Part 11 : Rejection After Rejection

Other Completed 8719

Aduh!

Tertunduk dia dekat tengah jalan tu sambil pegang belakang kakinya yang sudahpun melecet gara-gara kasut yang dipakainya.

Dari hulu ke hilir dia pergi bertanya soal kerja kosong dan kerja. Tapi tiada satupun yang dia dapat berita baik melaluinya. Sampai naik lenguh kaki dia berjalan dengan kasut tumit tingginya ini.

Bersama dengan tenaga yang ada, Sera atur langkahnya ke sebuah kafe berdekatan. Setiba dia dalam kafe itu, Udara sejuk air cond dari tempat itu serta merta menyapa tubuhnya yang berpanas sejak tadi. Terus terlepas nafas lega Sera apabila dia masuk dan terus ke kaunter pesanan.

"Hai..selamat datang. boleh saya ambil pesanan?"tanya staf wanita di belakang kaunter itu padanya.

Bersama senyuman nipis di bibir. Sera pandang papan menu di atas kaunter itu buat seketika lantas kembali memandang pelayan di depannya. "Berikan saya smoothie strawberry yogurt satu"pesannya.

Staf itu kemudiannya sentuh itu dan ini di skrin mesin pesanan sejurus itu. "Semuanya 5$"sebutnya kemudiannya.

Sera tunduk mahu menyeluk dompet dalam beg tangannya, sekali tu muncul satu tangan dari tepinya.

"Saya bayarkan sekali. Berikan saya americano two shot."minta orang di belakang Sera tiba-tiba.

Kepala Sera tersentak memandang ke depan, lalu gerak ke tepinya.

Tepat pada masa yang sama, orang di belakang Sera muncul di tepi Sera pada masa Sera berpaling. Buatkan Sera hampir berselisih dengan muka lelaki tu kerana jarak mereka yang begitu rapat.

Staf wanita itu capai kad kredit yang di suakan oleh pelanggannya lalu di swipe tanpa ambil masa yang lama sebelum diserahkan semula pada tuannya. "Terima kasih, pesanan cik dan encik akan tiba sebentar lagi.."satu buzzer hitam di serahkan kepada mereka.

Sera pandang buzzer tu dengan muka teragak-agak. Nak di ambil orang belakangnya yang bayar. Dia ambil nanti orang belakangnya pula ikut dia. Jadi dia ambil keputusan untuk tidak ambil buzzer itu lantas berpaling dari situ.

Minum la situ, terus mati selera dia nak duduk sini. Pelik betul. Macam mana la lelaki ni selalu ada dekat mana dia berada.

Baru saja Sera hendak gerak ke pintu, satu cengkaman pada pergelangan tangan hentikan niatnya. Dengan kening terangkat Sera tunduk memandang lengannya di mana tangan berjari jemari runcing dan berurat timbul sedang mencengkam pergelangan tangannya.

Tak sempat Sera hendak angkat kepala memandang ke depan, dirinya terlebih dahulu di tarik ke arah sebuah meja jauh di tepi kafe tersebut dan di paksa duduk dekat situ serta merta.

"Apa ni?"marah Serah dengan kening berkerut tak suka.

Sambil buka butang kot, Dylan tarik kerusi lalu duduk di kerusi bertentangan dengan Sera lalu hadap Sera bersama muka seriusnya.

Terus Sera buat muka menyampahnya sebelum palingkan kepala ke kirinya di mana cermin kaca berada dan menyilang tangan ke dada tanda protes.

Lama keadaan ini berlangsung. Dylan pandang Sera, Sera pandang keluar cermin kaca tak berkata apa-apa.

"Fine...kau tak nak cakap apa-apa biar aku yang cakap dengan kau. Kau tak payah bercakap sebab aku rasa itu lebih baik. Yalah kalau kau bercakap buat sakit hati je kan." kata Dylan dengan suara mendatar serius tiada emosi.

Sera yang dengar terasa asing dengan keadaan itu. Kisah pulak dia!

"Aku dengar kau cuba cari kerja, betul?"Dylan silangkan kaki lalu duduk sandar ke belakang.

Mata Sera jeling ke tepi tanpa gerakkan kepala lepas dengar.

"Dan satu pun tak sudi terima kau kerja, betul?" Dylan tarik sengih jahat meleret dia masa pandang tepi muka Sera tu.

Terus berpaling kepala Sera selepas itu. Dia pandang Dylan dengan kening berkerut tak faham.

Kepala itu di lentokkan sedikit sambil jungkit kening penuh muslihat."Kau rasa kenapa ya tak ada satu pun company atau premis dekat daerah ni tak nak terima kau kerja dengan dia orang?"soal Dylan.

Nafas Sera sudah tertahan-tahan taktala dia cuba memproses apa yang sedang dikatakan oleh Dylan sebentar tadi. Apa maksudnya? Adakah punca kenapa dia tidak dapat sebarang pekerjaan di sini kerana Dylan?

"Ya...apa je yang kau tengah fikirkan ianya betul. Ianya sebab aku yang beritahu dia orang dan sebarkan cerita tak baik mengenai kau, supaya dia orang tak ambil kau kerja. Susah jugak, tapi lepas aku palsukan rekod kau dengan senarai hitam, akhirnya dia percaya jugak. At least, sebab sampai sekarang kau tak dapat kerja."kata Dylan.

APA!

Terus berdiri Sera sebab terlalu marah dan terkejut dengan apa yang didengarnya. Untuk apa Dylan buat semua tu?Salah apa dia pada Dylan sampaikan lelaki ni sanggup burukkan nama dia pada semua orang dalam bandar ni!

Bzzz!Bzzz!

Buzzer hitam dekat meja tu tiba-tiba bergetar. Menandakan pesanan mereka sudahpun siap.

"Sit down please...I'm not done yet."Dylan gerakkan mata dia tanda mengarahkan Sera duduk semula tanpa bergerak sikit pun.

Sera tidak hiraukan arahan itu, malah dia terus capai beg tangan dari meja lalu gerak pergi dari situ. Lama-lama dia dekat situ, takut tunggang terbalik pulak kafe ni. Lama dah dia tak naik angin lontarkan tantrum ni. Jangan sampaikan dengan orang-orang sekali dia kerjakan sampai lunyai!

Bersama detak tumit kasut yang marah, Sera keluar dari kafe tu lalu belok ke kanan sebelum berdiri dekat tepi jalan tu untuk tahan teksi. Hairan dia! Kata tak nak kejar, Tapi still nak ganggu hidup dia dah kenapa!

ARGH!

"Teksi!"lambai Sera dengan lekas ke teksi yang sedang bergerak menuju ke arahnya.

Berhenti je teksi tu depan Sera, tangan Sera gerak hendak memegang pembuka pintu teksi kuning tu. Baru saja pintu itu terbuka. Sekali lagi muncul tangan lain dari tepi, tolak pintu itu tertutup semula.

"What the hell?"sebut Sera masa pandang tuan punya tangan. "Dylan! Cut it off!"tegas Sera yang mahu buka pintu teksi itu semula.

Namun begitu, di tutup semula dengan Dylan sebelum Sera di tarik ke arah lain dengan kasar.

"Sakit la! Apa masalah kau ni!"kaki Sera yang sedang sakit tu tersandung-sandung hendak berjalan dengan lekas bagi menyaingi langkah luas Dylan. Kalau dia tak lekas, mahunya terjelepok dia dekat situ.

Dylan berhenti di tepi sebuah kereta lalu buka pintu kereta tu dengan kasar di tempat duduk belakang lalu tolak Sera ke dalam dengan paksa.

Sera bergelut tak nak masuk, tapi Dylan desak jugak sampai dia terjatuh dalam perut kereta tu. "Dah gila ke! Apa kena dengan kau ni!" marah Sera yang mahu bangun dari situ dan keluar namun terhalang bila Dylan masuk ke dalam dan duduk disebelahnya.

"Jalan"arah Dylan pada pemandu di depan itu dengan mendatar.

Sera yang baru perasan ada pemandu pandang ke depan dengan muka cemas dia lalu ke Dylan dengan tak percaya. Siapa Dylan ni! Nak apa lelaki ni dengan dia! Bukan ke Dylan kata akan berhenti kejar dia?Sekarang ni apa! HAH!APA!

"Berhenti.."sebut Sera dengan perlahan.

Dylan buat muka tak kisah.

"Aku kata berhenti sekarang."Sera tinggikan suara dia sedikit.

Masih jugak tidak dihiraukan oleh Dylan.

"BERHENTI!!"tempik Sera sekuat hatinya. "Aku nak keluar dari sini kau dengar tak! Apa yang kau tak faham kan ni! Aku tak nak dekat dengan kau! Tak nak pandang muka kau! Tak nak ada kaitan dengan kau!TAK NAK!!!!!!" tantrum dia di situ sambil tumbuk-tumbuk kunsyen seat itu sekuat hatinya. Peduli la apa orang pandang dia gila ke apa ke! Apa dia tahu sekarang ni dia betul-betul bengang!

Selepas luahkan semua itu, Sera pandang Dylan dengan dada naik turun kepenatan. Merah padam muka dia sebab darah berderau naik ke leher dan mukanya sewaktu naik angin tadi. Dekat 10 saat lepas dalam kereta tu senyap, baru la Dylan dekat sebelah palingkan kepala dan pandang Sera.

"Dah habis?"tanya Dylan dengan muka tak kisah dia. Macam sikit pun tak terkesan dengan tantrum yang dilontarkan Sera sebentar tadi.

Mulut Sera ternganga sedikit sehingga buatkan dia bersandar di situ sebelum picit dahinya yang berdenyut pening tiba-tiba. Serius?Itu je reaksinya?Lelaki ni pekak ke apa?Asal la tuli sangat sampai tak bahasa faham langsung?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience