Sambil jinjing beg sampah, Sera nyanyi kecil sewaktu jalan dekati tong recycle di depan bangunan apartment.
Berjalan la dia seorang diri di situ.
Setelah asingkan mana plastik, mana yang tak boleh di recycle selama beberapa minit, Sera kembali masuk ke dalam bangunan lenggang kangkung.
Nampak je Sera masuk, seorang pengawla keselamatan menegurnya.
"Hai Sera.."tak semena pengawal keselamatan yang berjaga depan kaunter menyapa Sera.
Sera pun palingkan kepala ke arah pengawal keselamatan tu.
"Hai Joe.."Sera kemudiannya mengatur langkahnya mendekati kaunter tersebut lalu berdiri di situ.
Lelaki berusia 36 tahun itu tersenyum senang pada Sera, penghuni apartment yang terkenal dengan muka comel dan kembarnya. "Happy nampak?Something happen ke?"borak Joe.
Sera jungkit bahu. Mana ada dia happy. Dia tengah sedih ni malah sedang patah hati lagi.Tapi nak buat macam mana, hidup ini kena diteruskan jugak walaupun perit. Plus, kalau hidup asyik diselubungi sedih je, boleh kemurungan nanti. Dia tak nak. So life must go on. Susah ke senang, ini kan namanya perjalanan hidup. Nak ajar kita survive for certain situation nak tak nak kena la hadap.
"Not bad...so macam mana isteri kau?Selamat bersalin?"balas Sera.
Joe senyum dari telinga ke telinga. "Syukur..dia selamat bersalin anak perempuan."
Sera angguk kepala dengan senyuman senang. "Taniah...apapun semoga jadi ayah yang baik nanti."
Joe beri tumbukkan di dada lalu berikan fist bump kepada Sera dengan bangga.
Sera balas fist bump itu sebelum bergerak pergi dari situ.
Ding!
Pintu lif terbuka.
Sera berjalan keluar dari situ sebaik tiba di tingkat apartmentnya sambil hayun tangan senang hati sambil pandang kanan dan kirinya cuba hilangkan rasa bosan berjalan merentasi koridor yang lengang tu seorang diri.
Sedang Sera berada tak jauh dari arah apartmentnya, Sera dapat lihat sesuatu atau seseorang lebih jelas lagi, sedang terduduk di atas lantai bersandar pada pintu dari arah depan.
Hairan melihat situasi itu, Sera tanpa berlengah lagi, dia terus bergegas ke arah orang tersebut. Takut kalau ada apa-apa yang menimpa orang itu. Entah kena heart attack ke, pengsan ke...kan naya!
Sekali bila Sera tiba di situ, Sera terus melutut terkejut setelah menyedari orang itu tidak lain tidak bukan, adalah Dylan sendiri.
Lelaki tu kelihatan pucat dan tidak sedarkan diri.
Bahu Sera jatuh hilang semangat setelah mengecam Dylan.
Lah!
Dah kenapa pulak ni?!
"Dylan!"panggil Sera masa goyangkan badan tu untuk bangunkan Dylan. Dah tak ada tempat lain apa nak baring!
Goncangan pada tubuh itu berjaya buatkan Dylan terkutik. Lelaki tu perlahan-lahan angkat kepala lantas membuka mata.
"Apa kau buat dekat sini?"tanya Sera semasa jengukkan kepala untuk tilik lebih jelas akan wajah Dylan. Sakit ke lelaki ni?
Dylan angkat tangannya dengan lemah lalu cuba pegang lengan Sera. Tapi terjatuh semula ke lantai kerana tidak larat langsung. "Sa-sakit."bisiknya tersekat-sekat dengan nafas naik turun tak menentu.
Keningnya berkerut."Hah?"Sera talakan telinga dia ke muka Dylan. "Apa?Aku tak dengar?"
"Sakit.."ulang Dylan sebelum dia gerak hendak terbaring dekat situ sepenuhnya.
"Eh-eh...dah kenapa ni!"latah Sera masa cepat-cepat sambut kepala Dylan dan peluk belakang bahu tu lalu disandarkan ke bahunya sendiri. Aduhai...
Dylan tidak sedarkan diri sepenuhnya. Mata lelaki tu sudah terpejam rapat.
Dengan muka tercengang dia, Sera pandang tak percaya ke pintu rumah Dylan.
Seriuosly?
Ada-ada je!
Asal la lelaki ni sentiasa je nak ganggu ketenteraman jiwa dia?
Ada saja la halnya!
Tak faham betul!
Sera alihkan Dylan dari bahu dia ke pintu lalu sandarkan lelaki tersebut sebelum gerak ke pintu apartmentnya. Dia buka pintu itu lalu melaung panggil orang yang ada dalam rumah.
"Caleb!" tak larat la nak angkat Dylan ni. Sebab itu dia panggil bantuannya. Alang-alang Caleb dah balik dari percutian lelaki tu. Boleh la uruskan si tenuk ni!
"Yes?"sambut Caleb tak lama kemudian yang muncul dari arah dapur lalu berdiri depan Sera di lorong pintu masuk tu.
Dengan muka jengkel Sera buka luas pintu apartment lalu tayang Dylan yang tak sedarkan diri dekat situ pada Caleb.
"Tolong aku ni.."minta Sera sambil tunjuk ke Dylan.
Caleb alihkan pandangan dia dari Sera ke arah luar pintu itu. Dan bila dia terpandang tubuh Dylan yang tersandar di pintu matanya terbutang luas.
"What the hell?"tanya dia sambil keluar dari situ lalu dapatkan Dylan. "Apa senior dah buat dekat Senior Dylan?Senior belasah dia eh sebab nak balas balik apa dia buat pada senior hari tu?"tanya Caleb yang sudah tahu segalanya yang terjadi pada Sera seminggu yang lalu. Sera sendiri cerita lepas Savannah dan Caleb pulang dari Hawai.
Sera buat muka jengkel lalu julingkan mata menyampah. "Please la...tak kuasa aku nak apa-apakan dia apalagi hadap muka dia tu." cebiknya sambil mencekak pinggang sebelah saja.
Caleb bawa tangan Dylan atas bahu lalu dia peluk belakang badan tu untuk di bangunkan dari situ. "Kita kena tolong dia.."
"Alah...call je ambulans ke apa...biarkan dia orang yang handle dia."Sera lambai tangan menghalau bila nampak Caleb bergerak hendak masuk ke dalam.
"Apa la senior ni...ke situ pulak. Orang dalam masalah kita tolong la.."lawan Caleb masa gerak masuk ke dalam apartment mereka bersama Dylan dekat dalam pelukannya.
Mata Sera naik turun perhatikan Caleb semasa budak tu bawak Dylan masuk ke dalam.
Hek'eleh budak ni! Pandai-pandia je nak 'sekolahkan' dia. Sera mengerang kejengkelan lalu turunkan tangan yang mencekak ke pinggang dengan kasar. "Hish...menyusahkan!" renggusnya sewaktu menjeling jengkel ke Caleb dan Dylan yang melintasi depan dia waktu itu.
"Saya bawa senior Dylan ke bilik senior Sera ya. Bilik saya tengah bersepah."maklumnya sewaktu sudah tiba di depan pintu bilik Sera.
Sera yang masih di depan pintu menanggalkan kasut tersentak. Dia pandang terkejut ke dinding tepinya. "Hei!Jangan kau berani!"marah dia semasa berlari masuk ke dalam dan belok ke kanan ruangan itu dengan kalut sampai tercampak kasut dia ke pintu.
Namun semuanya terlambat. Caleb sudahpun meletakkan Dylan di atas katilnya.
Mulut Sera tercengang."Caleb!"panggil dia dengan nada mengalah. "Apa ni!"
Caleb pandang ke Sera yang sedang berkerut kening tak puas hati padanya lalu kembali memeriksa keadaan Dylan.
"Sorry...saya terpaksa. Kesian la dekat senior Dylan. Badan dia panas ni..."Caleb alihkan tangan dia dari dahi tu lantas berpaling ke Sera. "Senior buat la apa yang patut."
Sera kecikkan mata sewaktu memandang geram ke Caleb. "Kau sendiri tahu apa dia buat dekat aku kan!"tangannya di silang ke dada kerana tak puas hati. Geram la macam ni.
"Saya tahu...apa yang senior Dylan buat tu salah. Masalahnya dia tengah sakit ni...kita sebagai jiran kena la tolong."ceramah Caleb.
Sera yang dengar dah merinding geram. Dia baru je nak rehat lepas babysit Kyle. Budak tu pergi, datang lelaki ni. Macam dah tak ada kerja lain apa dia nak babysit aje!"Ihh...geram la aku dengan kau ni. Kau ni sokong siapa?Aku ke si tenuk ni?"
Caleb tarik sengih menampakkan gigi. "Of course la Senior Sera. Sesuka saya pada Senior Sera macam mana sekalipun, still saya kena tolong Senior Dylan ni jugak."
Sera berdengus menyampah lalu berpaling dari situ. "Kau nak sangat tolong dia kan...kau jaga la dia. Tak kuasa aku...hmph!"terus Sera keluar dari bilik tidurnya terus ke ruang tamu.
Caleb yang perhatikan perangai keras kepala Sera hanya menggeleng kepala kesal. Apa la nak jadi dengan Sera ni...sikit tak ada lembutnya langsung!
Share this novel