Dylan.
"10, 9,"
Sera angkat kaki kanan dia nak beri back kick, tapi di sepak dengan Dylan hingga buatkan dia melutut serta merta dekat situ.
"8."hitung Dylan secara mengundur.
Berasa tercabar dengan hitungan itu, Sera cuba leraikan arm locking di lehernya sedaya upayanya.
"7, 6...." Dylan kuatkan lagi locking dia tanpa rasa risau sekiranya dia cekik Sera dengan kuat.
Berasa sesak tidak dapat bernafas cengkaman Sera pada lengan Dylan perlahan-lahan melemah.
"5."
Sera cuba gagahkan dirinya tapi dah tak kuat lagi.
"4."
Mahu tak mahu, Sera beri tepukan tap out di peha Dylan dengan lemah.
Setelah itu Dylan lepaskan Sera dan membiarkan Sera melutut di situ terbatuk-batuk mahukan udara.
Gila betul lelaki ni. Nak bunuh dia apa! "Uhuk"batuk Sera sambil pegang lehernya yang sedang berdenyut sakit.
Dylan tunduk bongkok mendapatkan Sera kemudiannya. "Kau okay?"tanya dia masa pandang ke tepi Sera.
Sera pandang geram ke Dylan. Semakin berderau laju darah dia. "Kau rasa aku nampak okay ke lepas di arm lock dengan kau?" sentapnya.
"Kau yang mintak kan.."Dylan pimpin Sera ke katil lalu dudukkan Sera di situ.
Berasa rimas dengan sentuhan Dylan, Sera tolak tangan tu lalu duduk anjak ke tepi. "Fine aku kalah. Sekarang apa kau nak dari aku?" cepat selesai cepat dia pergi dari sini.
Dylan pandang Sera. "Kerja dengan aku."
Sera berdengus mengejek selepas itu. "Apa?Kerja dengan kau?Huh...Dalam mimpi." balasnya dengan nada membantah.
"Kalau kau tak kerja dengan aku, selagi tu tak ada sesiapa sudi terima kau kerja."
"Memangnya cuma ada satu tempat je aku boleh cari kerja. Banyak lagi tempat banyak lagi negara, negeri, daerah, bandar dan tempat yang aku boleh apply kerja. Kau nak halang...halang la...halang selagi kau mampu nak lakukannya."cabar Sera. Cakap main sedap mulut je. Ingat dia desperate sangat apa nak kerja dekat sini.
Dylan ketap gigi menahan sabar lepas dengar jawapan tu. Melawan dan menjawab, Sera la juaranya.
"Why?Cat get your tounge?"sengih Sera dengan meleret bila Dylan diam tak cakap apa-apa. Susah sangat agaknya nak mintak maaf atau jelaskan kenapa tinggalkan dia tak beritahu. Banyak sangat ngelaknya.
"Aku mintak maaf."ucap Dylan tiba-tiba macam tahu-tahu apa yang Sera sedang fikirkan.
Dengan muka taken back, Sera pandang ke Dylan dengan muka tak percaya.
Share this novel