Terhendap-hendap seperti stalker, seorang lelaki mencurigakan jalan terhendap-hendap dari balik orang ramai di situ sewaktu mengekori dua orang wanita yang jalan seiringan sepanjang laluan lobi shopping complex tu.
Sekejap-sekejap lelaki tu terpaksa acah-acah tak ikut bila dua orang tu berpaling ke arahnya hendak berpatah balik.
Oleh kerana pengintip sebelumnya yang diarahkan untuk intip tarik diri dan tidak mahu libatkan diri, maka dia la yang diupah untuk intip wanita bernama Sera ini. Kalau dihitung, dia adalah pengintip yang ke 25 untuk tempoh masa dua bulan ni.
Dia cuba tanya pengintip lain yang enggan beri kerjasama pada klien bernama Aiden ni. Tapi seorang pun tak nak beri komen. Mereka semua balik-balik beritahu 'jangan terima kes ni'
Oleh kerana rasa tercabar dan ingin tahu, dia pun terima la tugasan ni. Dan hari ini adalah hari pertama dia di tugaskan untuk mengintip selepas pengintip terbaru iaitu yang baru ditugaskan dua hari sebelum dia tarik diri.
Sedang dia ekori, tiba-tiba dua orang wanita tadi berpisah arah. Tak sempat dia nak ambil.gambar.
Tak tahu nak ikut yang mana, maka targetnya iaitu Sera!
Lelaki bercermin mata itu kemudiannya ikut langkah wanita berdress paras lutut warna merah off shoulder dari belakang.
Melihatkan wanita itu hendak ke lif, dia dengan kalut cepatkan langkahnya supaya dapat masuk lif bersama.
Seperti yang dimahukan, pengintip tersebut tiba di depan pintu lif dimana Sera sedang berdiri.
Tak lama lepas tu pintu lif terbuka.
Lelaki tu dulu yang masuk baru diikuti Sera.
Masuk saja dalam tu, Sera berdiri dekat depan hadap pintu lif.
Sementara pengintip tu berdiri belakang Sera.
Dia pandang belakang Sera melalui cermin mata hitam yang dipakainya. Dan macam tahu-tahu yang dia pandang, masa itu la wanita rambut panjang beralun-alun itu berpaling lantas menghadapnya.
POP!
Belon yang dihasilkan melalui gula-gula getah itu meletup sewaktu Sera pandang dia.
"Did you need something?"tanya wanita berwajah bulat berambut hitam pekat berkilat padanya tiba-tiba.
Tidak menyangka wanita ini akan menegur dia, pengintip itu terpinga-pinga sekejap.
"Sorry?Apa dia?"soal pengintip itu teragak-agak.
Sera kemudiannya keluarkan gula-gula getaj dari dalam mulutnya sambil jalan dekati lelaki lampai berjaket denim bert-shirt putih di dalam dan jeans koyak di bahagian lutut itu dengan yakin. "Well...saya perasan awak ikut saya sejak tadi." berdiri je depan lelaki tu, Sera hulur tangan ke cctv yang ada dekat atas siling lif itu dengan mudah sebab tak terlalu tinggi lalu ditampal gula-gula getah tu pada lensa kamera tersebut.
Lelaki tu pandang tak berkedip bila muka Sera depan dia.
"Did Aiden send you here?"tanya Sera lagi lepas tu.
Sh*t!Mata lelaki tu terbutang bulat dari balik cermin mata tersebut kerana terkejut. Macam mana perempuan ni boleh tahu?!
"Saya tak faham apa cik katakan ni."nafinya.
Tak semena,Sera sepak tulang kering lelaki tu diikuti tumbukan pada perut.
Melutut je lelaki tu dekat situ, Sera cekau rambut lelaki tu dan di dongakkan kepala tu ke atas memandangnya.
"Seriously?Dia orang tak beritahu kau ke jangan terima permintaan Aiden untuk intip aku?"tanya Sera semasa pengintip itu mengerang dalam kesakitan gara-gara tumbukan dan sepakan yang diterima.
Dah masuk kali ke berapa, Sera dah tak boleh hitung dah. Menyusahkan betul! Dari awal doa masuk ke syarikat Aiden sampai la ke sekaramg, Aiden tak henti-henti hantar orang untuk intip dia. Mujur la dia ni jenis yang peka. Kalau tak dari awal.lagi semua ramcangannya diketahui Aiden.
"Macam ni je la..aku tak nak buang masa. Aku bagi pilihan, kau pilih okay. Give up atau kau teruskan jugak untuk beritahu Aiden siapa aku sebenarnya?"aju Sera lagi.
Lelaki tu cuba bangun nak balas serangan Sera semula, tapi tak sempat langsung. Dia gerak je, Sera pengkes leher dia macam pengkes batang pokok! Pengintip tu apa lagi, tak jadi la nak melawan. Sakit bhai!
"Jawab...!"Sera kuatkan lagi tarikan pada rambut tu.
So ini la sebabnya kenapa semua pengintip yang sebelum ni tarik diri. Sebab mereka punya intip tertangkap dengan tuan badan sendiri!
"Saya give up!"lafaznya serta merta. Memang gila!Dia terima bayaran untuk cari maklumat bukan di belasah macam ni sekali! Tak sanggup dia kalau begini la ceritanya!
"Ingat eh...pesan dekat dia orang yang cuba siasat pasal supaya jangan terima tawaran intip aku dari Aiden. Kalau aku tahu, aku cari kau...masak kau aku kerjakan. Faham tu?"Sera campak kepala tu ke tepi dengan kasar hingga buatkan lelaki terbabit terduduk dekat situ macam cinderella di dera dengan mak tiri.
"Saya faham..."
ZRAPP!
Dengar je lafaz tu lelaki tu, Sera terus koyakkan kain dress bawahnya dengan tangan. Offshoulder di bahunya di lurutkan lagi hingga jatuh ke lengan. Lalu dia orak arikkan rambutnya supaya kusut, setelah itu dia kesat bibir bergincu comot ke pipi, kemudian dia tampar pipi dia supaya merah.
Lelaki tu terkebil-kebil perhatikan tindakan Sera. Hairan...dah kenapa dengan perempuan ni?Gila apa buat macam tu?
Setelah itu Sera tilik penampilannya melalui pantulan dinding lif.
Macam yang dia nak!
Diri Sera waktu itu saling tak tumpah seperti seorang wanita yang telah dicabul.
Perfect!
Setelah itu Sera pandang lelaki si pengintip tu dengan sengih jahatnya. "This is what you get..if you dare to messed with me." Sera tarik semula gula-gula getah dari lensa cctv dan hadap ke pintu lif.
Lelaki tersebut yang masih belum sober dengan terkejutnya hanya perhatikan Sera sewaktu bangun dari situ. Apa maksud perempuan.
Dekat lima saat kemudian, pintu pun terbuka.
Menggunakan skill lamanya, Sera lemparkan dirinya keluar laku jatuh ke lantai itu sambil menangis minta tolong...
"Tolong saya..."lalonnya dengan meyakinkan.
Kebetulan masa tu ada penumpang lain tengah tunggu giliran nak naik lif dekat situ. Mereka semua yang terkejut dengan apa yang di lihat pandang ke Sera lalu ke lelaki yang berada dalam lif tu.
Dengan keadaan Sera yang devastated tu,mereka terus fikirkan lelaki dalam lif tersevut telah mencabul Sera. Tanpa berlengah, penumpang lif lelaki dan perempuan yang ada di situ gerak masuk ke dalam lif tersebut.
Sementara Sera di bantu oleh orang perempuan yang ada di situ bangun dari situ.
"Cik tak apa-apa?"
"Ya tuhan...macam mana boleh jadi macam ni.."
Sera yang tunduk ke bawah sorokkan muka dengan rambut panjangnya acah teresak-esak.menangis.
"Biar saya bawa dia ke balai polis..."masa itu suara itu kedengaran dari celah orang ramai di situ.
Sera yang kenal siapa tuan punya suara pun angkat kepala dia untuk pandang ke depan.
Savannah dengan muka risau dekati dia dengan kot labuh dekat tangan macam sudah siap sedia untuk tangani situasi itu.
Mereka di situ pun beri ruang pada Savannah untuk bawa Sera pergi dari situ. Setelah itu mereka fokus pada orang ramai dalam lif tadi yang mungkin sedang mengerjakan pengintip malang tu.
Sera dan Savannah yang sudah menjauh dari tempat kejadian hanya jalan bersahaja saling bergandingan.
"Aku belum habis shopping lagi ni?Boleh kita sambung lagi?Aku dengar Prada keluarkan new collection limited edition dia orang?"borak Savannah sambil ajukan tisu pada Sera untuk kesat kesan gincu dari pipi.
Sera yang capai tisu itu kesat dengan muka samseng lepas bengangnya. "Haish...letih la macam ni. Buat spoill mood je tau tak.." gerutunya sambil lalukan rambut di celah jemarinya supaya terurus.
"Ahaha...chill la..bukannya first time kau handle mata-mata Aiden tu..."ujar Savannah.
Sera menjuling mata menyampah. Harapnya jangan ada lagi sudah. Dia dah mati akal macam mana nak hentikan dia orang semua tu nanti.
Share this novel